Monday, December 12, 2011

~Adam @ Genting~

Last sat, ad hoc plan, ke genting lah adam.. Mula2 risau jugak nak bwk naik genting, sebab adam takde baju jalan long sleeve... Huhuiii kesian adam. Pakai short sleeve je, seluar pun short jugak. Tapi kat genting ni takdela semua tempat sejuk. Kitorg bwk jln2 indoor n naik cable car, tak sejuk sgt pun. Cuma kat outdoor yang sejuk sgt bila dah ptg2. So ok la kan mcm jln2 shopping complex je sejuk dia.


 Hai, sy kat genting!!


Family kecilku 



on d way ke cable car



Dalam cable car



Sy lansung tak gayat naik cable car


tgk. hepy je dia ni



babai

Friday, December 2, 2011

~Ruam susu/ ruam peluh~

Hai kawan2..

Saja nak share pasal krim yang sy pakaikan kat adam untuk ruam yang tumbuh kat muka dia. Tapi tak tau la tu ruam susu or ruam peluh. Yang pasti muka dia naik bintik2 n merah2.. Pastu dia pun tak selesa, asyik nak sapu2 muka dia. Kalau kena panas lagi la, merah mcm melecur jadinya.

Sebab agak teruk, kitorg bwk gi klinik. Sebelum ni ada sapukan krim ezerra, tak berkesan kat muka, tapi kat leher berkesan (leher pun pernah naik merah2 mcm melecur tu).

So doktor tu bagi krim mcm kat bwh ni..

 Hari 1st pakai, merah2 tinggal sikit. Hari 2nd pakai, merah2 hilang terus. Yang tinggal bintik2 kecik yang keringla.. Jgn risau baby pegang2 muka pastu masuk mulut, doktor kata kalau kuantiti sikit, takpe.


 Gebu kembali muka adam. Hihi


Thursday, December 1, 2011

~Bila anak tak sihat~

Selasa sy terpaksa ambik EL sebab adam demam, batuk n selesema dari hari sabtu lagi.. Batuk sgt teruk sampai hilang suara, nafas bunyi2, hingus meleleh2, muntah2 keluar kahak.. Kesian anak ibu..Hari isnin bwk pergi klinik, Alhamdulillah takde lelah.


Ambik EL sebab tak nak susahkan mak cik. Bila adam asyik batuk je, dia kena extra care, sebab senang nak muntah. Dahla minum susu sikit, muntah lagi. Kurusla adam pasni.. Dahla timbang 3 bulan hari tu 6.00 kg je berat dia. Sejak hantar ke babysitter, dia kurang menyusu kot, selalu minum 15oz je sepanjang office hour, tu pun mak cik ckp minum tak abis sebotol. Dia lebih suka df kot.. Pastu semalam pulak (rabu), walaupun adam tak sihat lagi, terpaksa la jugak hantar kat mak cik.. Paling menyedihkan, adam minum 3 botol je = 9oz sepanjang hari, tupun minum sikit2 je. Sedihh..


 Get well soon baby. Ceria2 camni selalu ye..


Thursday, November 10, 2011

~Rindu budak ni~


Tgh kerja asyik teringat kat dia je..





Ni baju raya Adam. Tido je hari raya, nak tangkap gambar bukak mata pun susah. Baju ni dulu dah pernah pakai masa raya Aidilfitri (gambar bawah).. Hehheee

Muka kecik,tgn kecik, kaki kecik, badan kecik. Sekarang kaki tangan dah ada muscle (lipat2).. 

How time flies~

 
Thank You Allah~

Friday, November 4, 2011

~Salam Aidiladha~

Assalamualaikum..

Hari sabtu InsyaAllah kami sekeluarga akan balik johor menyambut hari raya haji di kluang.. 1st time beraya kat sana. Last aidilfitri kat perak. Selang seli so raya haji kat kluang pulak.. Camni la kampung jauh2. Sorang kat selatan, sorang kat utara. Tapi best asek berjalan je~

Nak balik kampung pun dah merentas byk negeri. Adam dari dalam perut lagi dah round 1 malaysia.  Oh luar malaysia pun dia ada pergi. Hihiii

Sebab suka jln2, semua jenis laksa dah try. 

