Wednesday, March 23, 2011

~1st check up at KKIA~

KKIA= Klinik kesihatan ibu dan anak..

Hari ni berjaya jugak buat buku merah gov clinic tu. 1st time hari tu tak berjaya sebab pergi salah klinik, then bila call klinik yang betul, hari tu tak leh buat buat buku plak. FYI, kita kena bukak buku dekat KKIA yang berhampiran dgn rumah kita je, tempat lain tak boleh, tapi check up boleh kat mana2.

Sbnrnya confius n blur2 lagi sebenarnya, sebab sy ada appoinment lagi ngan hosp pantai. Bila bukak buku merah ni, kena follow jugak appoinmnet sebulan sekali dorg. Ngan hosp pantai pun kena follow jugak.. Ermm camane tu..

Tujuan sy bukak buku merah ni sebab sy tak tau lagi nak bersalin kat mana. In case sy bersalin kat perak, hosp yang paling dekat adalah gov hosp. Kalau pergi gov hosp, memang perlu ada buku merah ni, kalau tak kena marah, silap2 tak dilayan terus.. Sy kan due date time2 nak raya, so probably sy boleh ada kat mana2 je, perak or johor or KL. heheh.. tak leh nak plan la benda ni awl2, sebab tak tau sy ni bersalin awl ke lambat ke.. Eh awlnye dah ckp psl bersalin kan...

Ckp psl bukak buku merah ni, pagi2 sebelum pergi call dulu clinic ni, tanya nak bwk apa, boleh bukak buku tak, sekali dia ckp hr ni ramai org sebab ada doktor.. Ermm pk punya pk, pergi jugakla, dah alang2 dah time tu, kalau pergi kerja, nanti parking kena byr 7 ringgit sebab dah lambat time tu.. Syg ooo 7 ringgit..

Sampai2, masuk2, tgk2 mmg ramai org, gerun jugakla tah pukul berapa la nak settle. time sampai tu dekat2 pukul 9 dah.. Bagi potostat ic n sijil nikah kat kaunter, then pegi duduk tunggu. Tak lama pastu, nama kena panggil. Tak dela worst sgt servis KKIA ni sebagaimana review yg sy sll baca, lambat la, kena dtg awlla..

Kena panggil, then kena intervw psl history penyakit dlm family.. Timbang berat, dah naik 2kg tension. Minggu ni 17 weeks, last check up kat pantai time 15 weekks. Tak smpai 2 minggu dah naik 2 kg.. Sy buat kesimpulan, penimbang kat KKIA tu tak tepatgatai. Hahaaa.. Takpela, I redha naik 2 kg tak smpai 2 minggu, maybe byk sgt makan lauk kenduri kawen. Oh, semenjak pregnant, lauk kenduri kahwen favorite sy..

Pastu tak lama pastu kena panggil untuk check badan dari rambut sampai kaki. Pastu nurse nak letak sticker kat buku sy color merah, sebab pernah threaten abortion, tapi dia gi tanye doktor balik, doktor ckp tak yah sebab takde bukti tak silap. Sy pun tak ingat kenapa tak payah. Last2 sy dpt sticker putih je..

Pastu kena tunggu nak ambik darah.. Ni yang lama sikit tunggu, nasib la duduk depan tv, tgk rancangan masakan tah pape adam af n dani x factor.. boring sgt..Last2 kena panggil, ambik darah, then kena tunggu doktor check gigi, pastu nurse bgtau doktor dah balik, so dah boleh balik..

Balik dalam 11 lebih. Overall duduk kat klinik tu, 2 jam lebih.. Dapatla bukak buku.. At least buat lagi sekali check up kat KKIA dahla kan.. Cukupla tu.. Ada org ckp dua kali check up je dah cukup, nak elak kena marah je

7 comments:

ARNA said...

Memang lama kene bertapa dkt kkia huhu
Biasa klu nk jimat duit buat cekup kt gov dh 7bln baru buat kt swasta hehehe

~Yun~ said...

hi dear,yun pn kene sticker putih sbb penah miscarriage dulu..anyway,mmg standard 2 jam lebih klu g KKIA..hehe~lenkali bwk magazine klu bosan..take care mommy! =)

~SaHiDa~ said...

Nana: kalau jumpa doktor lagi lama kot bertapa. naseb tak kena jumpa'

Yun: putih tu tanda apa eh.. hijau normal kan

~Yun~ said...

2la..kalau hijau tak silap kan,1st pregnancy,putih yun tak sure,rasenye utk ibu2 for the 2nd pregnancy..yun rasela,sebab kalau high risk sticker lain rasenye..

elanie*Q said...

sahida + yun: sticker putih tu normal. Kalo yg xbrape nk normal hijau. Kuning kalo kna rujuk kes ke hospital. Merah plg worst. Mtk djauhkn.. Nanie hjau sbb cek up 5bln berat naik lbh dr 3kg. And hb kurg dr 11.. Ondaspot tkr sticker tau pas je berat naik mdadak ritu.huhu.sadis rasanya.

~Yun~ said...

oo yeke nanie,yun xtau pn,ingt hijau tu normal,sbb tgk semua orng hijau..hehe~

sori sahida wrong info la yun ni.. =)

~SaHiDa~ said...

heheh samala ingatkan hijau yang normal. thanks nanie n yun