Monday, September 24, 2012

~Garang~

Semalam pergi KLIA, nak hantar adik ipar balik UK. Sementara tunggu tu bawakla Adam main2 kat playground dekat KFC tu. Mcm biasala, dia jumpa ramai2 budak dia excited kemain, siap nak join main sekali. Tapi kesian la budak2 besar asek tolak2 dia je kan. Adam mcm paling kecik je kat playground tu. Adam skrg jln mabuk2 lagi, jln yg kalau tiup sikit boleh jatuh tu,tp kalau tiup tak jatuh pun.  Tapi dia boleh berjalan n berdiri dengan  lama n siap boleh berlari lagi.

Lepastu kitorg bagi dia main benda alah ni. 


Alaa yg ala-ala stereng kapal terbang kot, bila dia pusing, kipas kat depan stereng tu pusing jugak. Dia excited sgt main benda ni. Kira dia conquer la benda alah ni. Pastu dtg sorg budak girl ni, umur dlm 2 tahun kot, obviously besar dari adam, pun nak main benda ni. Dia tolak la adam. Sepantas kilat adam geram + marah agaknye sebab ambik mainan dia, adam tolak balik budak girl tu sekali dengan muka garangnya. Terkesima kejap kitorg tgk aksi dia, tak sempat nak snap.. Ohhh garangnya anak ibu....Dia ingat stereng tu dia punyala tu...


Umpan suruh naik gelongsor pun tanak. Nak main benda ni jugak.











0 comments: