Wednesday, September 28, 2011

~Pengalaman Bersalin~

Berjaya jugak karang pengalaman bersalin~~ heheee

15 ogos 2011

Hari ni check up untuk 38 weeks. Baby kalau lahir hari ni sama tarikh ngan ayahnye, tapi hati ibu nya kuat ckp baby lahir 16hb,sama dgn ibunya, padahal time tu jumpa doktor pun belum lagi. Mak plak awal2 dah call dari kampung nak dtg kul 2 naik bas. Kelakar je bila ingat balik sebab mak mcm confident je baby lahir esok nya..

Result ctg ok je. Jumpa dr after scan dr ckp uri dah makin teruk rosaknye, tapi dr tu tulis kat buku dia tak smpai pun 50% calcified. Tapi dr ckp tak nak tunggu lama, so dr tanya bila nak masuk ward untuk induce.. Mintak pendapat dr, dr suruh masuk esoknya sebab tak nak ambik risiko tunggu lama2.

Sebelum balik, lawat ward nak pilih ward mana nak masuk. Last2 pilih executive deluxe.. Budget nak luas2, sebab sian mak ngan husband nak tido sekali. Bilik lain sume kecik2..

16 ogos 2011

Pukul 8 lebih dah sampai, register n terus masuk ward.. Perasaan time ni tak rasa apa2, nerves pun takde. Sakit lagi la takde, tak pernah rasa contraction sepanjang pregnant.. Buat ctg, pun takde contraction..

Pukul 10 lebih, dr dtg nak masuk ubat induce. Fuhh takdela sakit sgt kena seluk, yang penting relax.. Dr kata baru bukak 1.5 cm, malam baru bersalin.. Pukul 12 lebih nurse dtg buat ctg, time ni dah rasa sakit2 sikit, mcm senggugut, darah pun byk keluar, maybe sebab kena seluk kot.. Result ctg ok je.. Contraction takde lagi, tp dah rasa sakit2..

Husband ajak jln2, nak cepatkan bukaan, tapi tak larat sgt nak jln2 sebab sakit, habis kebas kaki2, nak jln pun susah, jln2 dlm bilik sikit2, keluar2 kejap, pastu tidur. Mak plak urut2 badan, lagi lena tido. Serius tak larat nak jln2..

Pukul 3 nurse dtg nak buat ctg lagi.. Time ni frust sgt sebab result ctg tunjuk takde contraction, tp sakit yg rasa ni sakit ape.. Result ctg tunjuk heart rate baby tak cantik.. 3 lebih dr dtg, nak masuk ubat kali kedua.. Dr check, bukaan baru 2.5cm.. Bygkan dari kul 10 sampai kul 3, baru bukak 1 cm. Sbr jela.. Dr suruh jln2 bagi cepat..

Sebab Dr suruh, so terpaksa gagahkan diri jln2..Baru je jln ke depan pintu masuk ukmsc dengan husband, tetiba hp husband bunyi, dapat call dari HUKM. Pelik jugak sapa yang call. Rupanya nurse call suruh balik ke bilik cepat, sebab dr baru tahu result ctg sebelum ni, heart rate baby tak cantik . Time ni takde pk ape2 lagi, so balikla ke bilik..

Balik2 je, terus perform ctg lagi sekali.. heart rate baby mmg tak cantik, 90,80 and drop sampai 60.. Dr kata ini belum ada contraction lagi, kalau ada contraction takut lagi drop.. Sepantas kilat dr decide nak buat emergency czer, suspect cord round neck.. Sepantas kilat jugak tetiba bilik dipenuhi nurse, sorang cucuk tgn, sorang tanggalkan baju, sorang psg tiub air kencing, semua pantas sekali n semua kelam kabut.. Paling tak boleh lupa, dr sebut baby boleh mati dalam perut ni.. Time ni dah rasa cuak gile + terkejut + frust sebab plan nak deliver normal tak dapat + terkejut sebab semua kelam kabut n buat keje sepantas kilat..

Dlm 3.40 ditolak ke OT. OT plak kat tingkat 1, UKMSC kat tingkat 7, kena tolak pun rasa cuak sgt sebab nurse yg tolak pun kelam kabut. Sebelum tu sempat termenangis sebab perasaan bercampur baur, risau, takut n happy sebab kejap lagi bole jumpa baby..

