Tuesday, February 22, 2011

~Apasal takde mengidam lagi ni~

Last saturday check up untuk 12 weeks.. Yeayyy 1st trimester dah berakhir.. Baby sekarang dah membesar dengan cepat. Ukur time scan sekarang dah panjang 6.09cm.. Hehe terlebih panjang sikit, so due date pun tercepat sehari, dah jatuh 28/08/11.. Time scan baby gerak2 tgn n kaki, sgt comel..Excited eh org nak tgk dia..

Baby cepat besar sebab sy minum soya ke? Sy tau tak elok sgt minum soya awl2 trimester ni, tp sebab favorite, minum jela.. Lagipun siap buat soya sendiri kat rumah.. Sy pernah terbaca, kalau byk minum soya n susu anmum, nanti baby besar.. Susu pulak sy minum Friso mum gold.. Soya ni tak elok minum awl2 sebab pernah terbaca, soya ni meneutralkan ubat yang kita ambik hari2 tu.. Ermm wallahualam.. Air kelapa pun tak elok minum awl2, sebab air kelapa kan penawar, nanti air kelapa tu kecutkan rahim kita. Sama jugak macam pegaga, jgn makan time pregnant, sebab pegaga ni org makan time dalam pantang untuk kecutkan rahim. Sy tau pasal pegaga pun sebab cite kat mak sy mkn pegaga, konon byk mkn ulam2 la, sekali mak cakap tak elok..

Sekarang dah makin dapat menyesuaikan diri. Dah takde sgt loya2 n muntah2. Syukur Alhamdulillah, morning sickness dalam 3 minggu je, kejap je, dari 6-8 weeks je kot, pastu dah kurang dah.. Makan berselera je, mlm je yang susah sikit nak makan, tapi tak kesahla, siang dah makn.. Berat maintain lagi, 3 bulan tak berubah sgt pun.. Rasa macam dah makin gemuk, tapi time ukur berat kat hosp tak berubah pun..

Sekarang ni mcm tgh pk makanan apa yang mengidam nak makan... Sebab so far takde mengidam apa2 lg.. Ke sebab awl lg. Selalu org mengidam time bape bulan eh?? Husband offer nak mkn sedap2 pun selalu tolak.. Hihi..Dia selalu offer nasik arab je, sebab favorite dia, tp takde nafsu lagi la kat nasik arab, dulu favorite ni..

Ohh, sakit belakang makin bermaharajalela sekarang.. Kena baring mengiring je, tak le tegak.. Tapi dah tanye doktor, boleh urut sikit2 kat belakang, so pasni dah boleh kena urut. Sebelum ni, sakit pinggang, sakit kepala, sume takut nak urut, tp lepas tanye doktor dah lega.. Bertambahla keje suami..ihikhik

Lagi satu, last check up tanye kat doktor pasal perlu ke buat buku pink klinik kerajaan tu. Doktor kata kalau plan nak bersalin kat pantai tak payahla buat, tp kitorg tak plan kat pantai. Mahal kot,, company cover 2500 untuk normal, 4000 untuk ceaser.. Tak cukup tu. Doc kata, kalau nak bersalin kat luar, nanti dia buatkan medical report.. Ermm, nak buat ke tak buku pink ni.. Bukan ape, mls betul nak ambik cuti nak gi kkia(klinik kesihatan ibu n anak).

Sabtu lepas husband baca harakah, tetiba ternampak gambar doktor sy. Pengerusi PKR wilayah rupanya..

1 comments:

E=mc² + Q said...

Assalam. Sahida, kena minum susu tau. jgn minum susu dlm kotak mcm dutchlady ke, marigold tu sebab susu yg tu dah diolah. kena minum susu serbuk yg perlu dibancuh. mcm anlene pon ok. nanie pon minum Friso sbb dah pnah try mamil mama (perut memulas-mcm kena lactose intolerance plak), anmum (mcm kena sembelit-berak sekali dlm 2 hari). friso yg elok. plg2 kena 2-3 gelas sehari. tp nanie pg je minum friso tp ptg ngan malam minum susu dutch lady serbuk tu.

and then skrg ni kalo nanie bersin (uih, nanie bersin dah mcm satu kg boleh dgr. haha), mmg sakit la kat bwh tu.

sakit pinggang tu dah biasa dah padahal baby takde la besar sgt mcm stgh org yg mengandung 5bulan.

hopefully kita bleh share2 pengalaman k? :) nice meeting you here in blog world :)