Laksa johor
Laksa sarawak
Laksa Krabi
Laksam
Laksa utara
Semua laksa2 ni sy suka. Tapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Laksa kuala tetap no 1 di hati!!!!

Sebenarnya nak ckp, semenjak dua ni suka sgt dengan laksam. Dulu tak suka, bagi free pun tak mkn, tapi skrg jadi suka pulak.. 

Sama jugak laksa johor, dulupun tak suka, skrg dah suka

Ok la, selamat hari raya. Semoga selamat semuanya.. Amin...

Disudahi dengan gambar adam n ibunya..


 

 

Thursday, October 27, 2011

~Favorite makanan sarawak~

Skrg ni dah start secara kecil2lan balik jalan2 cari makan kami sekeluarga... Sekarang tgh addicted dengan makanan sarawak. Paling favorite mee kolok dan laksa sarawak.

Kat KL ni susah nak cari laksa sarawak, mee kolok n segala mcm makanan sarawak yang halal. Kebanyakannya chinese punya.. So far dah pernah try mknn sarawak yang halal kat 2 kedai ni.

1) Abang cafe - Prima Saujana, Kajang.
2) Restoren Pucuk Ubi, Damansara Utama - Dari OU, lalu depan one world hotel n TV3, traffic light belok kanan, lepas ESSO belok kiri, lepas PELANGI UTAMA condo belok kiri, first kanan belok kanan, terus je. Rest pucuk ubi belah kanan kiri. (bagi direction sebab mmg tak rugi kalau nak try makanan srwk kat sini)

Antara 2 restoran ni, Rest pucuk ubi lagi puas hati. Baru je pergi semalam..(tapi harga mahal sikit dari abang cafe)

Teh 'C' Peng.. kalau pergi sarawak, semua kedai mkn ada teh C. Mcm teh biasa, tapi yang gula hitam lapisan bwh tu mcm gula hitam cendol. Sedap, kalau nak buat sendiri agaknye camtula, buat teh, masukkan gula hitam cendol kat lapisan bwh.RM 5.90

Sy order mee kolok. Mmg favorite sy la ni. Mee kolok dia mmg sedap n sgt puas hati. Udang fresh, sup sedap. Rating 5/5.. RM 7.90

Husband sy order laksa sarawak. Pun sedap. Dia ckp ni baru ada rasa jamu, time makan kat abang cafe, takde rasa jamu. RM 7.90.

Rest dia class sikit. Sebabtu la mahal sikit kot.. 

So far, sgt2 berpuas hati dengan restoren pucuk ubi. Servis ok, owner peramah, restoran selesa, tempat senang cari, parking senang, dan yang penting, kalau nak cari makanan srwk, semua ada kat sini. Tapi kalau midin tu, ikut stock availability sebab midin dia bwk dari srwk (mmg kat semenanjung tak pernah nampak org jual midin). Ayam pansuh pun tak rebus dlm buluh.. Linut pun mcm tak ada je.. Ok, jom mengenali mknn sarawak..

Ni ayam pangsuh, ayam tu direbus dlm buluh tu..

 Ni bila dah dikeluarkan dari buluh

Ni linut. Mcm gam. Mkn ngan sambal..


Ni midin. Mcm pucuk paku.

