Thursday, October 8, 2015

~Pak Supir Bandung terbaik, terbest & murah~

Assalamualaikum.

Hehe over tak tajuk entry ni. Sebenarnya entry ni hutang dah lama dengan pak supir. Nak update tak update2. 

Trip to Bandung ni dah lama lepas, bulan Ogos hari tu. We olls 4 beranak pegi sana 6 hari 5 malam. Malas nak cerita pasal trip, nak cerita pasal Pak Supir je.

Sepanjang kat sana kami guna khidmat Pak supir dari Hayuka Bandung. Staf Hayuka yang bawak kitorg ni Pak Agus namanya. Korang boleh survey & compare sendiri la rate Pak Supir kat Bandung ni kalau rajin. Tapi kalau tak berapa rajin nak survey or urgently need Pak Supir, Pak Agus dari Hayuka ni mmg highly recommended. Alah rata2 rate Pak Supir ni lebih kurang je lagi2 kalau nak jalan2 area bandung je. Tapi kalau nak pergi jauh2 macam dari bandung ke jakarta, or kawah putih or tangkuban perahu tu, kena rajin sikitla survey.

Kitorg guna Pak supir untuk jalan2 pegi kampung daun (tempat makan highly recommended) , rumah kain pesona, floating market, rumah kain taman kopo, cidabuyut (tempat barangan kulit), jalan2 factory outlet, pasar baru, beli2 kerepek, and pergi makan tempat best2. Sebab each tempat ni kena ada kenderaan, tak boleh nak jalan kaki, remember, kitorg pegi berempat including 2 budak kecik. 

Ok cerita pasal pak agus ni, kenapa kitorg sgt recommend dia adalah sebab dia ni sangat mesra alam, soft spoken, very down to earth, sgt baik dengan budak2, sgt tinggi knowledge pasal hal ehwal semasa and knowledge psl history bandung. Byk benda yg kitorang tak tau dia cite psl history bandung which korg takkan rasa sesaat pun bosan. Pendek kata dia bukan ckp merapu2, kalau tanya itu ini ada je jawapan dia. Pendek kata best untuk bwk berborak. Ada sekali dia silap bawak jln asyik minta maaf je. Kita yg rasa bersalah pulak. Tiap tempat nak pergi dia akan bgtau tips itu ini psl tempat tu. Anak sy asyik cirit birit hari last kat sana, pak agusla yg asyik kena bawak cari toilet. Senyum je, sikitpun tak merungut.Sgt baik dgn anak2 sy, even anak2 sy pun suka main dgn pak agus ni. Bila kitorg dah blk kl, bebudak tu asyik tanya je psl pak agus. Oh ye lupa pulak, betapa caring nye pak agus ni, kitorg dah blk KL, dia whataps my husband tanya anak sy dah baik cirit birit ke belum. hehe.

Okla, kalau berminat untuk Pak Agus bwk korg jalan2 bandung sambil dgr cerita2 n history pasal bandung pendek kata knowledgable tour guide, contactla pak agus di no tertera di bawah. Atau boleh contact my husband, dia akan arrange kan dgn pak agus. Kitorang book 1 whole day around 400k je dorg charge.

Ni la pak agus tu. Boleh whatsApp dia.


Ok babai~~





Wednesday, September 24, 2014

~Random~

Assalamualaikum..

Lama tak menulis di sini.. Sebenarnya masih lagi berlaman sosial tp lately lebih byk mendiamkan diri.. Lebih byk study.. Especially on issue jual beli emas.. Isu yg sgt sensitif skrg ni.. Kalau join mana2 group jual beli emas tu kan, kalau ada yg mempersoalkan patuh syariah ke tak jual beli melalui program2 yg mereka tawarkan tu, mmg akan jadi viral. Nasihat sy, byk2 kan study, study ceramah2 ustaz, especially ustaz2 yg mmg pakar dalam ekonomi, perbankan islam dan yg paling penting, kalau rasa was2 tu, tak payahla join. Jadi syubhah n jatuh hukumnya haram. Duit haramkah nak bagi anak isteri makan minum? Mmg tak dinafikan, yg join program2 ni akan kaya cepat, akan jadi rambang mata dgn duit..  So far sy n husband byk discuss n cari info psl ni, n kami masih teguh pada pendirian takkan join program2 jual beli emas ni buat masa ni. Melainkan beli emas n simpan bawah bantal :) ..

