Wednesday, July 13, 2011

~placenta calcification~

Assalamualaikum,

Hai bertemu lagi.. Hehheee.. Byk je benda tertangguh nak cerita kat blog, tapi sebab takde mood, semua tak jadi buat..

Kali ni nak cerita pasal check up at 32@33 weeks hari tu.. Fuhh rasa lama betul dah tak check up sebab last check up sebulan yang lepas. Sebelum ni check up every 3 weeks, tukar je hosp, dah kena tunggu 4 weeks pulak. Lama btl rasa tak scan tgk baby..

Kali ni punya check up, dah pandai sikit, dtg tghhr drop appoinment card, ptg baru dtg balik.. Tapi tu pun takdela terus dpt jumpa doktor, dapat turn ke-3 jugak.. Tapi takdela kena tunggu lama sgt..

Ok, masuk jumpa doktor seperti biasa.. Masa scan mula2 ok, ukur kepala, perut, tulang peha, semua normal,, Berat dah 2.1 kg, doktor kata time2 ni normal 2.0kg, so kira ok la,,

Last2 tu. doktor perasan yang uri dah ada putih2 kat keliling dia.. Doktor ckp uri dah rosak 20%.. Uri kalau keadaan mcm ni dah macam 36 weeks pregnant. Dgr uri rosak, kita pun mulala risau, tp doktor ckp jgn risau, sebab baru 20% and air ketuban masih byk.. Doktor suruh tgk lagi 2 minggu mcmmana, next appoinment buat CTG and kalau makin worst, the next 2 weeks kasi jln, which mean lagi 4 minggu dah boleh bersalin.. Tapi semua tgk keadaan next check up camana..

Uri rosak awal, atau nama yang lebih sedap, uri matang awal, aging, or placenta calcification.. Ni pun hasil google, sy pun tak arif sgt..

"Placenta calcification refers to calcium deposits that appear on the placenta. These calcium deposits indicate an “aging” of the placenta that occurs near the end of pregnancy. These deposits of calcium can cause certain small parts of the placenta to die."

Seperti kita tau, placenta membekalkan makanan, nutrien dan oksigen pada baby. So bila uri dah rosak teruk, makanan tak sampai pada baby, so bahaya pada baby. Berat baby tak naik, end up baby boleh stress dalam perut.. Uri tu rosak teruk bila kita scan, kita nampak keseluruhan uri tu dah warna putih.. Mcm sy, baru sekeliling uri je nampak warna putih, baru 20%.. So Alhamdulillah belum tahap bahaya..

Apepun, doktor pesan suruh monitor pergerakan baby setiap hari. Tapi takde pulak dia suruh kira bape pergerakan.. Tapi skrg ni kalau baby tak bergerak je, dah mula risau2...

Ada surf2 psl uri matang awal ni, byk jugak rupanya org yg kena kes camni.. Ada tu siap pesan, time scan suruh doktor check uri, sebab sesetgh doktor mmg tak aware pasal ni, n tak perasan uri kita dah ada putih2.. So time scan, suruh doktor tgkkan uri kita sekali..

Erm,, rasa lama betul nak tunggu check up lagi 2 minggu...

4 comments:

ellisya said...

salam..
erkkk..
takotnye..sy pon baru taw psl ni..
now dh 32weeks..
tp kt KK mmg takde scan2 nih..
mana nk taw klu uri tu rosak ke pe kan..adoii..risau lak..

Atiqah Adnan said...

baru 1st time dengat uri rosak.. insyaAllah takde apa-apa k.. macam doc cakap jangan risau sangat tau..^^

~SaHiDa~ said...

ellisya: dont worry, yang penting monitor pergerakan baby eh

Tiqah : doktor tu sebut uri rosak, tp sebenarnya kalau nak sedap sikit, uri matang awl.. ok hopefully tak worst, baru 20%

~SaHiDa~ said...
This comment has been removed by the author.