Wednesday, April 27, 2011

~Check up lagi~

Pagi td bukak blog baca kebanyakan blog mommy to be cerita psl check up.. Hihi so sy pun nak ceritala pasal check up last week~21 weeks.. This week dah 22. Alhamdulillah semakin sihat.. Mana tak sihatnye, berat naik 3kg.. Nangis~~nangih Tapi baikla dr sy tu, tak komen sikitpun psl berat.. Hee~~

Perkembangan semasa~

Baju2 kebanyakannya dah tak muat..

Muka dah mengembang.. Ni ramai yang tegur. Paling obvious kat hidung.. Huwaa

Dilema betulla nak pergi kenduri kahwin nak pakai baju apa. Dah la berderet2 kenduri kahwin bulan 5,6 ni... Haishhh.

Ok, berbalik pada check up 21 weeks hari tu, doktor macam biasa scan.. Dr ukur kepala dah 5.xx (tak ingat point berapa cm) . Tapi mmg normal sebab kat skrin mmg tunjuk 21 weeks + x days.. Dan kalau ikut panjang kepala, due date jatuh pada 01.09.2011..

Ukur panjang tulang peha pun normal, skrin tunjuk 21 weeks + x days jugak.. Cuma kalau ikut panjang peha, due date jatuh pada 31.08.2011..

Dua2 date dah raya..

Nak raya kat mana ni....

Dilemaa lagi..

Scan nak tgk gender nampak bird lagi.. lapar

Ohh kali ni check up, dr ambik darah. Akhirnya..

Sunday, April 3, 2011

~Boy or Girl???~

Heheee.. teka teki selama ni dah terjawab semalam. At 18 weeks, sy dah tau jantina anak sy.. Tapi itu dari apa yang di scan la, apepun Allah yang menentukan..

Semalam check up untuk 18 weeks. Check up sy every 3 weeks. Sy masuk jumpa doktor sorg2 sebab husband pun ada check up time yg sama. Sian dia tak dpt nak tgk surprise ni..

Masuk2 jumpa doktor, doktor tanya2 sikit2 then dia ckp come, nak scan.. Hee time ni mcm segan la nak ckp nak tau jantina baby sebab at 15 weeks hari tu lagi dah tanye doktor, boleh tau dah ke jantina, tp doktor ckp tunggu 20 weeks nanti baru nampak.. So tak expect la bole tau semalam..

So doktor scan mcm biasa, tunjuk kepala, kaki tgn sume. Tetiba doktor tanya nak tau jantina tak?? Sy pun ape lagi terus mcm excited ckp nak nak..Rupanya doktor dah nampak dah jantina, tu yang dia tanye, kita ni manela nak faham sgt tgk skrin scan tu,bila doktor ckp kaki pun kena duk perhati btl2 baru nampak mcm kaki..

Ok, baby sy adalah....

Baby posing baik punya nak kasi nampak.. Tq baby.. Luv ulove

Bila surf2 kat internet psl scan jantina ni, byk je cerita yang bila scan doktor ckp perempuan, tapi keluar laki, dan begitulah sebaliknya.. So takdelah confident 100%. Dah la baru 18 weeks. Perjalanan masih jauh.. Heheh.. Kami dua2 tak kesah laki ke perempuan, yang penting baby ni nanti lahir selamat dan sihat..

Dari awl lagi, org dah teka2 jantina anak sy.. Hee sesedap je meneka.. Semua ckp girl. Sebabnya awl2 dulu sy kena loya2 lama jugak, pastu muka pucat je, tak berseri langsung. So org duk ckp2 prmpuan.. Baru2 ni mak cik tgk perut, dia pun ckp prmpuan. Sy tak kesah pun..

Tapi semalam scan nampak 'bird' kenyit...