Thursday, October 27, 2011

~Favorite makanan sarawak~

Skrg ni dah start secara kecil2lan balik jalan2 cari makan kami sekeluarga... Sekarang tgh addicted dengan makanan sarawak. Paling favorite mee kolok dan laksa sarawak.

Kat KL ni susah nak cari laksa sarawak, mee kolok n segala mcm makanan sarawak yang halal. Kebanyakannya chinese punya.. So far dah pernah try mknn sarawak yang halal kat 2 kedai ni.

1) Abang cafe - Prima Saujana, Kajang.
2) Restoren Pucuk Ubi, Damansara Utama - Dari OU, lalu depan one world hotel n TV3, traffic light belok kanan, lepas ESSO belok kiri, lepas PELANGI UTAMA condo belok kiri, first kanan belok kanan, terus je. Rest pucuk ubi belah kanan kiri. (bagi direction sebab mmg tak rugi kalau nak try makanan srwk kat sini)

Antara 2 restoran ni, Rest pucuk ubi lagi puas hati. Baru je pergi semalam..(tapi harga mahal sikit dari abang cafe)

Teh 'C' Peng.. kalau pergi sarawak, semua kedai mkn ada teh C. Mcm teh biasa, tapi yang gula hitam lapisan bwh tu mcm gula hitam cendol. Sedap, kalau nak buat sendiri agaknye camtula, buat teh, masukkan gula hitam cendol kat lapisan bwh.RM 5.90

Sy order mee kolok. Mmg favorite sy la ni. Mee kolok dia mmg sedap n sgt puas hati. Udang fresh, sup sedap. Rating 5/5.. RM 7.90

Husband sy order laksa sarawak. Pun sedap. Dia ckp ni baru ada rasa jamu, time makan kat abang cafe, takde rasa jamu. RM 7.90.

Rest dia class sikit. Sebabtu la mahal sikit kot.. 

So far, sgt2 berpuas hati dengan restoren pucuk ubi. Servis ok, owner peramah, restoran selesa, tempat senang cari, parking senang, dan yang penting, kalau nak cari makanan srwk, semua ada kat sini. Tapi kalau midin tu, ikut stock availability sebab midin dia bwk dari srwk (mmg kat semenanjung tak pernah nampak org jual midin). Ayam pansuh pun tak rebus dlm buluh.. Linut pun mcm tak ada je.. Ok, jom mengenali mknn sarawak..

Ni ayam pangsuh, ayam tu direbus dlm buluh tu..

 Ni bila dah dikeluarkan dari buluh

Ni linut. Mcm gam. Mkn ngan sambal..


Ni midin. Mcm pucuk paku.

Umai. Ikan mentah je tu

Ermm setakat ni jela dulu.. Baru sekali ke kuching. Nanti kalau pergi lagi akan update lagi mknn org sana.. Heheh

Tuesday, October 25, 2011

Adam's new look

Semenjak dah ada anak ni, blog ni asek cerita psl anak je.. Maafkan sy.. Dulu tujuan asal buat blog sebab nak buat bisnes online. Time tu buat blog dulu baru fikir nak buat bisnes ape. Last2 tak berbisnes2 sampai skrg, sebabnya sy ni bukan jenis yang konsisten n pandai sgt nak berbisnes, nak promote, nak carik customer, n sy bukan jenis yang rajin n byk masa sgt, n pemalu sikit2 hikhikhikk.. Last2 blog ni tukar jadi blog jln2 cari food n sedikit cerita psl personal life, pastu dah pregnant, tukar jadi blog pregnant pulak, pastu dah ada anak,tukar jadi blog cite psl anak je.. Tu namanya just go with the flow~apa2 jela hiihiii..

Sebenarnya dgn ada blogla dapat lepas rindu kat anak dgn tgk gambar anak. Awal2 masuk kerja dulu, gambar anak semua dekat netbook, kat laptop ofis ni takde pun gambar anak. Naseb la ada blog, boleh tgk gambar anak. Asek la duk bukak blog sebab rindu kat anak.. Risau je duk fikir apa dia buat kat rumah bs dia... Sebenarnya sy paling risau kalau anak meragam kat rumah bs dia, sebab takut bs dia rimas n taknak babysit anak sy dah.. Tapi so far Alhamdulillah, semua berjalan lancar buat masa ni.. 

Ok la panjang pulak mukadimah.. 

Kali ni nak cerita psl adam yang very good looking punya look.. Hehaaa apatah ayat.. Sebenarnya adam saya baru dibotakkan weekend lepas. 

Gambar ni betul2 sebelum dibotakkan. Pagi2 bangun terus nak kena botak, mmg muka camnila adam bagi..




