Tuesday, February 22, 2011

~Apasal takde mengidam lagi ni~

Last saturday check up untuk 12 weeks.. Yeayyy 1st trimester dah berakhir.. Baby sekarang dah membesar dengan cepat. Ukur time scan sekarang dah panjang 6.09cm.. Hehe terlebih panjang sikit, so due date pun tercepat sehari, dah jatuh 28/08/11.. Time scan baby gerak2 tgn n kaki, sgt comel..Excited eh org nak tgk dia..

Baby cepat besar sebab sy minum soya ke? Sy tau tak elok sgt minum soya awl2 trimester ni, tp sebab favorite, minum jela.. Lagipun siap buat soya sendiri kat rumah.. Sy pernah terbaca, kalau byk minum soya n susu anmum, nanti baby besar.. Susu pulak sy minum Friso mum gold.. Soya ni tak elok minum awl2 sebab pernah terbaca, soya ni meneutralkan ubat yang kita ambik hari2 tu.. Ermm wallahualam.. Air kelapa pun tak elok minum awl2, sebab air kelapa kan penawar, nanti air kelapa tu kecutkan rahim kita. Sama jugak macam pegaga, jgn makan time pregnant, sebab pegaga ni org makan time dalam pantang untuk kecutkan rahim. Sy tau pasal pegaga pun sebab cite kat mak sy mkn pegaga, konon byk mkn ulam2 la, sekali mak cakap tak elok..

Sekarang dah makin dapat menyesuaikan diri. Dah takde sgt loya2 n muntah2. Syukur Alhamdulillah, morning sickness dalam 3 minggu je, kejap je, dari 6-8 weeks je kot, pastu dah kurang dah.. Makan berselera je, mlm je yang susah sikit nak makan, tapi tak kesahla, siang dah makn.. Berat maintain lagi, 3 bulan tak berubah sgt pun.. Rasa macam dah makin gemuk, tapi time ukur berat kat hosp tak berubah pun..

Sekarang ni mcm tgh pk makanan apa yang mengidam nak makan... Sebab so far takde mengidam apa2 lg.. Ke sebab awl lg. Selalu org mengidam time bape bulan eh?? Husband offer nak mkn sedap2 pun selalu tolak.. Hihi..Dia selalu offer nasik arab je, sebab favorite dia, tp takde nafsu lagi la kat nasik arab, dulu favorite ni..

Ohh, sakit belakang makin bermaharajalela sekarang.. Kena baring mengiring je, tak le tegak.. Tapi dah tanye doktor, boleh urut sikit2 kat belakang, so pasni dah boleh kena urut. Sebelum ni, sakit pinggang, sakit kepala, sume takut nak urut, tp lepas tanye doktor dah lega.. Bertambahla keje suami..ihikhik

Lagi satu, last check up tanye kat doktor pasal perlu ke buat buku pink klinik kerajaan tu. Doktor kata kalau plan nak bersalin kat pantai tak payahla buat, tp kitorg tak plan kat pantai. Mahal kot,, company cover 2500 untuk normal, 4000 untuk ceaser.. Tak cukup tu. Doc kata, kalau nak bersalin kat luar, nanti dia buatkan medical report.. Ermm, nak buat ke tak buku pink ni.. Bukan ape, mls betul nak ambik cuti nak gi kkia(klinik kesihatan ibu n anak).

Sabtu lepas husband baca harakah, tetiba ternampak gambar doktor sy. Pengerusi PKR wilayah rupanya..

Thursday, February 10, 2011

~Bila selera kembali~

Hari ni ofis sgt sunyi.. Partner sebelah el, depan pulak cuti panjang, hujung tepi pulak training, so sorang2 je kat sini..

Hari ni bwk kereta ke ofis, ingat nak cabut tghhr ni, nak tgk anak wafi... Tapi... takut kereta buat hal la plak, tadi pagi bateri mcm dah nyawa2 ikan, radio pun asek tertukar siaran je..

Report ada lagi satu tak siap, tp dah lupa nak buat report tu. Erm,,sebenarnya byk lagi report siul

Sekarang ni yang berlegar2 dalam kepala adalah...



Kredit to blog mak hanis zalikha

Malas la pulak nak letak gambar byk2. This week punya plan nak makan ikan bakai kat alai melaka pun mcm diura2kan oleh suami akan cancel nangih.

Orang pergi melaka makan ikan bakar kat umbai, tp kitorg cari ikan bakar kat alai.
Sebab recommended by kawan rid, ikan bakar kat ala kassim, alai ni lagi sedap n murah. Yeke? Tak try lagi, nanti dah try akan kasi tau..

Sebelum ni dah try cuba sedaya upaya nak mkn kat sini. Ahad cuti chinese new year tu dah dtg dah depan kedai, tutp plak, sebab dtg pukul 5 ptg.. Rabu pun on da way balik KL singgah jugak ala kassim, tutp jugak, sebab dtg 12 mlm... Sedihh..

Ni bukan entry mengidam.. Cuma, sy lapar..