Friday, January 28, 2011

~9 weeks~

Selalu je smgt nak update blog, tp bila tekan new post je, dan2 tu la pergi surf benda lain, so niat pun terbantut.. Sampai la hari ni..

Ohh, coursemate sy kat UM dulu dah selamat melahirkan baby girl, lewat sehari dari birthday dia. Ini adalah baby sulung course kitorg rasanya... Lambatkan kami semua dapat baby.. Tapi pasni lebih ramai akan menyusul.. InsyaAllah... Sebenarnya nak cite, nama anaknya Iman Sumayyah,, panggil maya, sweet je... peluk

Tadi pergi check up kali ke-3 kat pantai. Dapat jumpa baby lg.. Dah ada tgn n kaki. Time scan tu baby gerak2, excited je rasa. Alhamdulillah baby membesar normal. Dah panjang 2.49 cm.. Tarikh due pun berubah awl 2 hari. Tapi uri kat bwh lg sedih.

Minggu ni minggu ke-9.. Sekarang simptom2 org pregnant tu dah semakin terasa...

- Loya2 tak lalu mkn... Tapi so far dalam sehari mesti mkn, takdela sampai tak mkn lgsg. And this week pun loya2 dah kurang sikit. muntah jarang2
-Sakit pinggang sgt2...
-Asek ke toilet buang air kecik.. Lagi2 kalau tgh2 mlm.. 6 weeks dulu, tiap sejam mesti bgn ke toilet, skrg dah kurang sikit.
-Rasa sume baju dah ketat kat perut.. Perut takdela bsr sgt,pysko jee, n tak selesa
-Baby dah start ambik kalsium kat gigi sy, sebab gigi pecah sikit hari tu.. tak start minum susu lg, agaknye baby tak cukup kalsium.. ermmm
-Gosok gigi pagi2 mesti muntah air
-Nak batuk pun tertahan-tahan sebab sakit. Doktor kata tiap kali batuk, tekanan buatkan rahim tertolak ke bwh. Tu psl sakit

Ermm, ni je yang ingat buat masa ni...

9 weeks

0 comments: