Friday, November 9, 2012

~Update 14+ monhts~

Assalamualaikum.. Kembali bersiaran.. hehee. Lagi beberapa hari je InsyaAllah adam akan masuk 1 tahun 3 bulan.. Beberapa minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan dan agak stress. Dimulai dengan adam warded untuk 2nd time, ye baru setahun lebih dah 2 kali warded, stress kat hosp usah ckpla, mls nak flashback. Warded sebab bronchitis. Lepastu baik sakit yang ini, sakit lain pulak datang. Muntah2 sampai berbelas2 kali disertai dengan cirit birit. Time ni berat adam mmg turun mendadak agaknya, badan mcm takde isi, nampak tulang dah, perut mcm takde isi, mkn je muntah, makan je cirit birit..Sian je kat dia..Last sekali selesema dtg balik, meleleh je..

Alhamdulillah, semuanya hampir pulih sekarang. And bertambah2 happy bila dia dah suka minum susu skrg. Siap tunjuk2 lagi kat susu dalam beg, sebab nak minum susu..Mkn pun boleh tahan jugak. Kalau kat rumah, tunjuk2 tin biskut, sbb nak biskut. Skrg train dia suap sendiri biskut, roti. And kalau dia suap sendiri, mmg habis dia makan. Ubatpun dia suap sendiri, kita tolong tekan syringe tu je. So senang keja..Nasik malas lagi nak suruh dia suap sendiri. Berterabur satu rumah.

Sambungan entry lepas yg ckp nak beli safety gate tu kan, dah selamat belipun. Mula2 rasa lega sangat, sebab dapat halang dia sampai dapur. Tapi yg tak lalunya, dia diri kat gate tu merayu, menangis mendayu2 kalau tau kita kat dapur. Meruntun jiwa betul. Last2 terpaksa la juga masak sambil kendong dia sebelah tgn "-" ....

InsyaAllah hujung bulan ni kitorg nak ke Sabah. This will be Adam's 1st flight experience. Hopefully dia behave dlm flight nanti. Harap2 kesihatan kami semua pun ok. Bukan apa, skrg kan musim hujan je.. Sbgai persediaan, kitorg dah train adam jln2 sendiri dlm shopping complex. Train dia supaya boleh jln dgn lama, sebab kitorg mmg tak plan nak bwk stroller. Adam pun dah lama meninggalkan zaman stroller, stroller dah duduk dlm store tu berkurun lamanya, start dia 7 bulan lagi kot. Dulu tak pakai stroller, kitorg guna carrier, now dia dah berat, boleh patah bahu kalau pakai carrier lagi. So far dia ok je jln sendiri, tp byk nak ikut jln dia je, tanak follow jln kita. Hehehhh

Mkn pulak hopefully takde problem, sbb adam dah start mkn nasik dari dia 11 bulan lg. So mkn jela nasik kita. Lauk je kena monitor, yang masin2 tanak bagi sgt. Kalau kat rumah, bolehla kita masakkan, in fact mmg masakkan untuk dia pun hari2. Tapi time travel ni, mungkin kena cari kedai yg ada ikan goreng/kukus, bubur nasik, sayur kot. Mungkin akan bwk ikan bilis sangai yg dah siap blend kot. Biskut mmg kena bwk byk. Air masak pun dia mmg sentiasa minum. Susu pulak minum susu ibu je, sebab dia still lg tanak minum botol kalau dgn ibu dia, rumah babysitter dia je dia nak minum dlm botol buat masa ni. Eh awk ni adam~~

Gambar latest

 Tau dia tgh buat apa ni?? Dia tgh gelak mengekek2 sebab buat car tu jadi jongkang jongket. Sikit lg cabutla tayar car dia tu.




 Dia mmg suka semua jenis game kereta.. Ni baru bgn tido, tp hepy kemain dapat main kete




 Favorite adam. Makaroni + carot + ikan merah + cheese. Makaroni n ikan merah rebus siap2. Tumis bwg, campak je semua. Last sekali masukkan cheese.



 Ni pun favorite dia jugak. Mashed potato. Rebus kentang, dah empuk lenyek2kan bersama susu (kitorg guna uht full cream), letak lada hitam sikit. Simple2 mcm ni pun dia suka sgt!


Ni pulak lontong goreng. Tak digalakkan bagi sll. Jugak favorite adam. tak digalakkan bagi sebab letak kicap sikit dlm ni. Kicap kan tak elok untuk baby, ada perisa tambahan.

Ok la, till then. Assalamualaikum~

0 comments: