Tuesday, March 27, 2012

~Mattel Warehouse Clearance~

Sapa pergi Mattel Warehouse Clearance jumaat pagi2 sampai sanggup ambik cuti n bersesak2 sampai nak keluar lift pun tak boleh?? Heheh kamilah antara org2 tu..

Fuh so far inilah sales paling ramai n crowded pernah pergi. Kalah sales pureen n sogo.. Kami sampai2 seawal 9.30 pagi, jln tak jam, parking tak susah, tapi, naik2 tingkat 1, tak boleh keluar lift. Semua dah menunggu dgn penuh tak sabar.. Serius ramai sgt org. Ada jugak yg bwk anak kecik, mmg tak patut, sebab semua org mcm menggila, tak hirau dah budak kecik ke, ibu tolak stroller ke, main langgar je.. 

1. Laluan nak masuk sangat sempit. Bottle neck, so org main tolak2. 
2. Dewan di mana sales berlangsung sgt kecik, tak padan dengan toys yag melambak. Masuk2 dorg bagi kotak free untuk isi hasil shopingan,  bayangkan bila semua org bukak kotak, n jln tgn bwk kotak, mata tgk toys kat kiri kanan, so main langgar je org depan.. 
3. Takde space nak sort barang
4. Better bagi beg besar mcm beg shopping ikea/pureen, daripada bagi kotak. Kotak mkn space, susah nak angkut
5. Cashier sikit, kat tempat sama jugak nak letak cashier, ada 1 lane je. Lagi 1 lane item less than berapa tak ingat. tapi kebanyakan org beli byk. 


 Kan, sgt crowded.. Sampai ada sorg chinese ni ckp, semua org ambik toys mcm semuanya free! 



 Ni lane beratur nak byr. 1 lane je ada



 Hehe ni kitorg punye kotak.. kecik saje



 Ni semua adam yang punye!!. Byk hot wheel je. 3y ++.. Yg boleh main skrg ada 2 je. Yg lain2 masuk stor.. Kalau dapat baby girl, terpaksa pergi lagi sales ni beli barbie pulak. :D


Rasanya ramai yg pergi sales ni sebab nak beli toys untuk buat business. Sebab ramai sgt ambik toys yg sama sampai 4-5..Sesapa yg tak dpt pergi, sll ada lagi sekali this year, bulan sept kot. Tapi serius mmg harga berbaloi2..

Tips:

1) Jgn bwk anak kecik/ stroller
2) Bwk beg shopping sendiri, sebab kotak yg provided tu leceh nak bwk mencelah2 dlm crowd
3) Dtg awal. Hari 1st terus dtg. Byk choice, even brg2 pun fresh baru keluar kotak
4) Kalau dtg berdua, sorg pergi pilih brg, sorg queue untuk bayar. Sambil queue boleh sort barang

Happy nye dia dapat toy baru. Fisher price musical ball - RM40. Harga pasaran dalam RM60-70.

Wednesday, March 14, 2012

0-7

Alhamdulillah Adam Rizqi dah semakin sihat. Kami sekeluarga kembali happy..

Just browsing gambar2 adam, dapat idea nak letak perkembangan fizikal adam dari baru lahir sampai sekarang. Adam ni lahir2 kecik je, 2.99 kg je, panjang pun tak berapa panjang 47cm je.. 6 months check up hari tu berat dia 7.3kg je, graf weight dia tak cantik sgt la, statik je dari 4-6 months,.. Tapi doktor kata as long as duduk dlm border ok lagi. Panjang tak tau sebab kat klinik everymonth check up tak ukur panjang.


Ni sebenarnya sambungan dari entry lepas

 16 hari 


 3/4 bulan kot 


 6 bulan

Muat2 dah baju ni. Sikit lagi takle pakai dah..


  

Monday, March 12, 2012

~Less active for a week~

Kembali bersiaran.. Patut letak post title 7 months sebab this week my baby dah 7 bulan.. Fuhh dalam masa 7 bulan ni macam2 experiences gained, pahit manis, sedih gembira, ketawa duka,...

Sy sgt2 suka bila my baby sgt aktif sebab pd sy dia sedang melalui fasa pembelanjaran di mana dia akan explore, melihat, mendengar, merasa, berfikir dan akhir sekali akan meniru.. So far baby sy ni suka sgt tiru apa yang ayah dia buat and yg paling obvious dia suka sgt semua brg2 ayah dia.. Dia sgt suka main iphone, pegang mouse, main laptop, beg laptop ayah dia, kunci ayah dia, pegang stereng kereta, etc. Kalau tinggalkan laptop, pandai je dia pegang mouse, tekan2 keypad. How he learn by observation..Kalau ayah dia tgh main laptop, sll dia akan sibuk2 dtg walopun dia dari jauh, gigih ok.. Then kalau taknak dia kacau ayah dia, kitorg sll bagi dia netbook letak sebelah ayah dia, kononnya, dia punya netbook.. Bet me, sekejap je dia kat netbook dia, lepas tu mulala ke sebelah ke arah ayah dia. Serius comel.. 

Aktif dia kalau nak tukar diaper, punya la payah ya amat. Kdg2 kena bantuan org ketiga. Baru je terlentangkan, dah meniarap balik, tgn merayap capai apa yang ada berdekatan, belum lagi time nak tanggal or pakaikan baju, stress ibu dia.. Nasibla mandi dia suka.. Fuhhh. Kalau letak dia kat ruang tamu, kita kat bilik, sekejap je dia dah hulur kepala kat pintu bilik.. Comelnye la budak kecik ni.. (semua ibu ayah merasakan anak mereka comel, so excuse me sebab ckp anak sy comel he he he )

Tapi hidup ni tak selalunya indah dan gembira, adakalanya kita sedih/risau/penat/lemah.... The whole last week baby sy tak sihat. Start dengan gatal2 mata, mata penuh tahi mata, disusuli demam panas, cirit birit, dan demam campak.. Sehingga hari ini, demam dah tak ada, tapi ruam2 merah masih ada dan still cirit birit.

3 kali last week pergi klinik.. Tapi sy sgt2 tak puas hati dengan consulatation dari doktor kat dua2 klinik. Dua klinik kat BSP sy pergi, and paling worst klinik yg kedua. Yelah bila anak dah sakit, dan parents nye kurang berpengalaman, kita mengharapkan consultation yg bagus dan agak meyakinkan.. Boleh bila anak sy naik rashes the whole body and in the same time cirit birit, bila jumpa doktor, dia bagi air garam untuk mengelakkan dehydrated and sy rasa anak awk measles sambil google guna ipad dia "measles in children"! and then bagi ubat gatal. Sy pun bole google. Sebenarnya sy sgt takut kalau anak sy kena rotavirus ke, ruam allergic ke, etc... Kalau dia bagi referral letter pun, sy sanggup ke hosp untuk check further..Sebelum tu dia tgk tgn anak sy ada bintik2, dia ckp ni confirm measles, padahal bintik2 yg dia tunjuk tu bintik2 lama kesan kena gigit semut/nyamuk dari rumah babysitter dia.. (penuh bdn adam kesan nyamuk n semut :((((((((( )

 Kesian sgt sgt sgt sgt.... Sampai dah habis stock baju lubang2 time adam demam hari tu..


Muka penuh ruam2 merah...


Sampai ke kaki dah ruam dia... Ermm org ckp kalau campak bila dah sampai kaki means dah nak baik la tu..