Saturday, January 15, 2011

~1st experiences~

Alhamdulillah, sy confirm pregnant. Now dah masuk 7 minggu, baru lagi, n sy tau skrg sgt fragile, so kena jaga diri elok2..

Semalam pergi scan kat pantai medical centre, baby Alhamdulillah normal n membesar dgn baik. Now dah 1.1 cm, last week 0.5 cm, dah ada heartbeat dr scan last week lg, tapi tgn n kaki belum tumbuh lg.


7 weeks

Napa sy pergi specialist instead of klinik panel biasa?

Sebab sy mengalami masalah semenjak disahkan sy pregnant. Yang peliknya sblm gi confirmkan ngan doktor, takde apa plak. Tapi tula, bahagian org lain2, Allah dah bagi sy kegembiraan, tak perlu nak tunggu lama2 nak pregnant, tapi Allah uji dgn benda lain pulak. Sy redha..

Sy selalu bleeding semenjak pregnant ni. Salah satu yang ditakutkan adalah abortion. Hari jumaat lepas dpt GL,tu yang pergi pantai bangsar tu. Lepas check up, doktor ckp sy threatened abortion, dan dpt MC seminggu. Seminggula sy duduk rumah, dgn tak buat apa2, just mkn tido n kdg2 tgk tv. Bosan mmg bosan, tp ni semua untuk kebaikan.

Semalam, jumaat, sy pergi 2nd check up kat pantai lg. Kali ni lepas scan, doktor ckp uri kat bwh(placenta previa), sebab tu byk bleeding. Perkembangan baby normal, membesar normal.. Sy takut.. tapi mungkin baru di peringkat awl, n doktor pun ckp 50% wanita uri dia akan naik kembali. Doktor pun takdak smbung MC sy, just doktor nasihat jgn byk berjalan, jgn buat keja berat, angkat berat2 n lain2.

Ni gambar kalau baby dah besar. Uri yang placenta tu. sy punya skrg kat bwh, kalau dah sampai 28 weeks still kat bwh, dah masuk tahap bahaya, takut bleeding teruk yang boleh membahayakan nyawa mommy n baby..

Skrg sy sedang melakukan yang terbaik untuk jaga kandungan sy. Semoga semuanya dipermudahkan. Skrg dah 2 minggu loya2 agak teruk, smpai takde selera mkn. Smlm check up berat turun. Muntah2 jarang, tp loya2 yang teruk. Memang terseksa loya2 ni, tp ni semua experiences... Yang paling sedih, sy sampai berperang dgn diri sendiri untuk mkn, sedih2... Dulu sy lah yang suka mkn, skrg kalo depan mata mknn favorite pun,bila masuk tekak, takde rasa n x de selera. Dah tak dpt menikmati mknn.

Tak sbr nak habiskan trimester 1st ni..

Erm,, berdasarkan pengalaman sy, better banyakkan study kalau nak pregnant. Sy dulu, tau2 dah pregnant, tak ambik kesah pun trimester 1st kena berjaga btl2, xle lasak2. Dulu sy siap joging lg, hentak sana hentak sini, pergi Krabi jln smpai sakit2 kaki.. Maybe ni faktor2nya. Takpun sy mmg jenis yang lembik...

Sy takde apa2 tandapun yang tunjukkan sy pregnant first 4 weeks, melainkan period lewat je.. Tu yang mcm 50-50.. Sampaila buat preganncy test sendiri... Tapi bila dan scan je, dah nampak embrio, barula semua tanda nak keluar, sakit sana, sakit sini, loya2, muntah...

Ok, ni je cerita pengalaman pertama kami... Semoga semuanya selamat.. Amin...

Erm, boleh ke tiap kali check up pergi specialist?? Kalau ikut kata HR, first 7 months, cover kat clinic panel je, after 7 months baru boleh gi specialist... Tapi tiap kali pas check up doktor tu bagi tarikh next appoinment, means kena gi kat dia lg... Erm....

Tapi beruntung jugak pergi specialist. Consultation mmg superb. Compare ngan klinik biasa, ckp ada bleeding, suruh observe je.. Ishhh...

Specialist byr mmg mahal. Semalam baca kat satu forum ni, kat doktor yg sama, just consultation n scan, RM 160.. Semalam sy check up ada consultation,scan, dapat ubat asid folic, duphaston n maxalon, tah bapa la charge sbnrnya..

6 comments:

cik juju said...

congratulation shahida.....
take care yer...take ur meds regularly.

Sarah Laila said...

Congrats...Rasenye baru lagi, aku jumpe ko sbelum bergelar isteri dan bakal IBU....Take care

DyaNz said...

Congratezz Ida..

~AdiHaS~ said...

Thanks kwn2 :)

Anonymous said...

salam.
1st, congrates.!
im ur silent reader.
nk tye, maxalon tu apa function dia yeh?
tq.

~SaHiDa~ said...

maxalon ubat tahan muntah