Ni gambar baru lahir. Muka pun dah lain. Ala budak kecik setiap hari muka lain kan..

Ok itu semua gambar before. After nye pulak.. jeng..jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 "Sapa cakap sy tak suka botak..... Sy suka sgt2la.. Tak caya, tgk gambar kat bawah ni" adam ckp

Takdela botak licin. Sebenarnya potong rambut je, tak cukur pun..




 Jln2 ngan rambut baru..Panjang pulak kaki adam ni


 Semenjak pandai senyum n ketawa ni, keje adam asek senyum ngan ketawa je.. 

Balik kluang sempat tido rumah atuk. Dengan adam, jadi moyangnya la.. First time atuk jumpa cicit dia. Atuk belah husband ni usia dia dah dekat 100 tahun dah..Atau mungkin lebih..
Adam bersama moyang nya..

Ok bai..








Wednesday, October 19, 2011

~Cerita 3 hari masuk kerja~

Susu ibu adalah rezeki untuk anak.

Sy sekarang dlm proses try nak adaptkan diri  dengan status ibu dan wanita berkerjaya.. Bukan senang rupanya.. Baru hari ketiga kerja, rasa hidup dah kelam kabut.. Hikhikhikk

Pumping Session:
 Pagi2 lagi dah bangun sebab nak pump. Tu pun kalau sempat baru pump.. Kalau tak sempat, bagi df kat adam. Tapi adam kurang menyusu la skrg.. Risau pulak..

Kat ofis pulak, pumping session adalah pukul 9.30  pagi dan 2.00 petang.. Mula2 plan nak buat lagi sekali pukul 5.00 petang, tapi selalu tak cukup masa.. 5.30 dah nak cabut balik.. Balik rumah sebelum magrib akan pump lagi sekali.. Pastu sebelum tidor lagi sekali tapi ni optional sebab bila dgn baby, baby df, so hasil tak lumayan sgt, so rasa tak termotivate sgt nak pump time ni..

Conclusion nya, dlm sehari, wajib pump sy adalah 3 kali saja ( pagi kat ofis, tghhr kat ofis, ptg or magrib either kat ofis or rumah), yang lain tu optional.. 

1. Bangun2 tidur time pagi ------optional
2. Aroung 9.00 pagi dekat ofis------wajib
3. Around 2.00 ptg dekat ofis ------wajib
4. Asar-magrib (between this interval) ------wajib
5. Sebelum tido ------optional

 3 kali ni Alhamdulillah cukup untuk bekalan sehari which is sy hantar kat bs 18oz sehari. Dah isi siap2 dlm 6 botol, each 3oz.. Tapi selalunya adam akan hisap 15oz je, 1 botol lagi bs pulangkan..Bila ada extra 1 botol, so balik2 rumah mmg bagi adam botol je dulu, then baru pump. Kalau bagi df kat adam, then baru pump, hasil tak memberansangkan.. Kenapa eh sy kalau df, hasil pump sikit je...Mcm lambat regenerate(haha nak guna word apa eh)..

So ini jela jadual pump sy,  respect kat sapa2 yg dapat pump every 2 hours.. Setakat ini, ini sahaja yang termampu..

Note 1: Selalunya itu = 3 hari.. Sebab baru 3 hari kerja ( tapi dah 5 hari hantar kat bs).. Hehehhe 

Sy sgt2 berharap aktiviti ini akan berterusan.. Diharap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar..

Kelam kabut yang pertama: Hari ni sy tertinggal pump kat rumah.. Mls nak pinjam org, tghhr tadi drive balik rumah kejap.. Sempat tido kejap, mlm tadi adam tak tido mlm sgt, so mmg ngantuk..wahh terskip pumping session yang pagi, balik2 pump hasil mmg lumayan dan memotivatekan sy untuk tido kejap. kalau hasil menyedihkan mesti sy stress n tak jadi tido.. 

Note 2: Yakin dengan rezeki yang Allah dah peruntukkan untuk anak kita
Note 3: Entry ini ditulis pada hari ke-3 kerja.. So mungkin ada perubahan pada jadual di atas.. will update later the progress.. 

Kita hanya merancang, dan Allah adalah sebaik2 perancang..



Saturday, October 15, 2011

~Tamat sudah cuti 60 hari~

Hari ni genaplah 60 hari Adam melihat dunia dan genaplah 60 hari cuti bersalin sy. Perasaan gembira ada, sedih pun  ada. Gembira sebab rasa cepatnya masa berlalu, anak dah 2 bulan.. Sedih sebab isnin dah start keje~ Malasnya. Lagi2 sedih bila kena tinggalkan adam kat babysitter..

