Tuesday, August 28, 2012

~Raya 2012~

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam.

Raya tahun ni kami sekeluarga bercuti panjang, dari hari khamis sebelum raya, sampailah hari ahad selepas raya..  Mmg puas bercuti, masuk ofis hari Isnin mmmg Monday blues sgt2. Adam pun tanak kat baby sitter dia pagi isnin semalam, tp ptg bila nak ambik dia, dia pulak tanak kat kita. Suka ati dia je. Sebenarnya dia suka dekat org yang melayan dia, dia skrg main tunjuk je nak ke mana2, sapa rajin layan bawak dia, dia suka la..


 Gambar raya satu family




Family belah atok johor. Paklong n mak long dia takde dlm gambar



Mulut dia bising skrg, kdg2 boleh ajuk kita ckp. Ketayap atas kepala tu bukan tahan lama pun duk atas kepala dia. Cuma kena pandai la, pakaikan pastu bagi dia leka buat benda lain. Bila dia dah tak ingat, dia takdela cabutkan dari atas kepala. Jgn bawak tgk cermin, dia nampak nnti dia cabut. 

 
 Org bagi duit raya, kemain dia senyum. Mcm faham je dlm tu ada duit

 
 Lagi org layan lagi menjadi2 dia main-main.



Org perak ckp kebokbok



 Ni raya ke-2. Praktis jalan




Satu2nya gambar dgn pak long perak dia.


 Celebrate his 1st birthday at Sungai Siput

Thursday, August 9, 2012

~Malam tadi~

Malam td mengantuk sgt2, tinggal berdua je dengan adam. Budak ni sgt aktif mlm2, mmg tak diam2, keje dia mmg byk sgt mlm2. Sebab mengantuk, so monitorla dia main sambil baring. Pastu ada la terlelap-terlelap kejap2. Nampak dia main toys cars dia punya launcher. Car nye tah mana dia baling. Nampak dia ketuk2 launcher tu ke lantai. Kejap2 dtg lanyak2 ibu dia, pastu main balik. Tetiba dahiku berasa sakit sangat mcm kena ketuk dengan besi/kayu.. Adoiii, dia ketuk launcher tu kat dahi ibu.. Berdenyut2 sampai pagi ni. Nasib baik tak berdarah.

 
Dia ketuk ibu guna yang sambung cars n launcher tu


Friday, August 3, 2012

~ 5 langkah~

Malam tadi adam dengan bergayanya dah pandai jalan 5 langkah... Heheeee excited ibu dia. Selalu kalau pimpin dia jalan/bertatih, mesti jln main redah je laju2, badanpun liuk lentuk. Tapi mlm tadi steady je dia langkah. Sebelum ni pun dgr org main mercun, laju je dia jln ke arah kita sebab takut. Boleh pulak la berjalan kalau tgh takut.

Bila nak pandai jln betul2 ni adam oiii.. 

16 Ogos ni InsyaAllah dah setahun dah Adam...Still tak berapa suka minum susu. Aihhh malas nak pk. Satu yang perasan, dia ni suka benda yang sedap2 je especially yg manis2 mcm kek, coklat, tau fu fa, kurma(ni bagus). Kalau mknn / minuman sedap2, mkn sampai bunyi2 feeling sedap dia. Kalau suap susu, dimuntahkan je, bubur tawar pun sama.. Sabar jela.

Haihhhh

Toys favorite dia skrg adalah handphone. Kalau kita ckp hello2 je, dia letak hp kat telinga dia. Smart boy.. And lagi satu, hair dryer ibu dia. Pagi tadi for the first time ayah dia bg dia main hair dryer ibu, dapatlah ibu n ayah bersiap nak pegi keja dgn tenang. Dah lama dia aim nak main hair dryer tu, baru hari ni dapat. Sian... Pagi tadi dia bangun 5.55 terus nak tolong ibu iron baju.. hai la adam.. Skrg kalau tido dlm bilik, dia bgn2 jarang nangis, pastu terus bukak pintu sendiri cari org kat luar. Of cos la pintu tak kunci kan, sebab tu boleh bukak n dia tido bwh sekarang. Pastu telinga lintah pulak tu. Dgr bunyi kuat sikit je bgn tido. Terpaksa la ckp bisik2 kdg2 tu. 

Main hp


Suka sgt ketawa terkekek-kekek mcm org tua. Dia mmg jenis mudah senyum n ketawa kalau dgn ibu n ayah dia. Kalau dgn org lain susah sikit. Tak tau la napa. Ermmm ketawa kuat, nangis pun kuat jugak. Kalau nak tido tu, nak selesa je n kena dgn ibu, kalau tak meraung2 dia. Rumah bbsitter nasib baik ada buai.





Ermm skrg ni kuat memanjat. Katil dalam bilik petik jari je dia boleh panjat. Sofa pun sama. Babychair pun jarang pakai dah, asekla nak berdiri dlm tu. Sian pulak nak pakaikan seatbelt. 

 
 
Ok la sampai sini dulu. Babaii..