Teringat bacaan talkin semasa pengebumian arwah mak we baru2 ni .. " ..... pada ketika ini segala harta benda adalah tidak berguna lagi... " Semoga Allah mengurniakan kami rezeki dari jalan yang halal dan diberkati.. Amin..

Ok, lama tak bercerita pasal budak berdua tu.. Alhamdulilllah raziq dan masuk 10 bulan.. And  dah boleh berdiri lepas tgn. Tak sangka budak kuat menangis ni nak jalan awal. Hehe. Dahla dia lahir awal, at 35w. Ingat lagi dulu nak tunggu dia meniarap punyala lambat. Almost 6m baru dia meniarap. Lps2 tu pantas terus development dia. Gigi je baru nak keluar. Tapi manja yang amat dia ni.. Nak org peluk dia 24 jam.. 

Yang adam pulak, badan kecik. Yg ni ibu byk bersabarla sbb org suka tegur dia badan kecik. it hurt me actually.. Kdg2 mls nak jumpa org2 yg tiap kali nampak adam je mesti nak tegur badan dia kecik, compare tinggi adam dgn anak dia.  Ye adam ni menyusu badan je, tanak formula, and sy bangga dpt menyusukan adam, even badan dia tak berapa nak bsr. Dah2 kalau ckp psl ni mmg sy emo, byk lagi nak luah tapi biarla simpan dlm hati je.. Tapi org2 mcm ni yg suka compare kan anak dia dgn anak kita ni mmg ANNOYING.. 

Tahun depan dia dah 4 tahun. Masih berkira2 nak hantar dia pergi school ke tak. Byk benda kena consider. Satu mungkin pertengahan tahun depan akan berpindah rumah  lagi, bila rumah lagi satu dah siap. Satu lagi kalau tak hantar pergi school, kerja dia tgk kartun je. Dulu ptg2 ambik dia dari rumah pengasuh, mesti tgh main kat luar, siram pokok. Tapi la ni adik main kat luar, dia mengadap dpn tv tgk doraemon. Bila tgk tv boleh pulak focus, duk diam berejam, kalau suruh study sama2, kejap je focusnya. Lagi satu kalau nak diaper free, kena hantar school. Ni kakak punya experience. Kat rumh malas nak train dia, tak rajin nak basuh2 ni, nak bungkus2 karpet. Alasan ibu korg. heheheh . Bukan tak usaha, dah byk kali pesan, nak berak kencing bagitau ibu, kita ke toilet, adam kan nak pergi school. Tapi still, siap tanak mengaku kalau berak. Tapi... Kat rumah pengasuh , pengasuhla cerita, kdg2 dia tanak pakai pampers, dia kata adam kan nak pergi school. Alahai, pandai pulak dia ajuk nasihat ibu depan pengasuh dia..

Ok la ada masa update blog lagi.. Ni gambar budak berdua ni.. Muka tak sama, color tak sama, tapi kasih syg ibu n ayah tetap sama.. Chewahhh




Thursday, May 29, 2014

~Puting / teats baby~

Kembali berblog. Hehe

Ni sebenarnya lebih kepada catatan untuk diri sendiri..

This week ofis tempat kerja sy ni ada baby fair. Kelas kau tau kat ofis ada baby fair, international baby fair pulak tu.. Turun lift je nak gi baby fair ni. Untung betul. Bukan takat tu je, baru2 ni jualan gudang parkson, jualan handbag berjenama, jualan baju2 muslimah siap ada artis lagi. Tah kenapa berebut nak buat kat sini tak tau la. Diorang ingat gaji kitorg ni besar sgt ke.hihi

Berbalik pada baby fair ni, skrg ni sy tgh cari teats yang spill free. Hasil googled, yg proven spill free adalah pigeon cross cut je. Kebetulan baby fair kat bawah ni ada pigeon.. Tiap hari aku duk ngadap semua teats dekat pigeon tu untuk study. hehe mmg study tau.

Rupanya ada mcm2 jenis teats ni. Saiz tak kesahla, tu pandai2 pikir sendiri.