Semalam adam first time hantar kat bs dia.. Rindu je kat adam.. Semalam start bagi ebm kat adam. Pagi2 tu dah ajar bs dia camana nak handle ebm. Harap2 semuanya ok dan berjalan lancar.


Sekejap je rasa dah 60 hari. Memang tak cukup je rasa cuti 60 hari, anak baru 2 bulan dah kena hantar kat org.. Best org gomen dpt 90 hari.

Monday, October 10, 2011

~Pengalaman berpantang pula~



Di hospital

Adam lahir 16 ogos, hari ke-16 umat islam berpuasa. Dekat ward takdela rasa sakit sgt luka operation tu, maybe sebab bius tu masih ada n sy pun dpt ubat tahan sakit. So takde masalah nak bgn gi toilet or breastfeed baby sebab rasa selesa je.. Kesian adam, dia pandai bf, tapi susu ibunya tak keluar, tp still bagi dia df untuk stimulate susu. Mlm2 menangis2 dia, walaupun org ckp perut baby lahir2 sebesar sebiji guli je, tp kalau susu ibu tak keluar lgsg, lapar jugakla baby kan. 

Last2 terpaksa la bagi FM kat adam. Hosp guna susu S26 n botol NUK. Mlm 1st adam tido dgn sy, mlm 2nd pulak, adam dibawa ke nursery sebab menangis je, nurse ckp lapar. Pagi2 tu, nurse hantar baby, dia ckp adam kuat menyusu, setiap 2 jam dorg bagi susu. Ermm...

Hari ke-3 confident boleh discharge. Pukul 12 doktor dtg, dia kata boleh discharge hari ni, tapi dtg balik rabu minggu depan untuk bukak plaster luka.. Masalah time tu, sebab discharge je terus nak balik perak. Takkan next week nye kena dtg kl balik kot.. Pastu doktor kata kalau mcm tu, stay lagi sehari kat hosp sebab nak bukak plaster tu, sy n husband pulak tak nak sebab tak sbr nak discharge. Masalah doktor tu, dia kata tak semua doktor pandai nak bukak plaster tu sebab dia ckp dia gam je. Last2 kitorg suruh dia ajar camana nak bukak, so nanti kitorg bagitau kat doktor yg nak bukak plaster tu. Boleh buat kat perak je, senang.. Akhirnya hari ke-3 boleh discharge..Terus balik perak~~

Kat hosp sebelum discharge. Muka sembab sgt



Di Perak
Startla confinement sy. Mak sy takdelah straight sgt jaga anak berpantang, tp byk jugakla yg ini tak boleh, itu tak boleh. So far dari segi makanan, takde masalah, sebab mknn berpantang pun sedap2 jugak. Nasebla tak gain weight dlm pantang..Mknn org berbuka pun takdela teringin sgt sebab sy dah pulun habis-habisan makan time pregnant dulu.. Time pregnant sy jenis nak mkn, nak mkn yg sedap2 je, byk betul yg sy nak mkn, semua dapat merasa. Paling favorite time pregnant adalah kek n coklat, pantang tgk, sampai kena control ngan husband. So resultnya total weight gain sepanjang pregnant adalh 16kg. huhuu.. Abis pantang dah turun 13kg, sadisnya, baju2 n seluar semua tak muat,, tah berat ape yg turun tak taula.. Mkn mmg tak control pun, makan nasik siang malam, asyik lapar je, maybe sebab fully bf kot, tu yg sikit2 lapar.

Kalau meneran merah padam muka

Time kat hosp, doktor pesan boleh mkn semua kecuali telur n semua yang berangin.. So ayam daging sy mkn je. So far sy ok, n adam pun ok. Adam yang tak ok kalau sy mkn set bersalin NR tu. Punyala beli 1 set mahal2, anak pulak tak tahan, asek berak hijau, so sy stop mkn. Dlm set tu semua sy tak guna sgt. Satu pembaziran je..Teringat sorg membe sy dia bersalin tak guna set bersalin apa2pun sebab dia yakin kita can recover on our own..

Yang agak tension dlm pantang adalah cabaran nak bf adam , badan sakit2 and adam jenis berjaga malam.

