Thursday, October 27, 2011

~Favorite makanan sarawak~

Skrg ni dah start secara kecil2lan balik jalan2 cari makan kami sekeluarga... Sekarang tgh addicted dengan makanan sarawak. Paling favorite mee kolok dan laksa sarawak.

Kat KL ni susah nak cari laksa sarawak, mee kolok n segala mcm makanan sarawak yang halal. Kebanyakannya chinese punya.. So far dah pernah try mknn sarawak yang halal kat 2 kedai ni.

1) Abang cafe - Prima Saujana, Kajang.
2) Restoren Pucuk Ubi, Damansara Utama - Dari OU, lalu depan one world hotel n TV3, traffic light belok kanan, lepas ESSO belok kiri, lepas PELANGI UTAMA condo belok kiri, first kanan belok kanan, terus je. Rest pucuk ubi belah kanan kiri. (bagi direction sebab mmg tak rugi kalau nak try makanan srwk kat sini)

Antara 2 restoran ni, Rest pucuk ubi lagi puas hati. Baru je pergi semalam..(tapi harga mahal sikit dari abang cafe)

Teh 'C' Peng.. kalau pergi sarawak, semua kedai mkn ada teh C. Mcm teh biasa, tapi yang gula hitam lapisan bwh tu mcm gula hitam cendol. Sedap, kalau nak buat sendiri agaknye camtula, buat teh, masukkan gula hitam cendol kat lapisan bwh.RM 5.90

Sy order mee kolok. Mmg favorite sy la ni. Mee kolok dia mmg sedap n sgt puas hati. Udang fresh, sup sedap. Rating 5/5.. RM 7.90

Husband sy order laksa sarawak. Pun sedap. Dia ckp ni baru ada rasa jamu, time makan kat abang cafe, takde rasa jamu. RM 7.90.

Rest dia class sikit. Sebabtu la mahal sikit kot.. 

So far, sgt2 berpuas hati dengan restoren pucuk ubi. Servis ok, owner peramah, restoran selesa, tempat senang cari, parking senang, dan yang penting, kalau nak cari makanan srwk, semua ada kat sini. Tapi kalau midin tu, ikut stock availability sebab midin dia bwk dari srwk (mmg kat semenanjung tak pernah nampak org jual midin). Ayam pansuh pun tak rebus dlm buluh.. Linut pun mcm tak ada je.. Ok, jom mengenali mknn sarawak..

Ni ayam pangsuh, ayam tu direbus dlm buluh tu..

 Ni bila dah dikeluarkan dari buluh

Ni linut. Mcm gam. Mkn ngan sambal..


Ni midin. Mcm pucuk paku.

Umai. Ikan mentah je tu

Ermm setakat ni jela dulu.. Baru sekali ke kuching. Nanti kalau pergi lagi akan update lagi mknn org sana.. Heheh

1 comments:

Kasih Kita said...

Nanti ada projek di Sarawak, boleh jalan2 hehe
Jemput singgah ke kedai online saya
http://zianawanita.blogspot.com/