Tuesday, December 11, 2012

~Allergic test for baby~

Hari tu adam kena selesema & batuk agak lama juga. Dada dia mmg ada je wheezing, sampai warded. So every week dia ada follow up dekat Hosp Pantai Bangsar dengan Dr Azam. Untill 1 day Dr suggest buat allergic profile test sebab time tu ada naik bintik2 merah sikit dekat badan dia.

Sebelum ni, yg mmg perasan n tahu, adam memang ada allergic dengan ikan bilis. Lepas mkn ikan bilis je akan naik bintik2 merah. So ikan bilis mmg stop la. Telur putih + kuning mmg selalu bagi. So far takde apa2. Susu pun pernah minum mcm2, enfalac, dutch lady. 

So 1 hari ni , kitorg datang Pantai untuk check up, doc suruh warded tapi kitorg tanak sebab nak ke sabah, lepas check up terus doc suruh ambik darah untuk allergic test. Luckily , allergic test ni covered by our company. Survey2 harga untuk test ni mahal jugak, each food dalam RM80. Dlm kertas check list tu, doc tick semua yg general2 je, mcm cows milk, egg, meat, etc. Takde pun tick dekat sea food. So mmg tak test untuk seafood la. So takpela. Darah kena ambik dlm 5ml, terkejut kitorg adam tak nangis langsung. Big boy..

 Big boy!
 
Dekat sabah mcm biasa. Time nak pergi sabah, selesema n wheezing still ada, tapi as long as dia tak demam, ok la kan. Dia pun happy je. Kat sabah, atuk dia byk bagi mkn buah dokong masam. Pelik kitorg, dokong tu punyala masam, semua org tanak, dia je yang suka. Esoknya, terus baik, selesema n wheezing terus hilang. So kitorg assume vit C dlm dokong tu bertindakbalas dgn baik sekali dlm badan adam. Selama ni adam mmg jarang mkn buah2 mcm  limau/oren/anggur ke yg masam2. Bad mommy.. Asik2 bagi pisang "_"

Sampai hari ni, Alhamdulillah takde selesema, batuk n wheezing. Syukur. 

Last week hari jumaat, Dr Azam call, dia bgtau result allergic test tu dah dapat. Resultnya, adam ada allergic dengan 3 benda:

1. Dust
2. Cow's milk
3. Egg white

Sebab tu wheezing/selesema/batuk susah nak baik. Sebab tu sll naik bintik2 merah tetiba.Yang dust tu ok la, mmg semua org pun allergic. Skrg baru terhegeh2 nak survey air purifier, selama ni mmg dah lama berniat nak beli, tak beli2, tak penting sgt la, sekali dah jadi macamni barula rasa kepentingan nya. 

Yang mcm susah nak terima tu, cow's milk tu. Selama ni mmg minum cow's milk pun kalau kat rumah babysitter. Dia kecik2 minum enfalac, skrg dutch lady. Panjang ceritanya kenapa switch pada dutch lady, pendek kata sebab susu tu je dia nak minum. Hehe low maintenance anak kiteww.. and anak kitew nak minum susu lembu dengan nenek (babysitter) dia je. Dgn ayah ibu dia setitik pun susah nak minum, and he still fully breastfeed kalau dgn ibu dia. Dr Azam suggest switch ke isomil (soya based), tapi sy mcm tak prefer susu soya based, sebab apa, akan diterangkan di bawah. So choice yg ada buat masa ni, karihome jela. Skrg tgh nak minta babysitter test karihome dgn adam , kalau ok, proceed dgn karihome je.. Sbnrnya, pasal susu ni mmg mls nk pk, terkenangkan betapa susahnya nak suruh adam minum susu. Time dia 8 bulan, adam mmg tolak botol susu terus, even ebm letak dlm botol pun tolak. Time tu tiap hari susah hati, semua sample susu yg sy request, test kat adam semua reject. Time tu dia mmg tak minum susu langsung rumah nenek dia. Time balik keja, ambik dia,mcm kebuluran je dia mintak breastfeed dgn kita. After dia 1 year, tetiba je dia boleh minum susu, sampai mintak susu lagi dekat nenek dia, pelik mmg pelik. Alhamdulillah. So at that time, susu yg dia nak minum tu dutch lady, sebab tu proceed dgn dutch lady je. Skrg dah kena pk balik pasal susu adam "_"

Lagi 1, egg white. Sblm ni test telur kat dia ok je. Maybe jugakla mmg allergic sebab kdg2 dia ada muntah/cirit birit tak pasal2. Mungkinla. Tapi allergic test ni, tak semestinya accurate. Tapi buat masa ni, mmg stop dulula egg white dekat adam.

Sebab apa sy taknak bagi susu soya based dekat adam?

