Monday, September 24, 2012

~Garang~

Semalam pergi KLIA, nak hantar adik ipar balik UK. Sementara tunggu tu bawakla Adam main2 kat playground dekat KFC tu. Mcm biasala, dia jumpa ramai2 budak dia excited kemain, siap nak join main sekali. Tapi kesian la budak2 besar asek tolak2 dia je kan. Adam mcm paling kecik je kat playground tu. Adam skrg jln mabuk2 lagi, jln yg kalau tiup sikit boleh jatuh tu,tp kalau tiup tak jatuh pun.  Tapi dia boleh berjalan n berdiri dengan  lama n siap boleh berlari lagi.

Lepastu kitorg bagi dia main benda alah ni. 


Alaa yg ala-ala stereng kapal terbang kot, bila dia pusing, kipas kat depan stereng tu pusing jugak. Dia excited sgt main benda ni. Kira dia conquer la benda alah ni. Pastu dtg sorg budak girl ni, umur dlm 2 tahun kot, obviously besar dari adam, pun nak main benda ni. Dia tolak la adam. Sepantas kilat adam geram + marah agaknye sebab ambik mainan dia, adam tolak balik budak girl tu sekali dengan muka garangnya. Terkesima kejap kitorg tgk aksi dia, tak sempat nak snap.. Ohhh garangnya anak ibu....Dia ingat stereng tu dia punyala tu...


Umpan suruh naik gelongsor pun tanak. Nak main benda ni jugak.











Tuesday, September 18, 2012

~Kuat berfikir~

Orang cakap kepala besar sebab byk berfikir.  Tapi kdg2 ada jugak betulnya. Tgh2 main, kdg2 tetiba senyap kejap, rupanya dia tgh fikir apa nak buat lepas ni. Byk kali dah perasan, dia syp kejap sebab nak berfikir or cari idea. Otak ligat, tgn kaki pun ligat. Kalau nak buat apa2, tak dapat tgn, kaki pun dia guna. Kalau dia tgh buat apa2, kita halang tgn dia, dia guna kaki. Tgn kaki dia sangat cekap,.Kdg2 jadi bahan ketawa kat rumah dgn perangai budak ni.

Skrg ni mulut dia tgh bising. Asyik nak bercakap je. Sll dia sebut ayah..ayah.. Ibu dia tak pandai lg. Ada la sekali dua dgr dia sebut buuu..buu.. takpela nak, IBU mmg susah nak sebut pun.. takpe.. sobsobb.. :( 

Kalau dgr azan, mesti dia sebut opohh..opohh.. Hopefully sebenarnya dia nak sebut ALLAH..

Smlm dia main dekat kerusi makan, atas kerusi makan tu ada balang2 kuih. Sekali tgk dia tgh berdiri atas balang kuih tu untuk capai balang lain atas kerusi tu.. Ohh bijak nye anak ibu ni, tapi tu balang kuih nak oii, mana boleh pijak benda makan.. 

Nah ambik gambar dia tgh berfikir.. hihi