Umai. Ikan mentah je tu

Ermm setakat ni jela dulu.. Baru sekali ke kuching. Nanti kalau pergi lagi akan update lagi mknn org sana.. Heheh

Tuesday, October 25, 2011

Adam's new look

Semenjak dah ada anak ni, blog ni asek cerita psl anak je.. Maafkan sy.. Dulu tujuan asal buat blog sebab nak buat bisnes online. Time tu buat blog dulu baru fikir nak buat bisnes ape. Last2 tak berbisnes2 sampai skrg, sebabnya sy ni bukan jenis yang konsisten n pandai sgt nak berbisnes, nak promote, nak carik customer, n sy bukan jenis yang rajin n byk masa sgt, n pemalu sikit2 hikhikhikk.. Last2 blog ni tukar jadi blog jln2 cari food n sedikit cerita psl personal life, pastu dah pregnant, tukar jadi blog pregnant pulak, pastu dah ada anak,tukar jadi blog cite psl anak je.. Tu namanya just go with the flow~apa2 jela hiihiii..

Sebenarnya dgn ada blogla dapat lepas rindu kat anak dgn tgk gambar anak. Awal2 masuk kerja dulu, gambar anak semua dekat netbook, kat laptop ofis ni takde pun gambar anak. Naseb la ada blog, boleh tgk gambar anak. Asek la duk bukak blog sebab rindu kat anak.. Risau je duk fikir apa dia buat kat rumah bs dia... Sebenarnya sy paling risau kalau anak meragam kat rumah bs dia, sebab takut bs dia rimas n taknak babysit anak sy dah.. Tapi so far Alhamdulillah, semua berjalan lancar buat masa ni.. 

Ok la panjang pulak mukadimah.. 

Kali ni nak cerita psl adam yang very good looking punya look.. Hehaaa apatah ayat.. Sebenarnya adam saya baru dibotakkan weekend lepas. 

Gambar ni betul2 sebelum dibotakkan. Pagi2 bangun terus nak kena botak, mmg muka camnila adam bagi..




Ni gambar baru lahir. Muka pun dah lain. Ala budak kecik setiap hari muka lain kan..

Ok itu semua gambar before. After nye pulak.. jeng..jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 "Sapa cakap sy tak suka botak..... Sy suka sgt2la.. Tak caya, tgk gambar kat bawah ni" adam ckp

Takdela botak licin. Sebenarnya potong rambut je, tak cukur pun..




 Jln2 ngan rambut baru..Panjang pulak kaki adam ni


 Semenjak pandai senyum n ketawa ni, keje adam asek senyum ngan ketawa je.. 

Balik kluang sempat tido rumah atuk. Dengan adam, jadi moyangnya la.. First time atuk jumpa cicit dia. Atuk belah husband ni usia dia dah dekat 100 tahun dah..Atau mungkin lebih..
Adam bersama moyang nya..

Ok bai..








Wednesday, October 19, 2011

~Cerita 3 hari masuk kerja~

Susu ibu adalah rezeki untuk anak.

Sy sekarang dlm proses try nak adaptkan diri  dengan status ibu dan wanita berkerjaya.. Bukan senang rupanya.. Baru hari ketiga kerja, rasa hidup dah kelam kabut.. Hikhikhikk

Pumping Session:
 Pagi2 lagi dah bangun sebab nak pump. Tu pun kalau sempat baru pump.. Kalau tak sempat, bagi df kat adam. Tapi adam kurang menyusu la skrg.. Risau pulak..

Kat ofis pulak, pumping session adalah pukul 9.30  pagi dan 2.00 petang.. Mula2 plan nak buat lagi sekali pukul 5.00 petang, tapi selalu tak cukup masa.. 5.30 dah nak cabut balik.. Balik rumah sebelum magrib akan pump lagi sekali.. Pastu sebelum tidor lagi sekali tapi ni optional sebab bila dgn baby, baby df, so hasil tak lumayan sgt, so rasa tak termotivate sgt nak pump time ni..

Conclusion nya, dlm sehari, wajib pump sy adalah 3 kali saja ( pagi kat ofis, tghhr kat ofis, ptg or magrib either kat ofis or rumah), yang lain tu optional.. 

