Thursday, May 26, 2011

~Sangobion Vs Obimin~

Last check up hari tu, dpt result ambik darah yang check up sebelum2 tu.. Pastu doktor ckp hb rendah, kurang darah/kurang zat besi.. Doktor pesan suruh makan byk sayur hijau n buahan hijau byk2..

Pastu doktor ckp nanti dia bagi ubat lain. Dia sebut nama ubat tu, tp mcm endah tak endah je dgr.. Yela tak kesah sgtla ubat ape2pun doktor nak bagi kan..

Pastu lepas abis check up, tunggu ubat, dpt ubat terus balik..

Bila balik, pas makn, nak makan ubat pulak, tgk kat dalam plastik ubat tu ada ubat nama sangobion n kalsium. Pastu terkejut, eh mana obimin? Nurse tu lupa bagi ke?

Disebabkan obimin punya stok mmg byk n terlebih( yela check up every 3 weeks, tp ubat supply untuk 4 weeks setiap kali check up), so dgn slambe nye telan la 3 bijik ubat ni, obimin, sangobion , n kalsium, dgn assume yang obimin tu nurse tu lupa nak bagi.. Heheh

Pastu mcm risau jugakla, sebab mcm confius takkan nurse lupa bagi kan.. Last2 satu hari tu, call balik klinik tu, tanya pasal ubat yang patut sy dapat. Rupa2nya, mmg bila dah mkn sangobion, tak yah dah ambik obimin.

Pastu plak semalam, ada colleague ni wife dia pharmacist, wife dia ckp

" Sangobion contents ferous gluconate, vit b12, vit c, folic acid, sorbitol, copper sulphate, manganase sulfate. Untuk aenemic pregnant woman. Sangobion lbh tinggi kandungan folic + ferrous daripada obimin"

So dah clear dah.. Lega...

Sedikit info untuk sesiapa hb rendah:

  • Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
  • Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
  • Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
  • Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
  • Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.