Jenis2 teats yang ada (dua2 ada rubber n silicon)

1. Narrow neck hole
2. Wide neck hole
3. Narrow neck cross cut
4. Wide neck cross cut

Pilihan sy semestinya  cross cut. Tapi yg buat jadi case study nya sbb sy takde botol pigeon. Yang ada kat rumah tu, avent, NUK, playtex, wide neck spectra n standard narrow neck storage bottle. Tanakla membazir beli botol baru sebab semua botol ni pun tak semua guna lagi. 

Hasil kajian sy, botol avent ni pun rupanya ada 2 jenis. Satu classic, satu lagi natural. yang classic boleh pakai ngan wide neck cross cut pigeon, tp nya yang natural (sy punya natural) tak boleh sbb saiz teats berbeza. Yang playtex, saiz teats sama saiz dgn natural avent, so tak boleh pakai untuk wide neck pigeon. Yang spectra, NUK tak try lagi. Harap2 boleh la ngam dgn wide neck pigeon. Takkan la nak beli botol pigeon lagi kan.. 

Yang narrow neck tu boleh muat kat storage botol biasa. Mungkin beli yg ni je kot..

Mungkin entry ni sy sorg je kot yg faham kot.. Hehe

Napala sy sebok2 nak beli cross cut teats ni. Sebabnya anak sy minum susu sambil tido. Dia tak minum sgt time dia jaga. Hehe.. Mcm abangnya jugak. Mcm2 budak zaman skrg ni..






Wednesday, April 2, 2014

~Hijrah~


Selamat berhijrah kwn2.. Perbetulkan niat, kuatkan azam, berkawan dengan org sesuai, pedulikan cemuhan n kata2 org, dan jangan lupa berdoa pada Allah..

Kita tak buruk pakai baju labuh, tudung labuh, pakai stokin, pakai stokin lengan, berseluar longgar, berbaju kurung. Kalaupun kita rasa sangat buruk pun berpakaian begini, tak mahukah kita nampak cantik disisi Allah nanti.  Nak nampak cantik di mata manusia atau disisi Allah?  Pilihan di tangan sendiri.. Fikir-fikirkan...



Wednesday, March 26, 2014

~abg n adik~

Sama tak abang n adik



 atas adik, bawah abg.. baju yg sama. pose yg hampir2 sama..

Perbezaan yg paling obvious,  mata abg sepet sikit. adik mata bulat.

abg dah big boy skrg..




Thursday, March 13, 2014

~Bukan lagi green fingers~

Years ago, sy ada 1 hobi yg sy btl2 minat. Dulu sy sgt minat bercucuk tanam sampaikan pernah bercita2 nak jadi petani berjaya. Rumah dulu kat kwsn kampung, tanah untuk menanam mmg keliling rumah. Jadinya zaman kecik2 sy dah tanam pokok mangga, sayur-sayuran, rambutan, kacang,cili,tomato n bermacam2 lagi.. Zaman tu sy mmg green fingers. Paling tak boleh lupa, sy tanam pokok tembikai time cuti semester dekat u. Tembikai sy berjaya berbuah, tp buahnya kena lenyek dengan lori tnb yang u turn depan pagar rumah. sobsobb. Dragon fruits pun ada, batang dpt dr kebun cina mana tah, tp tak sempat tanam, mak yg tanam, after beberapa tahun, tak pernah berbuah lagi. heheh

Skrg duduk kat kl, rumah pun takde tanah. rupanya husbandku juga berminat dgn bercucuk tanam ni. Kalau weekend mmg stay dpn tv tgk agrotek dekat tv1. Kitorg letak pokok tanaman dekat balkoni n luar tingkap wet kitchen. Buat masa ni yg ada pokok cili, serai, pegaga, pak choy, daun kesum, bayam. Baru je mulakan bercucuk tanam kat rumah ni, progress so far so good.

Baru2 ni, akak officemate bagi pokok hiasan. Pokok ni letak dlm air je.. Tapinya...

Talent bercucuk tanam ku sudah pudar.. Pokok ni dah macam hidup segan mati tak mahu dah. Hari ni ada daun2nya yg dah mula hitam..


 Oh sedihnya. Skill menanam pokok perlu diasah lagi lepas ni...







Sunday, January 5, 2014

Baby baru

Assalamualaikum.. Hai!!

Happy new year. Tahun ni kami dah berempat. Tak pernah cerita psl baby baru ni lagi.

Syukur ke hadrat Allah pada 16 Nov 2013 sy telah selamat melahirkan seorg baby boy. Baby premature pada 35w 0d. Btl2 baru msk 35w. Berat baby 2.09 kg.