1. Bangun2 tidur time pagi ------optional
2. Aroung 9.00 pagi dekat ofis------wajib
3. Around 2.00 ptg dekat ofis ------wajib
4. Asar-magrib (between this interval) ------wajib
5. Sebelum tido ------optional

 3 kali ni Alhamdulillah cukup untuk bekalan sehari which is sy hantar kat bs 18oz sehari. Dah isi siap2 dlm 6 botol, each 3oz.. Tapi selalunya adam akan hisap 15oz je, 1 botol lagi bs pulangkan..Bila ada extra 1 botol, so balik2 rumah mmg bagi adam botol je dulu, then baru pump. Kalau bagi df kat adam, then baru pump, hasil tak memberansangkan.. Kenapa eh sy kalau df, hasil pump sikit je...Mcm lambat regenerate(haha nak guna word apa eh)..

So ini jela jadual pump sy,  respect kat sapa2 yg dapat pump every 2 hours.. Setakat ini, ini sahaja yang termampu..

Note 1: Selalunya itu = 3 hari.. Sebab baru 3 hari kerja ( tapi dah 5 hari hantar kat bs).. Hehehhe 

Sy sgt2 berharap aktiviti ini akan berterusan.. Diharap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar..

Kelam kabut yang pertama: Hari ni sy tertinggal pump kat rumah.. Mls nak pinjam org, tghhr tadi drive balik rumah kejap.. Sempat tido kejap, mlm tadi adam tak tido mlm sgt, so mmg ngantuk..wahh terskip pumping session yang pagi, balik2 pump hasil mmg lumayan dan memotivatekan sy untuk tido kejap. kalau hasil menyedihkan mesti sy stress n tak jadi tido.. 

Note 2: Yakin dengan rezeki yang Allah dah peruntukkan untuk anak kita
Note 3: Entry ini ditulis pada hari ke-3 kerja.. So mungkin ada perubahan pada jadual di atas.. will update later the progress.. 

Kita hanya merancang, dan Allah adalah sebaik2 perancang..



Saturday, October 15, 2011

~Tamat sudah cuti 60 hari~

Hari ni genaplah 60 hari Adam melihat dunia dan genaplah 60 hari cuti bersalin sy. Perasaan gembira ada, sedih pun  ada. Gembira sebab rasa cepatnya masa berlalu, anak dah 2 bulan.. Sedih sebab isnin dah start keje~ Malasnya. Lagi2 sedih bila kena tinggalkan adam kat babysitter..

Semalam adam first time hantar kat bs dia.. Rindu je kat adam.. Semalam start bagi ebm kat adam. Pagi2 tu dah ajar bs dia camana nak handle ebm. Harap2 semuanya ok dan berjalan lancar.


Sekejap je rasa dah 60 hari. Memang tak cukup je rasa cuti 60 hari, anak baru 2 bulan dah kena hantar kat org.. Best org gomen dpt 90 hari.

Monday, October 10, 2011

~Pengalaman berpantang pula~



Di hospital

Adam lahir 16 ogos, hari ke-16 umat islam berpuasa. Dekat ward takdela rasa sakit sgt luka operation tu, maybe sebab bius tu masih ada n sy pun dpt ubat tahan sakit. So takde masalah nak bgn gi toilet or breastfeed baby sebab rasa selesa je.. Kesian adam, dia pandai bf, tapi susu ibunya tak keluar, tp still bagi dia df untuk stimulate susu. Mlm2 menangis2 dia, walaupun org ckp perut baby lahir2 sebesar sebiji guli je, tp kalau susu ibu tak keluar lgsg, lapar jugakla baby kan. 

Last2 terpaksa la bagi FM kat adam. Hosp guna susu S26 n botol NUK. Mlm 1st adam tido dgn sy, mlm 2nd pulak, adam dibawa ke nursery sebab menangis je, nurse ckp lapar. Pagi2 tu, nurse hantar baby, dia ckp adam kuat menyusu, setiap 2 jam dorg bagi susu. Ermm...

