Wednesday, May 30, 2012

~Adam dan solid food~

 Assalamualaikum...

Lama tak cerita pasal adam.. Dah 9 bulan setengah dah skrg ni. Makin membesar, makin aktif, makin lasak, makin kuat kuat kuat kuat makan, makin byk akalnya, makin byk ragamnya..

Sebab dia sgt kuat kuat kuat makan, saja nak share makanan2 yg sy masak hari2 untuk adam. Adam kuat makan, tapi badan tak naik sgt, maybe sebab sgt aktif n kurang ambik karbo kot sebab everytime buat bubur, sy letak beras sikit je, bahan2 sampingan yg byk especially sayur2.

So far, everyday sy mesti masakkan adam bubur nasik. Pernah juga try buat selain bubur nasik, macam resepi yang ada kat blog wife angkasawan tu, tapi adam tak berapa sukala, makan sikit2 je. So nak tak nak mmg bubur nasikla tiap hari.. 

1. Untuk beras, sy guna method yang goreng kering beras, pastu blend hancur tu.. Jimat masa cara ni, plus kalau beras tak berapa hancur pun takpe, sy tak perlu nak blend lagi. Babysitter adam ckp jgn blend hancur, biar je, nanti time nak suap, dia lenyek2 kan sikit.Everyday sy ambik dalam 3 atau 4 sudu je beras. Sikit je, sebab sayur2 dah byk. 

2. Sayuran pulak yang pernah try, sawi, brokoli, kangkung, bayam hijau, bayam merah, tomato, kentang , carot, salad, cauliflower. Kentang and carot mmg wajib ada tetiap hari. Semoga adam tak pakai spec, hihi.

3. Ikan pulak, yang pernah try, ikan merah, ikan kerisi. Ikan salmon ayah dia tak bagi, reason ayah dia suruh makan ikan kat perairan kita je. haha ibu ikut je. Ikan bilis pulak dia mcm allegic. Takpe umur setahun nanti try bagi lagi.

4. Ayam.

5. Air stok tulang/daging, tapi daging tak pernah try bagi..

6. Kismis and kurma

7. Buahan mangga, limau oren, epal, pear, pisang. So far paling suka mangga n oren.

So everyday bertukar2 la menu kat atas tu. Depens on stock apa ada kat rumah. Tapi tula, carot n kentang mmg wajib ada.


 Makanpun sambil main


Hari tu lepak rumah babysitter dia, sembang2 rupanya kat rumah babysitter adam lagi kuat makan. Mak cik siap ckp suap nasik dengan lauk lagi. Even adam takde gigi lagi, dia telan je nasik tu.Apa org mkn semua dia nak. Biskut marry tu selambe je abiskan sekeping, roti setengah keping boleh abis.. Time dgr tu pk takpela, biarla dia belajar mkn benda2 camtu kat rumah babysitter dia. Even tak sesuai lagi dgn umur dia, takpela. Aiskrim pun makcik suap. heheh.. Merasala adam mkn makanan org dewasa.

9 months



Monday, May 28, 2012

~Reward Yourself~

Assalamualaikum,

Just to promote my sis's business. 

She is selling high quality washable satin crepe fabric. Fabric yang sangat berkualiti, sesuai untuk semua golongan terutama wanita bekerjaya untuk tampil lebih bergaya dan elegan. Dah penat2 bekerja, apa salahnya reward diri kita sendiri dengan memakai kain yang berkualiti dan yang paling utama, untuk kepuasan diri kita sendiri. Ye tak? Sesuai juga untuk dihadiahkan kepada orang lain terutama ibu kita sendiri..

Jenis kain:

1. Lembut 
2. Tidak mudah kedut ( sesuai untuk siapa yang semua pun nak cepat, iron sikit2 je)
3. Jatuh beralun (sesuai untuk buat kurung pahang or kurung modern. Baju kurung mmg sesuai sgt)
4. Tidak perlu lining
5.Dihiasi dengan manik2 dikeliling bunga untuk menampakkan elegan & exclusive

Harga : RM 150 sepasang ( 4 meter)
Postage :  Sepasang RM6 , dua pasang ke atas free postage

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi   0197340434  / 0134253290 .

Cepat.. Sebelum tailor taknak ambik tempahan lagi :)

WSC01



WSC02

 


WSC03


 
WSC04





WSC05



 
WSC06



 
WSC07