Monday, October 10, 2011

~Pengalaman berpantang pula~



Di hospital

Adam lahir 16 ogos, hari ke-16 umat islam berpuasa. Dekat ward takdela rasa sakit sgt luka operation tu, maybe sebab bius tu masih ada n sy pun dpt ubat tahan sakit. So takde masalah nak bgn gi toilet or breastfeed baby sebab rasa selesa je.. Kesian adam, dia pandai bf, tapi susu ibunya tak keluar, tp still bagi dia df untuk stimulate susu. Mlm2 menangis2 dia, walaupun org ckp perut baby lahir2 sebesar sebiji guli je, tp kalau susu ibu tak keluar lgsg, lapar jugakla baby kan. 

Last2 terpaksa la bagi FM kat adam. Hosp guna susu S26 n botol NUK. Mlm 1st adam tido dgn sy, mlm 2nd pulak, adam dibawa ke nursery sebab menangis je, nurse ckp lapar. Pagi2 tu, nurse hantar baby, dia ckp adam kuat menyusu, setiap 2 jam dorg bagi susu. Ermm...

Hari ke-3 confident boleh discharge. Pukul 12 doktor dtg, dia kata boleh discharge hari ni, tapi dtg balik rabu minggu depan untuk bukak plaster luka.. Masalah time tu, sebab discharge je terus nak balik perak. Takkan next week nye kena dtg kl balik kot.. Pastu doktor kata kalau mcm tu, stay lagi sehari kat hosp sebab nak bukak plaster tu, sy n husband pulak tak nak sebab tak sbr nak discharge. Masalah doktor tu, dia kata tak semua doktor pandai nak bukak plaster tu sebab dia ckp dia gam je. Last2 kitorg suruh dia ajar camana nak bukak, so nanti kitorg bagitau kat doktor yg nak bukak plaster tu. Boleh buat kat perak je, senang.. Akhirnya hari ke-3 boleh discharge..Terus balik perak~~

Kat hosp sebelum discharge. Muka sembab sgt



Di Perak
Startla confinement sy. Mak sy takdelah straight sgt jaga anak berpantang, tp byk jugakla yg ini tak boleh, itu tak boleh. So far dari segi makanan, takde masalah, sebab mknn berpantang pun sedap2 jugak. Nasebla tak gain weight dlm pantang..Mknn org berbuka pun takdela teringin sgt sebab sy dah pulun habis-habisan makan time pregnant dulu.. Time pregnant sy jenis nak mkn, nak mkn yg sedap2 je, byk betul yg sy nak mkn, semua dapat merasa. Paling favorite time pregnant adalah kek n coklat, pantang tgk, sampai kena control ngan husband. So resultnya total weight gain sepanjang pregnant adalh 16kg. huhuu.. Abis pantang dah turun 13kg, sadisnya, baju2 n seluar semua tak muat,, tah berat ape yg turun tak taula.. Mkn mmg tak control pun, makan nasik siang malam, asyik lapar je, maybe sebab fully bf kot, tu yg sikit2 lapar.

Kalau meneran merah padam muka

Time kat hosp, doktor pesan boleh mkn semua kecuali telur n semua yang berangin.. So ayam daging sy mkn je. So far sy ok, n adam pun ok. Adam yang tak ok kalau sy mkn set bersalin NR tu. Punyala beli 1 set mahal2, anak pulak tak tahan, asek berak hijau, so sy stop mkn. Dlm set tu semua sy tak guna sgt. Satu pembaziran je..Teringat sorg membe sy dia bersalin tak guna set bersalin apa2pun sebab dia yakin kita can recover on our own..

Yang agak tension dlm pantang adalah cabaran nak bf adam , badan sakit2 and adam jenis berjaga malam.

Sampai rumah hari ke-3 , mmg adam asyik nak bf je, n anak lelaki ganas sikit, sakit2 dah sy.. Susu tak byk jugak. Mlm 1st dekat perak, punyala dia menangis mlm, last2 bagi FM. Lepas berurut barula susu byk keluar.Tapi time adam bf mmg sakit . Time ni agak tension jugakla sebab bdn sakit2, luka sakit, nak batuk pun terseksa, dahla kesan bius tu buat kita gatal2 n asyik nak batuk je. mmg takut sgt setiap kali rasa nak batuk tu dtg, risau je koyak balik luka tu. hahaaa. Pastu boleh plak sakit gigi pulak dlm pantang, magrib je sakit gigi dtg. Sbr jela. Pastu tension sebab badan panas, nak mandi takut kena air kat luka tu, doktor pun pesan, lap2 je badan. Sy kena mandi jugak air akar kayu, caranya sy balut badan dari pinggang ke bawah dgn plastik hitam. Hehe, tp kena jugakla air kat plaster tu, tapi cepat2 lap. Awal2 tu rasa badan tak terurus sgt, dengan bdn penuh minyak nye sebab berurut, lepas berurut kena mandi air akar kayu, pastu tak boleh jirus dgn air biasa, so air akar kayu tu melekat je kat rambut n badan bersama minyak2. Mmg rimas sekali..