Hari ke-3 confident boleh discharge. Pukul 12 doktor dtg, dia kata boleh discharge hari ni, tapi dtg balik rabu minggu depan untuk bukak plaster luka.. Masalah time tu, sebab discharge je terus nak balik perak. Takkan next week nye kena dtg kl balik kot.. Pastu doktor kata kalau mcm tu, stay lagi sehari kat hosp sebab nak bukak plaster tu, sy n husband pulak tak nak sebab tak sbr nak discharge. Masalah doktor tu, dia kata tak semua doktor pandai nak bukak plaster tu sebab dia ckp dia gam je. Last2 kitorg suruh dia ajar camana nak bukak, so nanti kitorg bagitau kat doktor yg nak bukak plaster tu. Boleh buat kat perak je, senang.. Akhirnya hari ke-3 boleh discharge..Terus balik perak~~

Kat hosp sebelum discharge. Muka sembab sgt



Di Perak
Startla confinement sy. Mak sy takdelah straight sgt jaga anak berpantang, tp byk jugakla yg ini tak boleh, itu tak boleh. So far dari segi makanan, takde masalah, sebab mknn berpantang pun sedap2 jugak. Nasebla tak gain weight dlm pantang..Mknn org berbuka pun takdela teringin sgt sebab sy dah pulun habis-habisan makan time pregnant dulu.. Time pregnant sy jenis nak mkn, nak mkn yg sedap2 je, byk betul yg sy nak mkn, semua dapat merasa. Paling favorite time pregnant adalah kek n coklat, pantang tgk, sampai kena control ngan husband. So resultnya total weight gain sepanjang pregnant adalh 16kg. huhuu.. Abis pantang dah turun 13kg, sadisnya, baju2 n seluar semua tak muat,, tah berat ape yg turun tak taula.. Mkn mmg tak control pun, makan nasik siang malam, asyik lapar je, maybe sebab fully bf kot, tu yg sikit2 lapar.

Kalau meneran merah padam muka

Time kat hosp, doktor pesan boleh mkn semua kecuali telur n semua yang berangin.. So ayam daging sy mkn je. So far sy ok, n adam pun ok. Adam yang tak ok kalau sy mkn set bersalin NR tu. Punyala beli 1 set mahal2, anak pulak tak tahan, asek berak hijau, so sy stop mkn. Dlm set tu semua sy tak guna sgt. Satu pembaziran je..Teringat sorg membe sy dia bersalin tak guna set bersalin apa2pun sebab dia yakin kita can recover on our own..

Yang agak tension dlm pantang adalah cabaran nak bf adam , badan sakit2 and adam jenis berjaga malam.

Sampai rumah hari ke-3 , mmg adam asyik nak bf je, n anak lelaki ganas sikit, sakit2 dah sy.. Susu tak byk jugak. Mlm 1st dekat perak, punyala dia menangis mlm, last2 bagi FM. Lepas berurut barula susu byk keluar.Tapi time adam bf mmg sakit . Time ni agak tension jugakla sebab bdn sakit2, luka sakit, nak batuk pun terseksa, dahla kesan bius tu buat kita gatal2 n asyik nak batuk je. mmg takut sgt setiap kali rasa nak batuk tu dtg, risau je koyak balik luka tu. hahaaa. Pastu boleh plak sakit gigi pulak dlm pantang, magrib je sakit gigi dtg. Sbr jela. Pastu tension sebab badan panas, nak mandi takut kena air kat luka tu, doktor pun pesan, lap2 je badan. Sy kena mandi jugak air akar kayu, caranya sy balut badan dari pinggang ke bawah dgn plastik hitam. Hehe, tp kena jugakla air kat plaster tu, tapi cepat2 lap. Awal2 tu rasa badan tak terurus sgt, dengan bdn penuh minyak nye sebab berurut, lepas berurut kena mandi air akar kayu, pastu tak boleh jirus dgn air biasa, so air akar kayu tu melekat je kat rambut n badan bersama minyak2. Mmg rimas sekali..

