Wednesday, March 23, 2011

~1st check up at KKIA~

KKIA= Klinik kesihatan ibu dan anak..

Hari ni berjaya jugak buat buku merah gov clinic tu. 1st time hari tu tak berjaya sebab pergi salah klinik, then bila call klinik yang betul, hari tu tak leh buat buat buku plak. FYI, kita kena bukak buku dekat KKIA yang berhampiran dgn rumah kita je, tempat lain tak boleh, tapi check up boleh kat mana2.

Sbnrnya confius n blur2 lagi sebenarnya, sebab sy ada appoinment lagi ngan hosp pantai. Bila bukak buku merah ni, kena follow jugak appoinmnet sebulan sekali dorg. Ngan hosp pantai pun kena follow jugak.. Ermm camane tu..

Tujuan sy bukak buku merah ni sebab sy tak tau lagi nak bersalin kat mana. In case sy bersalin kat perak, hosp yang paling dekat adalah gov hosp. Kalau pergi gov hosp, memang perlu ada buku merah ni, kalau tak kena marah, silap2 tak dilayan terus.. Sy kan due date time2 nak raya, so probably sy boleh ada kat mana2 je, perak or johor or KL. heheh.. tak leh nak plan la benda ni awl2, sebab tak tau sy ni bersalin awl ke lambat ke.. Eh awlnye dah ckp psl bersalin kan...

Ckp psl bukak buku merah ni, pagi2 sebelum pergi call dulu clinic ni, tanya nak bwk apa, boleh bukak buku tak, sekali dia ckp hr ni ramai org sebab ada doktor.. Ermm pk punya pk, pergi jugakla, dah alang2 dah time tu, kalau pergi kerja, nanti parking kena byr 7 ringgit sebab dah lambat time tu.. Syg ooo 7 ringgit..

Sampai2, masuk2, tgk2 mmg ramai org, gerun jugakla tah pukul berapa la nak settle. time sampai tu dekat2 pukul 9 dah.. Bagi potostat ic n sijil nikah kat kaunter, then pegi duduk tunggu. Tak lama pastu, nama kena panggil. Tak dela worst sgt servis KKIA ni sebagaimana review yg sy sll baca, lambat la, kena dtg awlla..

Kena panggil, then kena intervw psl history penyakit dlm family.. Timbang berat, dah naik 2kg tension. Minggu ni 17 weeks, last check up kat pantai time 15 weekks. Tak smpai 2 minggu dah naik 2 kg.. Sy buat kesimpulan, penimbang kat KKIA tu tak tepatgatai. Hahaaa.. Takpela, I redha naik 2 kg tak smpai 2 minggu, maybe byk sgt makan lauk kenduri kawen. Oh, semenjak pregnant, lauk kenduri kahwen favorite sy..

Pastu tak lama pastu kena panggil untuk check badan dari rambut sampai kaki. Pastu nurse nak letak sticker kat buku sy color merah, sebab pernah threaten abortion, tapi dia gi tanye doktor balik, doktor ckp tak yah sebab takde bukti tak silap. Sy pun tak ingat kenapa tak payah. Last2 sy dpt sticker putih je..

Pastu kena tunggu nak ambik darah.. Ni yang lama sikit tunggu, nasib la duduk depan tv, tgk rancangan masakan tah pape adam af n dani x factor.. boring sgt..Last2 kena panggil, ambik darah, then kena tunggu doktor check gigi, pastu nurse bgtau doktor dah balik, so dah boleh balik..

Balik dalam 11 lebih. Overall duduk kat klinik tu, 2 jam lebih.. Dapatla bukak buku.. At least buat lagi sekali check up kat KKIA dahla kan.. Cukupla tu.. Ada org ckp dua kali check up je dah cukup, nak elak kena marah je

Tuesday, March 15, 2011

~You are 16 weeks pregnant~

Pagi tadi dapat emel dari babycentre... Dah 4 bulan dah skrg.. Rasa lambatnye perut membesar, tak sabar nak memboyot, tak sabar nak tukar semua baju..Tak sabar nak rasa baby tendang2.. Heheee

Tapi scary jugak babycentre cakap "You've probably gained at least 2.2kg/5lb by now, maybe as much as 4.5kg/10lb". Jgnla over sgt naik berat sudah.. Selalu start 5 bulan baru naik mendadak.. Sy takut obesiti.. gigitjari

Sabtu lepas, check up untuk 15 weeks. Check up paling cepat rasanya. Sebab takde mood nak tanya byk2 kat doktor, sebab time scan tu tak berapa clear. Doktor sll syok sendiri, asek bgtau ni kepala, ni tgn, ni kaki, tp kita ni tak nampak apa2 pun.. Tak dpt nak imagine mana kepala, kaki, tgn.. Doktor je yang nampak.

Time nak ukur panjang, tak dpt ukur dgn tepat sebab baby tgh melengkung, kaki gerak2.. So badan baby jadi pendek.. Print pun tah shot ape yang doktor ambik.. Tak tau mana satu kepala n badan..

Baby, next time behave eh..

Time tu geram sebab ultrasound tu tak clear, so terus tanye doktor takde scan 4d ke.. Hampas je doktor ckp kat sini takde, kalau nak scan 4d kena dtg klinik dia lg 1 kat ttdi.. Nanti dah 5 bln nak buat appoinmnt tuk 4d pulak kat annexe 2 ni je.. Senang..

Your baby's about the size of an avocado now but in the next three weeks, he'll go through a tremendous growth spurt - doubling his weight and increasing his length.

Sekarang dah bertukar ke susu Anmum.. Dulu Friso. Anmum lg sedap, tapi ramai kata boleh naikkan berat badan dgn mendadak.. Fuhh takut.. takbole

Thursday, March 10, 2011

~Dilema~

Bila masuk je trimester ke-2 pregnant, ubat pun semua bertukar. Dulu ubat kecik2, sekarang ubat besar2..

Dilema terbaru, susah nak telan ubat yang besar2 ni. Semua tersekat kat tekak..

Obimin

Kalsium

Besar kan.. betul2 terseksa.. Kdg2 air dah abis, ubat tak telan2. Tension sedih


Dulu ubat kecik2 je..

Duphaston



Folic Asid

Folic asid ni selalu tak diterima badan. Pagi2 mesti muntah air kuning..

Ermmmm.....