Paling mencabar adam berjaga malam. Bukan setakat berjaga, siap dgn menangis sekali. Mcm2 cara n ikhtiar cuba, semua tak berkesan.Siang2 dia bantai tido sampai kejut goncang camanapun dia tak bgn nye.. Mak ckp kena sabar, jgn tension2 nanti kena meroyan. Nasibla husband n mak byk membantu. Kalau time husband ada, kitorg sampai buat shift,12-3, 3-6. Time shift husband mmg sy dah pump susu siap supaya dia tak kaco sy tido. Hahaa. Cabaran sungguh anak berjaga malam bagi org yang tidur dia tak suka diganggu. Tapi skrg semua berubah, tido bukan lagi nikmat, tp keperluan. hehe. Kalau time husband balik kl, mak tido ngan sy, adam nangis je dia bangun, dodoikan balik atas tgn, Terharu sgt mak sgt baik n memahami..

Husband asek ulang alik je KL-perak, 3-4 kali jugak dia ulang alik sorg2, last2 lepas majlis akikah adam hari tu, terus sy balik kl ikut dia pada hari ke-27..

 
Bersama ayahnya

Bersama ibunya



Di KL

Kat KL adam agak behave, dia mlm2 boleh tido n bgn bila nak menyusu je. Agaknye dia tau kot ayah dia nak keje n ibu dia tinggal sorg2 nanti.. Kat kl sakit gigi lagi teruk, tak pernah2 rasa sakit mcm tu sekali. Tapi mak dah pesan awl2, jgn cabut gigi dlm pantang. Reason unknown. Kat kl semua sy buat sendiri, agaknye berat byk turun time kat kl kot, sebab semua kerja buat sendiri, dari basuh baju, sidai, masak, kemas2. Kalau kat perak, semua mak yg buat, sy just mkn, bf n tido. heheee. Bagus jugak berpantang sendiri ni... Mkn still jaga walaupun mak takde depan mata nak jaga makan minum kita. Apa sy mkn kat perak, itula sy masak kat kl, almond london n tart nenas depan mata mmg sy tak sentuh pun..


Di johor

Hari ke-32 mcmtu sy balik johor pulak. Jumaat sampai isnin..  Kat sini tak berpantang sgt, mkn apa yang ada, stokin je sy still pakai, myk kat perut, bengkung, girdle semua sy tak pakai dah. Akibatnya ada 1 hari tu sy sakit kat bahagian atas perut sampai rasa tak boleh bernafas n fikir nak mati je time tu. Tak tau la sakit ape, suspect angin kot sebab sakit atas perut, bukan dada. Last2 bwk pergi specialist, time sampai specialist sakit terus hilang, so doktor pun tak tau sakit ape. Dia bagi ubat gastrik, check jantung pun ok je. Sakit tak tau ape bende sakit, bil seratus lebih jugak, nasib la boleh claim, tu pun jenuh sebab takde referal letter gi specialist. Rupanya ada pengecualian kalau hari ahad, sebab klinik susah nak jumpa yang bukak hari ahad..


Lepas tu sy menghabiskan masa dalam pantang di kl je. Overall takdela ketat sgt berpantang, siap bole kuar rumah lagi. Hari ke-39, siap pergi KLIA. Hari ke-40 pergi jusco shopping2. Hari ke-41 baru merdeka terus pergi open house.  Mkn je yang berjaga sikit, telur mmg tak sentuh lgsg, pedas mmg avoid, ais pun sama mkn apa yg mak ckp bole mkn je.. Tapi habis pantang hari tu terus request nak aiskrim magnum.. Huhuu.

bwk adam pergi joging pagi2. muka tak rela adam


 pergi jln2


1 comments:

Kasih Kita said...

Pengorbanan seorang ibu. InsyaAllah ada ganjarannya di syurga nanti :)