Paling mencabar adam berjaga malam. Bukan setakat berjaga, siap dgn menangis sekali. Mcm2 cara n ikhtiar cuba, semua tak berkesan.Siang2 dia bantai tido sampai kejut goncang camanapun dia tak bgn nye.. Mak ckp kena sabar, jgn tension2 nanti kena meroyan. Nasibla husband n mak byk membantu. Kalau time husband ada, kitorg sampai buat shift,12-3, 3-6. Time shift husband mmg sy dah pump susu siap supaya dia tak kaco sy tido. Hahaa. Cabaran sungguh anak berjaga malam bagi org yang tidur dia tak suka diganggu. Tapi skrg semua berubah, tido bukan lagi nikmat, tp keperluan. hehe. Kalau time husband balik kl, mak tido ngan sy, adam nangis je dia bangun, dodoikan balik atas tgn, Terharu sgt mak sgt baik n memahami..

Husband asek ulang alik je KL-perak, 3-4 kali jugak dia ulang alik sorg2, last2 lepas majlis akikah adam hari tu, terus sy balik kl ikut dia pada hari ke-27..

 
Bersama ayahnya

Bersama ibunya



Di KL

Kat KL adam agak behave, dia mlm2 boleh tido n bgn bila nak menyusu je. Agaknye dia tau kot ayah dia nak keje n ibu dia tinggal sorg2 nanti.. Kat kl sakit gigi lagi teruk, tak pernah2 rasa sakit mcm tu sekali. Tapi mak dah pesan awl2, jgn cabut gigi dlm pantang. Reason unknown. Kat kl semua sy buat sendiri, agaknye berat byk turun time kat kl kot, sebab semua kerja buat sendiri, dari basuh baju, sidai, masak, kemas2. Kalau kat perak, semua mak yg buat, sy just mkn, bf n tido. heheee. Bagus jugak berpantang sendiri ni... Mkn still jaga walaupun mak takde depan mata nak jaga makan minum kita. Apa sy mkn kat perak, itula sy masak kat kl, almond london n tart nenas depan mata mmg sy tak sentuh pun..


Di johor

Hari ke-32 mcmtu sy balik johor pulak. Jumaat sampai isnin..  Kat sini tak berpantang sgt, mkn apa yang ada, stokin je sy still pakai, myk kat perut, bengkung, girdle semua sy tak pakai dah. Akibatnya ada 1 hari tu sy sakit kat bahagian atas perut sampai rasa tak boleh bernafas n fikir nak mati je time tu. Tak tau la sakit ape, suspect angin kot sebab sakit atas perut, bukan dada. Last2 bwk pergi specialist, time sampai specialist sakit terus hilang, so doktor pun tak tau sakit ape. Dia bagi ubat gastrik, check jantung pun ok je. Sakit tak tau ape bende sakit, bil seratus lebih jugak, nasib la boleh claim, tu pun jenuh sebab takde referal letter gi specialist. Rupanya ada pengecualian kalau hari ahad, sebab klinik susah nak jumpa yang bukak hari ahad..


Lepas tu sy menghabiskan masa dalam pantang di kl je. Overall takdela ketat sgt berpantang, siap bole kuar rumah lagi. Hari ke-39, siap pergi KLIA. Hari ke-40 pergi jusco shopping2. Hari ke-41 baru merdeka terus pergi open house.  Mkn je yang berjaga sikit, telur mmg tak sentuh lgsg, pedas mmg avoid, ais pun sama mkn apa yg mak ckp bole mkn je.. Tapi habis pantang hari tu terus request nak aiskrim magnum.. Huhuu.

bwk adam pergi joging pagi2. muka tak rela adam


 pergi jln2


Wednesday, September 28, 2011

~Pengalaman Bersalin~

Berjaya jugak karang pengalaman bersalin~~ heheee

15 ogos 2011

Hari ni check up untuk 38 weeks. Baby kalau lahir hari ni sama tarikh ngan ayahnye, tapi hati ibu nya kuat ckp baby lahir 16hb,sama dgn ibunya, padahal time tu jumpa doktor pun belum lagi. Mak plak awal2 dah call dari kampung nak dtg kul 2 naik bas. Kelakar je bila ingat balik sebab mak mcm confident je baby lahir esok nya..

