Sunday, August 21, 2011

Presenting our baby boy!!

Alhamdulillah... Dah selamat bersalin..

Adam Rizqi Bin Mohd Ridhuan
16th August 2011, 4.14 pm
UKMSC Cheras






Tuesday, August 2, 2011

~Antenatal class and parenthood expo Mid valley~

Ini adalah hari sabtu yang agak pack untuk sy. Dah book nak pergi antenatal class ni dah lama, mmg dari book hari tu dah book 30 Julai.. Time tu mmg harap2 sempatla sebab takut terbesalin awal pulak kan. 30 Julai dah masuk 9 bulan..

Itupun hari jumaat tu dah decide tak nak pergi, sebab excited nak pergi parenthood expo kat mid tu. Tu lagi menarik hati.. Kalau gi lambat takut susah parking, tau2 jela mid kan, kalau pergi antenatal class tu, sah2 tghhr or ptg baru dpt gi mid.. Tapi nasibla masih lg dapat buat keputusan yang bijak.. Pegi jugak antenatal class akhirnya.

Venue : Tingkat 1, Bahagian kecemasan, PPUM
Bayaran : 50 per couple
Time : 8.00 - 12.30

Penuh jugak 1 kelas . Byk jugak info berguna, especially pasal penyusuan susu ibu, walaupun semua boleh search kat internet, tapi bila belajar dlm kelas, rasa melekat sikit ilmu tu.. Ada tayangan video cara penyusuan dgn betul, belajar posisi penyusuan, urutan oleh suami atau sendiri2, dan mcm2 lagi..

Lepas tu ada talk pasal proses melahirkan anak, then akhir sekali amali cara mandi baby, bedung baby, urut baby, bersihkan tali pusat, n macam2 lagi..

Ni dorang bagi patung sorg 1 and payudara. Payudara tu untuk belajar urut n cara nak stimulate susu

Ni lah kelasnya. Ni time belum start lagi..

Overall berguna jugak la pergi class ni.. Yang tak bestnya, dorg tak ikut time class dengan btl. class tu abis lambat, dekat pukul 2 baru abis.. Frust jugak sebab dah lambat nak gi mid. Hehh

Habis je kelas, kitorg terus pecut ke mid. Fuhh malangnya mmg malang.. Parking kat mid semua full. Dahla tak lunch lagi time tu. frust mmg frust, terus patah balik nak balik.. Tgh2 nak balik tu, berubah fikiran tah tiba2. Nak cuba lagi sekali cari parking kat mid..

Ni patah balik yang tak sia2. Setelah meredah jam, akhirnya dapat gak parking dengan agak mudah jugak. Tapi jauh sikit sebab dekat The Garden.. Tapi dah tak kesah dah time tu..

Akhirnya berjaya jugak sampai parenthood expo tu.. Memang semua hall dorg bukak untuk expo tu. Besar, kitorg tak jln sampai abis pun.. Sebab dah lambat time tu..

Tapi rasanya bukan semua barang jual murah time tu, contoh macam harga pampers,harga time jusco sales lagi murah.. So mmg tak belila.. Tapi pelik, byk betul pampers jenama pelik2 dorg jual, siap ramai yang beli pulak tu. Tah dari negara mana punya pampers..

Pastu pureen pun ada bukak booth jugak, tapi rasanya brg2 masa pureen stock clearance kat PJ tu lagi murah n variety.. Kitorg pergi 2 kali pureen stock clearance tu. Hehe.. tapi rembat jugakla baju pureen sepasang 10 ringgit, n yogurt baby bath.. Tapi baju2 time pureen stock clearance tu lagi murah, ada 3 ringgit, 5 ringgit, untuk pakai belasahan seharian ok la kan..

Kitorang aim nak cari botol susu.. Kitorg dah ada botol playtex, tapi masakla nak guna hari2 sebab botol tu guna liner. Liner pulak takde jual kat m'sia. Ni adik ipar yang beli kat Uk. So survey punya survey, mula2 nak ambik tommy tippee, tapi last2 ambik MAM.. Dr brown and NUK pun masuk list jugak, tapi sebab botol MAM lagi comel, rembat MAM punya, lagi pun ada pernah org promote beli mam bagus untuk anti colic. Wallahualam. Avent survey jugak tapi harga tak turun2. pastu beli storage bottle bumble bee..

satu je gambar snap kat expo ni

Last2 sebelum balik, berjaya jugak beli tights. Byk tanye kat online blogshop, asek takde stock je..

Ok tu je aktiviti hari sabtu.. Penat..