Sebab sy pernah pergi dgr ceramah “Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”oleh Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Dlm ceramah dia, dia ada ckp,
    "Soya bean telah dinobatkan tidak elok untuk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Israel kerana boleh menyebabkan kanser. Kajian telah dijalankan seorang lelaki minum air soya secawan sehari dalam masa 3 bulan telah didapati kandungan sperma rosak sebanyak 50%.  Selain itu, kesan jangka panjang sekiranya meminum soya boleh menyebabkan kecelaruan hormon.   Contohnyer : lelaki ingin menjadi wanita & sebaliknyer.  Produk soya seperti kicap, tauhu, minyak tidak bagus untuk kesihatan, akan tetapi tempe elok di makan"

Officemate sy ada buat notes ringkasan dari ceramah tu. Siapa yang rajin boleh baca kat bawah:

“Membudayakan Pemakanan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW”

Penceramah :  Mohd Zaini Bin Zainal Abidin ( Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia )


 Amalan yang baik diamalkan :

1.      Menjaga silaturrahim
2.      Sedekah walaupun sedikit yg penting ikhlas – istiqamah
3.      Baca Al-Quran selalu
4.      Doa – di penuhi dengan selawat ke atas nabi
5.      Puasa – 2 kali seminggu puasa sunat etc Isnin & Khamis

Semua amalan di atas jika di amalkan secara istiqamah boleh mendapat keberkatan hidup juga dipanjangkan umur

>>>>>Bagi yang pregnant, amalkan makan kurma 7 biji setiap hari, pastikan takde pengawet setakat yang telah diperiksa (Prof Diraja Ungku Aziz) kurma nabi ajwa & kurma maryami… selain dari tu jika dapatkan pastikan takde pengawet boleh jer makan….
Bagi yang hendak dekat saat melahirkan makanlah 7 biji kurma rotab sahaja (tujuan nak banyakkan susu nanti ) sebelum tempoh bersalin….
Bila sudah melahirkan sebelum baby diberi susu ibu tahnidkan dulu di mulut baby kurma @ madu asli…..
Jika bayi yang lahir lelaki walaupun sudah diberi nama contohnyer Adam ker Daniel ker 7 hari pertama panggil dengan nama MUHAMMAD.   Begitu juga dengan bayi perempuan 7 hari pertama panggil dengan nama FATIMAH.

Amalan permakanan yang baik & elok diamalkan…..