Result ctg ok je. Jumpa dr after scan dr ckp uri dah makin teruk rosaknye, tapi dr tu tulis kat buku dia tak smpai pun 50% calcified. Tapi dr ckp tak nak tunggu lama, so dr tanya bila nak masuk ward untuk induce.. Mintak pendapat dr, dr suruh masuk esoknya sebab tak nak ambik risiko tunggu lama2.

Sebelum balik, lawat ward nak pilih ward mana nak masuk. Last2 pilih executive deluxe.. Budget nak luas2, sebab sian mak ngan husband nak tido sekali. Bilik lain sume kecik2..

16 ogos 2011

Pukul 8 lebih dah sampai, register n terus masuk ward.. Perasaan time ni tak rasa apa2, nerves pun takde. Sakit lagi la takde, tak pernah rasa contraction sepanjang pregnant.. Buat ctg, pun takde contraction..

Pukul 10 lebih, dr dtg nak masuk ubat induce. Fuhh takdela sakit sgt kena seluk, yang penting relax.. Dr kata baru bukak 1.5 cm, malam baru bersalin.. Pukul 12 lebih nurse dtg buat ctg, time ni dah rasa sakit2 sikit, mcm senggugut, darah pun byk keluar, maybe sebab kena seluk kot.. Result ctg ok je.. Contraction takde lagi, tp dah rasa sakit2..

Husband ajak jln2, nak cepatkan bukaan, tapi tak larat sgt nak jln2 sebab sakit, habis kebas kaki2, nak jln pun susah, jln2 dlm bilik sikit2, keluar2 kejap, pastu tidur. Mak plak urut2 badan, lagi lena tido. Serius tak larat nak jln2..

Pukul 3 nurse dtg nak buat ctg lagi.. Time ni frust sgt sebab result ctg tunjuk takde contraction, tp sakit yg rasa ni sakit ape.. Result ctg tunjuk heart rate baby tak cantik.. 3 lebih dr dtg, nak masuk ubat kali kedua.. Dr check, bukaan baru 2.5cm.. Bygkan dari kul 10 sampai kul 3, baru bukak 1 cm. Sbr jela.. Dr suruh jln2 bagi cepat..

Sebab Dr suruh, so terpaksa gagahkan diri jln2..Baru je jln ke depan pintu masuk ukmsc dengan husband, tetiba hp husband bunyi, dapat call dari HUKM. Pelik jugak sapa yang call. Rupanya nurse call suruh balik ke bilik cepat, sebab dr baru tahu result ctg sebelum ni, heart rate baby tak cantik . Time ni takde pk ape2 lagi, so balikla ke bilik..

Balik2 je, terus perform ctg lagi sekali.. heart rate baby mmg tak cantik, 90,80 and drop sampai 60.. Dr kata ini belum ada contraction lagi, kalau ada contraction takut lagi drop.. Sepantas kilat dr decide nak buat emergency czer, suspect cord round neck.. Sepantas kilat jugak tetiba bilik dipenuhi nurse, sorang cucuk tgn, sorang tanggalkan baju, sorang psg tiub air kencing, semua pantas sekali n semua kelam kabut.. Paling tak boleh lupa, dr sebut baby boleh mati dalam perut ni.. Time ni dah rasa cuak gile + terkejut + frust sebab plan nak deliver normal tak dapat + terkejut sebab semua kelam kabut n buat keje sepantas kilat..

Dlm 3.40 ditolak ke OT. OT plak kat tingkat 1, UKMSC kat tingkat 7, kena tolak pun rasa cuak sgt sebab nurse yg tolak pun kelam kabut. Sebelum tu sempat termenangis sebab perasaan bercampur baur, risau, takut n happy sebab kejap lagi bole jumpa baby..