Sampai rumah hari ke-3 , mmg adam asyik nak bf je, n anak lelaki ganas sikit, sakit2 dah sy.. Susu tak byk jugak. Mlm 1st dekat perak, punyala dia menangis mlm, last2 bagi FM. Lepas berurut barula susu byk keluar.Tapi time adam bf mmg sakit . Time ni agak tension jugakla sebab bdn sakit2, luka sakit, nak batuk pun terseksa, dahla kesan bius tu buat kita gatal2 n asyik nak batuk je. mmg takut sgt setiap kali rasa nak batuk tu dtg, risau je koyak balik luka tu. hahaaa. Pastu boleh plak sakit gigi pulak dlm pantang, magrib je sakit gigi dtg. Sbr jela. Pastu tension sebab badan panas, nak mandi takut kena air kat luka tu, doktor pun pesan, lap2 je badan. Sy kena mandi jugak air akar kayu, caranya sy balut badan dari pinggang ke bawah dgn plastik hitam. Hehe, tp kena jugakla air kat plaster tu, tapi cepat2 lap. Awal2 tu rasa badan tak terurus sgt, dengan bdn penuh minyak nye sebab berurut, lepas berurut kena mandi air akar kayu, pastu tak boleh jirus dgn air biasa, so air akar kayu tu melekat je kat rambut n badan bersama minyak2. Mmg rimas sekali..

Paling mencabar adam berjaga malam. Bukan setakat berjaga, siap dgn menangis sekali. Mcm2 cara n ikhtiar cuba, semua tak berkesan.Siang2 dia bantai tido sampai kejut goncang camanapun dia tak bgn nye.. Mak ckp kena sabar, jgn tension2 nanti kena meroyan. Nasibla husband n mak byk membantu. Kalau time husband ada, kitorg sampai buat shift,12-3, 3-6. Time shift husband mmg sy dah pump susu siap supaya dia tak kaco sy tido. Hahaa. Cabaran sungguh anak berjaga malam bagi org yang tidur dia tak suka diganggu. Tapi skrg semua berubah, tido bukan lagi nikmat, tp keperluan. hehe. Kalau time husband balik kl, mak tido ngan sy, adam nangis je dia bangun, dodoikan balik atas tgn, Terharu sgt mak sgt baik n memahami..

Husband asek ulang alik je KL-perak, 3-4 kali jugak dia ulang alik sorg2, last2 lepas majlis akikah adam hari tu, terus sy balik kl ikut dia pada hari ke-27..

 
Bersama ayahnya

Bersama ibunya



Di KL

Kat KL adam agak behave, dia mlm2 boleh tido n bgn bila nak menyusu je. Agaknye dia tau kot ayah dia nak keje n ibu dia tinggal sorg2 nanti.. Kat kl sakit gigi lagi teruk, tak pernah2 rasa sakit mcm tu sekali. Tapi mak dah pesan awl2, jgn cabut gigi dlm pantang. Reason unknown. Kat kl semua sy buat sendiri, agaknye berat byk turun time kat kl kot, sebab semua kerja buat sendiri, dari basuh baju, sidai, masak, kemas2. Kalau kat perak, semua mak yg buat, sy just mkn, bf n tido. heheee. Bagus jugak berpantang sendiri ni... Mkn still jaga walaupun mak takde depan mata nak jaga makan minum kita. Apa sy mkn kat perak, itula sy masak kat kl, almond london n tart nenas depan mata mmg sy tak sentuh pun..


Di johor

Hari ke-32 mcmtu sy balik johor pulak. Jumaat sampai isnin..  Kat sini tak berpantang sgt, mkn apa yang ada, stokin je sy still pakai, myk kat perut, bengkung, girdle semua sy tak pakai dah. Akibatnya ada 1 hari tu sy sakit kat bahagian atas perut sampai rasa tak boleh bernafas n fikir nak mati je time tu. Tak tau la sakit ape, suspect angin kot sebab sakit atas perut, bukan dada. Last2 bwk pergi specialist, time sampai specialist sakit terus hilang, so doktor pun tak tau sakit ape. Dia bagi ubat gastrik, check jantung pun ok je. Sakit tak tau ape bende sakit, bil seratus lebih jugak, nasib la boleh claim, tu pun jenuh sebab takde referal letter gi specialist. Rupanya ada pengecualian kalau hari ahad, sebab klinik susah nak jumpa yang bukak hari ahad..


Lepas tu sy menghabiskan masa dalam pantang di kl je. Overall takdela ketat sgt berpantang, siap bole kuar rumah lagi. Hari ke-39, siap pergi KLIA. Hari ke-40 pergi jusco shopping2. Hari ke-41 baru merdeka terus pergi open house.  Mkn je yang berjaga sikit, telur mmg tak sentuh lgsg, pedas mmg avoid, ais pun sama mkn apa yg mak ckp bole mkn je.. Tapi habis pantang hari tu terus request nak aiskrim magnum.. Huhuu.

bwk adam pergi joging pagi2. muka tak rela adam


 pergi jln2