1.      Gunakan garam bukit kerana kurang sodium – cth produk garam bukit Halalgel. Garam laut mengandungi banyak sodium yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang & darah tinggi.  Ujian ke atas garam laut : sedikit garam laut + air panas = akan ada lapisan minyak yang terapung.
2.      Buah Tin – bagus untuk mengurang pesakit yang menghadapi kencing manis kerana mengandungi fiber/serat yang tinggi.
3.      Labu merah bagus untuk kesihatan kerana mengandungi anti oksiden berbanding labu kuning kerana menyebabkan angin.
4.      Resipi sarapan yang bagus : campurkan labu merah + kurma + buah tin + madu + minyak zaiton + susu kambing + delima= dimasak untuk dijadikan sup / pengat / bubur.  Tak bubuh semua pun takpe leh tukar2 la depends pada bahan.
5.      Ikan & susu merupakan lemak yang baik akan tetapi kite tak boleh makan ikan serentak dengan susu boleh jadi asid.  Jika makan ikan 2 @ 3 jam selepas itu baru boleh minum susu.
6.      Sotong, kerang, siput, udang kurang elok kerana mengandungi kolesterol yang tinggi.
7.      Ikan yang tidak bersisik seperti ikan keli mempunyai kandungan merkuri yang tinggi yang boleh menyebabkan anak down sindrom.
8.      Soya bean telah dinobatkan tidak elok untuk kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Israel kerana boleh menyebabkan kanser. Kajian telah dijalankan seorang lelaki minum air soya secawan sehari dalam masa 3 bulan telah didapati kandungan sperma rosak sebanyak 50%.  Selain itu, kesan jangka panjang sekiranya meminum soya boleh menyebabkan kecelaruan hormon.   Contohnyer : lelaki ingin menjadi wanita & sebaliknyer.  Produk soya seperti kicap, tauhu, minyak tidak bagus untuk kesihatan, akan tetapi tempe elok di makan.
9.      Susu yang terbaik selepas susu ibu adalah susu kambing
10. Daging yang terbaik adalah daging kambing.
11. Minyak zaiton (boleh tengok dalam surah An-Nur ayat 35) kebaikan sangat banyak antaranya boleh mengelakkan sakit jantung,semua jenis barah/kanser, kencing manis, darah tinggi, elak @ hilangkan sirih dengan amalkan dengan makan 1 sudu pagi & 1 sudu malam setiap hari.  Bagi wanita yang mengalami keputihan boleh menggunakan tampon yang telah disapu dengan minyak zaiton dimasukkan ke dalam vagina.  Amalkan selama 3 hari insya-allah masalah tersebut dapat di atasi.  Bagi pasangan yang telah berumahtangga, ambil dalam 2 sudu minyak zaiton, semasa ingin bersama sapukan minyak zaiton pada lelaki semasa bersama boleh mengelakkan kanser payudara & pangkal Rahim.  Selain itu, minyak zaiton boleh disapukan pada luka & digunakan sebagai minyak urut.  Untuk mendapat raut wajah yang cantik campurkan 3 sudu minyak zaiton + 3 sudu minyak habattus sauda sambil membaca selawat, simpan semalam, lepas tu boleh digunakan sebagai masker pada wajah, hasilnyer insya-allah wajah akan cantik. 
12. Minyak zaiton merupakan minyak paling baik, boleh digunakan sebanyak 5 kali jika digunakan untuk menggoreng.  Simpan dalam bekas kaca.  Kedua terbaik ialah minyak kelapa kampung.  Kesan menggunakan minyak kelapa boleh menurunkan kadar darah tinggi & sakit jantung. Ketiga terbaik minyak bunga matahari tapi semasa beli pastikan tengok label & pastikan 100% minyak bunga matahari sebab ada yang campur 30% minyak bunga matahari + 70% minyak sayuran di mana terdiri dari minyak kacang soya @ minyak kacang tanah… so be carefull.
13. Cili boh juga tak elok kerana mengadungi 60% bahan pengawet.
14. 7 biji kurma sehari + 2 sudu madu (1 sudu pagi & 1 sudu malam) boleh menggantikan segala multivitamin yang kita amik.. kesan multivitamin boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit & memendekkan umur so mari kite tukar & amalkan apa yang elok.
15. Buah kurma dari US agak besar sebab mengandungi GM (Gen Modified ).
16. Minyak jagung juga kurang sebab mengandugi GM (Gen Modified ).
17. Panau boleh disebabkan cicak.  Haaaaaaaa… sila pastikan bekas menyimpan garam ditutup dengan rapat jika tidak cicak akan mandi dalam garam…. Cicak sangat suka mandi dalam garam. Jaga2 yer…
18. Jika mengalami tonsil @ tirod – elakkan terus makanan berunsurkan soya.
19. Mendapatkan penglihatan yang terang, colekkan cotton bud dalam minyak zaiton & sapukan pada bawah mata seperti kite memakai celak mata.  Boleh bersihkan telinga dengan minyak zaiton jugak.
20. Seeloknyer makan buah-buahan yang segar.  Jika susah hati makan buah anggur.  Makan buah delima jika terdengar suara halus.  Leukemia makanlah buah zaiton.  ** jika makan buah delima pastikan jangan buang walau seulas, boleh dikongsi, kulit buah delima mengandungi khasiat, kulitnyer dikeringkan, direbus & diminum, ini bagi menghapuskan para parasit yang ada dalam badan.
21. Air Mustofa yang mengandungi zafran @ saffron boleh menjadikan daya ingatan kite luar biasa.
22. Minyak kelapa sawit kurang elok kerana mengandungi solvan yang digunakan untuk mencairkan minyak kelapa sawit yang beku seperti apa yang kite lihat seperti yang dijual.  Solvan boleh menyebabkan jantung kite rosak.
23. Gamat @ mentimun laut tidak bagus kerana mengandungi merkuri yang tinggi.  Baik makan atau digunakan untuk sapu cth minyak gamat sama sekali tidak elok. 
 








4 comments:

tengku azri said...

Alergi susu - alternatif susu:
http://en.wikipedia.org/wiki/Milk_allergy#Milk_substitution_for_children_and_adults

Susu soya - Health & nutritional general info:
http://en.wikipedia.org/wiki/Soy_milk#Health_and_nutrition

Aku ada masuk site Kementerian Kesihatan Israel, try search pasal susu soya, xde pun. Mungkin betul mungkin tak apa yg PPIM kata. atau mungkin internal publication kot, yg tak accessible to public.

Research 2010 kata xde pun kesan feminizing susu soya ke atas lelaki:
http://en.wikipedia.org/wiki/Soy_milk#cite_note-15

Susu kambing mmg bagus, tp utk orang2 dewasa, yg dah completed system pencernaan dia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Goat_milk#Nutrition

The best way mmg bf, tp dah masing2 ada constraints masing2... Try la research lagi.

Husna Hadzarami said...

What an informative entry! Tiba-tiba dapat idea nak buat allergic test untuk Ammar Yusuf juga. I asked my sister, dia kata government hospital pun ada provide allergic test ni, kena pergi kat Dermatology Clinic tapi kena ada referral letter from any private clinic dulu. Ammar Yusuf pun selalu sangat naik ruam merah tu, sejak baby lagi. Kitorang assume dia tak boleh panas, tak boleh berpeluh. Tapi nak tahu juga in case dia ada allergic apa-apa kan? Thanks!

~SaHiDa~ said...

Husna, maybe boleh jugak buat allergic test ni. Tapi tak tau la sejauh mana accurate nya.

Thanks tengku for da info. Psl soya tu Wallahualam.

Ummi Iman said...

Salam. Singgah cari info. Mohon share isi ceramah tu ya... akan dicreditkan ke sini