Masuk2 OT, lagila kelam kabut, sambil kena tolak ni, sambil tu pakar bius tanya mcm2, nak bius half ke full sebab tadi ada demam sikit, last2 bius half je. Tanya nama penuh, nama husband, no phone, n dr bius tu explain psl bius sikit, tapi dah tak masuk otak dah time ni.

Dekat2 pukul 4, terus kena toreh2.. Boleh rasa hidup2 kena toreh, perut kena tarik2, kena godek2, tapi tak sakit. Boleh nampak jugak sikit2 ikut lampu kat atas.. Husband memainkan peranan yg sgt bagus, dia rakam sepanjang proses operation tu..

Baru je nak feel, tetiba dgr dr ckp baby is coming out.. tak lama lepas tu dgr suara baby menangis.. Syukur Alhamdulillah, tepat 4.14 Adam Rizqi lahir.. Time ni tak sbr sgt nak tgk baby. Dtg sorang nurse tanya mcm2 lagi, nama penuh, nama husband, no phone, tinggal kat mana, rasa mls je lyn. tanye kat nurse tu, baby boy ke girl ( haha sebab baju mmg beli sume baju baby boy).. Nurse tu ckp tunggu kejap lagi dorg dtg bawak baby, baby tgh kena bersihkan.. dlm hati apesal nurse tu tak nak bagitau, bgtau jela, tak rugi pun. Husband plak dtg, ckp Alhamdulillah, pastu tanye husband, baby ape, dia jwb boy.. haha terjawab sudah. Last2 nurse dtg bwk baby letak kat bahu n ciumkan kat pipi..

Kejap je duduk dlm OT, 30 minit ++. Dgr dr tu borak2 ngan assistant dia, dia ckp record dia operate kan org bersalin 28 minit. Tangkas kerja doktor tu..

Pastu kena tolak kat mana pun tak tau. Duduk kat situ stgh jam sorg2, badan naik gatal2, kesan bius. Bius tahan 5 jam, tak selesa je rasa tak boleh angkat kaki.

Last2 dtg nurse tolong tolakkan masuk ke ward balik.. Dpt jumpa baby.. happy sgt rasa..

Tgk balik video, sebelum dr keluarkan baby dari perut, dr betulkan tali pusat dulu. Mmg tali pusat terbelit kat leher, n baby keluar biru + dah berak dalam perut.. Lepas kena sedut2, baru menangis..



Ni gambar fresh baru keluar perut.. Muka bengkak2 lagi.. Jam kat kamera tu lambat. Adam time lahir 2.99 kg, kecik je time pegang. Baru lahir sebijik muka ayahnye, skrg dah berubah2 sikit. Tapi semua yg tgk sume ckp muka ayah dia

Adam :Teladan      Rizqi : Rezeki.



Adam yang suka jalan2..

Nanti2 nak draft pengalaman berpantang plak.. Sungguh tak suka n terseksa jiwa raga..

Thursday, September 22, 2011

~Habis berpantang~

Sabtu ni genapla hari berpantang yang ke-40 dan secara rasminya tamatlah pantang. Kenapa ye pantang bersalin ni ada 40 hari n 44 hari? hari tu lepas bersalin mak tanya nak berpantang 40 hari ke 44 hari, mestila pilih 40 hari..

So ahad dah merdeka.. Nak mkn2 yang sedap2..



Yo, Adam 34 hari dah 4.5 kg. Cepat membesar anak ibu ni..

Monday, September 12, 2011

~Majlis Aqiqah Adam Rizqi~

Pada 10 September berlansunglah kenduri aqiqah Adam Rizqi. Adam baru 26 hari time ni.. Malam sebelum tu 1st time adam buat rekod, bagi ibu n ayah dia tido lena malam2. Mcm tau2 org buat kenduri untuk dia.. Kalau tak malam2 sebelum tu ibu n ayah dia sampai buat shift nak layan kerenah adam..

Ini budak manja nak kena pegang je.. Letak bwh mulala macam2 bunyi



Family kecilku



2 ekor kambing tumbang



Lauk pauk




Duk dlm rumah je. Tak bole kuar..



Ibu n adam