Masuk2 OT, lagila kelam kabut, sambil kena tolak ni, sambil tu pakar bius tanya mcm2, nak bius half ke full sebab tadi ada demam sikit, last2 bius half je. Tanya nama penuh, nama husband, no phone, n dr bius tu explain psl bius sikit, tapi dah tak masuk otak dah time ni.

Dekat2 pukul 4, terus kena toreh2.. Boleh rasa hidup2 kena toreh, perut kena tarik2, kena godek2, tapi tak sakit. Boleh nampak jugak sikit2 ikut lampu kat atas.. Husband memainkan peranan yg sgt bagus, dia rakam sepanjang proses operation tu..

Baru je nak feel, tetiba dgr dr ckp baby is coming out.. tak lama lepas tu dgr suara baby menangis.. Syukur Alhamdulillah, tepat 4.14 Adam Rizqi lahir.. Time ni tak sbr sgt nak tgk baby. Dtg sorang nurse tanya mcm2 lagi, nama penuh, nama husband, no phone, tinggal kat mana, rasa mls je lyn. tanye kat nurse tu, baby boy ke girl ( haha sebab baju mmg beli sume baju baby boy).. Nurse tu ckp tunggu kejap lagi dorg dtg bawak baby, baby tgh kena bersihkan.. dlm hati apesal nurse tu tak nak bagitau, bgtau jela, tak rugi pun. Husband plak dtg, ckp Alhamdulillah, pastu tanye husband, baby ape, dia jwb boy.. haha terjawab sudah. Last2 nurse dtg bwk baby letak kat bahu n ciumkan kat pipi..

Kejap je duduk dlm OT, 30 minit ++. Dgr dr tu borak2 ngan assistant dia, dia ckp record dia operate kan org bersalin 28 minit. Tangkas kerja doktor tu..

Pastu kena tolak kat mana pun tak tau. Duduk kat situ stgh jam sorg2, badan naik gatal2, kesan bius. Bius tahan 5 jam, tak selesa je rasa tak boleh angkat kaki.

Last2 dtg nurse tolong tolakkan masuk ke ward balik.. Dpt jumpa baby.. happy sgt rasa..

Tgk balik video, sebelum dr keluarkan baby dari perut, dr betulkan tali pusat dulu. Mmg tali pusat terbelit kat leher, n baby keluar biru + dah berak dalam perut.. Lepas kena sedut2, baru menangis..



Ni gambar fresh baru keluar perut.. Muka bengkak2 lagi.. Jam kat kamera tu lambat. Adam time lahir 2.99 kg, kecik je time pegang. Baru lahir sebijik muka ayahnye, skrg dah berubah2 sikit. Tapi semua yg tgk sume ckp muka ayah dia

Adam :Teladan      Rizqi : Rezeki.



Adam yang suka jalan2..

Nanti2 nak draft pengalaman berpantang plak.. Sungguh tak suka n terseksa jiwa raga..

Thursday, September 22, 2011

~Habis berpantang~

Sabtu ni genapla hari berpantang yang ke-40 dan secara rasminya tamatlah pantang. Kenapa ye pantang bersalin ni ada 40 hari n 44 hari? hari tu lepas bersalin mak tanya nak berpantang 40 hari ke 44 hari, mestila pilih 40 hari..

So ahad dah merdeka.. Nak mkn2 yang sedap2..



Yo, Adam 34 hari dah 4.5 kg. Cepat membesar anak ibu ni..

Monday, September 12, 2011

~Majlis Aqiqah Adam Rizqi~

Pada 10 September berlansunglah kenduri aqiqah Adam Rizqi. Adam baru 26 hari time ni.. Malam sebelum tu 1st time adam buat rekod, bagi ibu n ayah dia tido lena malam2. Mcm tau2 org buat kenduri untuk dia.. Kalau tak malam2 sebelum tu ibu n ayah dia sampai buat shift nak layan kerenah adam..

Ini budak manja nak kena pegang je.. Letak bwh mulala macam2 bunyi



Family kecilku



2 ekor kambing tumbang



Lauk pauk




Duk dlm rumah je. Tak bole kuar..



Ibu n adam

Tuesday, September 6, 2011

~Raya bertiga~

Hari raya baru2 ni adalah hari ke 16 berpantang. So untuk puasa tahun ni, 15 hari puasa 14 hari kena ganti.. Byk jugak tu..

Ni adalah raya pertama sebagai suami isteri dan raya pertama bertiga..


Adam pakai kemeja n jeans. too big for adam

last2 tukar baju ni. adam tido sepanjang hari raya..