Mmg masa pregnant dah rasa baby no2 ni lahir awl. Hehe. Nasib baikla sempat basuh separuh baju baby sebelum bersalin hari tu. 3-4 hari sblm deliver sy diserang batuk n selesema yg sgt teruk sampai mc berhari2. Time tu dah terfikir mcmana kalau terbesalin awl, mcmana nk tahan sakit contraction,mcmana nak teran. Taknakla czer lagi kan. Risau sgt time tu. Kuasa Allah, hari rabu mggu tu batuk sakit tetiba hilang. Kamis dah ada bleeding. Risau sbb bleeding, pergi check di hukm, takde bukaan n disuruh balik. Lagipun contractionpun takde lg. Hr jumaat kerja mcm biasa. Bleeding still ada. Nak smyg asar ptg tu tgk ada air jernih keluar n time tu dah confident air ketuban dah start keluar. Blk kerja turun je kereta terus air ketuban tumpah byk.

Kelahiran yg ke 2 ni juga induce. Jumaat ptg pergi hosp. Bukaan baru 1cm dan terus warded. Sbb anak 1st czer, doktor berkali2 remind yg risiko untuk czer kali kedua tggi sbb kalau induce failed, mmg terus czer. Takkan ada msk ubat smpai 2x n lagi satu sbb air ketuban dah pecah awl takut infection. Sedikit sebanyak buat kita down jugak la kan.

Pagi msk ubat induce, sakit sikit2 je smpai tghr. Tghr baru buka 3cm n doktor suruh msk labor room. Dudukla kat labor room tu. Dekat pukul 4 doktor check baru 4cm. Lps tu masuk ubat drip. Start tula sakit yg teramat rasanya.Request for epidural. Doktor bius dtg blh tak jumpa pulak tulang belakang. Dekat 7-8 kali blkg kena cucuk tp still tak jumpa tulang blkg. Seriously cucuk tulang blkg tu smpai gigil2 tahan sakit, lg sakit dr contraction.

Time tu tahan jela sakit. Last2 jerit pggil nurse mintak petidine. Lagi satu blh pulak time tula aircond kat labor room tu rosak. Sambil sakit smbil kipas. Husband keluar time tu nak pegi solat. Dia ingatkan lambat lg nak deliver sempat dia pegi mkn. Lps je cucuk petidine tu, nurse ckp stgh jam baru effect. Tgh sakit sgt tu, Lps tu terus rasa nk meneran. Nurse check dah 8cm n kepala baby dah nmpak. Kelam kabut panggil doktor n tggu husband. Nasib baik dia sempat dtg. Sekali push je keluar baby. Hehe sebab baby kecik, 2.09kg je. Lps tu barula mengantuk effect petidine tu.

Syukur dpt pengalaman deliver tanpa epi n dpt rasa sakit bersalin tu. Sakit yg dpt tahan sehinggalah lps drip tu yg sakit sgt2. Nasib baik bukaan cepat dr 4 ke 8 cm tak smpai sejam..

Itu lah pengalaman bersalin yg ke2. Kalau anak 1st tak rasa sakit langsg, yg 2nd ni sakit dr awl smpai deliver dpt rasa. Mcmana la yg lahirkan baby bsr2 tu. Nasibla baby sy kecik je.

Opss lupa plak. Kecik2 pun still ada kena jahit jugak. Ni lagi satu pengalaman yg mengerikan. Sblm jahit dah remind dc suruh bius tp tak taula dc bius ke tak sbb mmg rasa dijahit hidup2. Lagi2 bila lapisan kulit paling luar.. Mmg sgt sakit. Hehe tp dah lupa plak sakit dia camana..

Itula saja pengalaman bersalin anak kedua. Lps ni kalau ada masa nak buat review psl ukmsc. Sy under ukmsc , cuma labor room share dgn hukm punya. Doktr sy patutnya prof azurah tp hari sy deliver tu dia takde. Ganti dgn doktor suraya. Lain kali la cerita.. Hihiii

Presenting adik adam








Gambar 2nd tu time seminggu lps lahit. Kecik je kan. Skrg dah bsr. Gambar latest nanti ye.

Nama : Muhammad Raziq bin Mohd Ridhuan

Ok la. Bye