Thursday, October 10, 2013

~Cerita rumah Part 1~

Ni 1st entry pasal rumah 1st yg kami suami isteri beli. Opss time beli rumah ni belum kahwin pun, beli beberapa bulan sebelum kahwin. Joint loan, nama pun dua2 ada.

3 tahun lepas, kemain excited dapat beli rumah ni. Yela time tu barupun masuk kerja, usia pun belum matang. Mana ada duit nak beli rumah landed. So end up beli kondo. 5% kena byr deposit.  Nama sedap, location mmg tip top, btl2 sebelah LRT. Senang cite nak pergi LRT jalan tak sampai 5 minit. Kat KL ni location dekat dgn public transport mmg high demand (ni yg disesalkan sekarang ni).

So lepas kawen kami menyewa dulu. Dah hampir 3 tahun menyewa sebab nak tunggu rumah ni siap. Every weekend kalau ada kelapangan mesti pergi melawat tapak. Awl2 dulu risau sgt apesal la projek ni tak start2, beberapa bulan lepas tu barula start, tu pun slow sgt. Dlm hati mmg risaula boleh ke projek ni siap on time kan.. Yela buatnye delay, bank dah start byr full, tp rumah tak dpt duduk lagi, itu yg paling merisaukan.

3 tahun berlalu, baru2 ni dapat surat boleh ambik kunci. Yeayyyy.. Mmg hepy la time tu. Time tu tak tau lagi condition kwsn n rmh. Tgk dari luar mcm tak percaya jugak apesalla dah dpt surat ambik kunci. 1st lawatan ke rumah adalah sgt2 mengecewakan. Boleh pemaju serahkan kunci dgn condition kwsn tu yg sgt teruk. Lift teruk, swimmning pool tak siap, kotor dgn simen2. Aihhh mmg frust la. Rumah ok la, dah siap, tapi yg paling sakit hati, bau rumah mmg busuk. Bygkan nak ambik ukuran untuk grill n langsir pun tak lalu dgn bau rumah yg busuk. Time tu bulan 9. Pastu semua owner diminta byr advance mtce untuk 3 bulan, oct, nov, dec. Tapi masalahnya api & air tak masuk lagi. Mcmanana nak pindah kalau api air takde, padahal mtce dah start byr. Office salahkan owner ckp tak bagi kerjasama untuk byr deposit api air dgn alasan syabas n tnb nak semua owner settle byr baru install. Oii tu bukan masalah kitorg, takkan la kami owner pulak yg kena kejar owner lain suruh byr deposit. Pandai2 korgla manage. Tu semua kami owner ni tak perlu ambik tau pun. Project dah delay, semua pun delay, pandai je nak salahkan owner pulak.

Time check defect, husband sorg yg pergi. defect mmg bykla. After 2 minggu check balik boleh mcm takde apa2 progress pun. tukar sikit2 sambil lewa je. Paling geram toilet bilik master. Rumah kitorg corner, rumah corner yg type kitorg ni designnya bilik master besar sikit compare dgn yg lain. Tapi toilet kecik sikit. Yg sakit hati, design toilet tu, boleh pintu toilet tak dapat bukak habis sebab ada mangkuk tandas halang. Sapa punya design kreatif sgt ni yg kreatif nya pemaju pakai untuk rumah tahun 2013. Mmg failed btl. Budak kecik pun boleh gelak tgk design toilet mcmtu.. Mula2 ckp nak betulkan, nak tanggal balik mangkuk tandas tu, tp smlm husband pergi, office ckp mmg takkan betulkan sbb tu mmg design.. Sabar jela.. Semalam pergi api air mmg tak masuk lagi.

Masalah skrg, owner mmg ada plan nak buat aduan n nak saman pemaju, tp tak dpt sokongan ramai owner. Sebab ape? Sebab ramai owner beli untuk investmant. Kunci dapat terus jual. Jual as it is. Agaknya tak dtg pun tgk rumah, terus jual n untung 200k plus. Mmg ramai. So kami2 yg beli untuk stay ni, apa je yg boleh buat, terpaksa tunggu n tunggu n sabar. Complain kat office mmg byk, tapi nak tau apa jwpn pemaju. "apa u mau bising2, rumah u harga sudah naik sekarang, jual sajalah".. Apela nasib kat kitorg yg beli untuk stay ni. Mmg kalau jual boleh untung 200k plus, tp kitorg nak stay la. Rumah dah btl2 sblh LRT, KL dekat, kwsn mmg dah naik, nak pergi kerja dekat. Tambah2 skrg parking dekat office dah mahal, at least ada alternatif nak pergi kerja naik LRT...

Rumah yg kononnya gah ni adalah rumah yg sgt mengecewakan. Tak taula sempat pindah sebelum bersalin ke tak.




Monday, October 7, 2013

Lkookklpppppo

Wednesday, September 25, 2013

~Berpantang Sendiri~

Masa anak 1st dulu, keluar hosp je terus balik kampung. Memang tak jejak kaki kat rumah pun. Kali ni plan nak berpantang sendiri je kat rumah baru. Berpantang sendiri? Ye, I'm pregnant, dah masuk 7 bulan dah. Alhamdulillah for this 2nd chance. Rumah baru? Yeay Alhamdulillah rumah dah siap, tapi tak dpt masuk lagi. Byk urusan tak settle lagi. Tulah risiko beli rumah under construction, kita tak dpt expect developer boleh siapkan on time ke idak. Mcm kes kami ni, mmg dah delay dah untuk org yg sign snp awl, mcm kitorg sign snp bulan 10, so tak delay lagila.

Erm psl berpantang sendiri ni, mak awl2 dah pesan kalau pantang kat KL dia takla nak meneman pantang kat kl ni. So sendiri2 jela. Hati membuak2 nak try berpantang sendiri sbb sian jugak kat husband kena ulang alik balik perak byk kali time adam dulu. Walaupun ada mak yg sgt setia membantu time kat kampung tu, tapi tak dinafikan ketiadaan suami di sisi boleh buat moral down which is tak elok kan emo2 time dlm pantang. Mana taknye dulu, anak dahla tak tido mlm + nangis, so kita mmg emo, kalau ada husband, at least adala org yg susah senang bersama.

So sy dah start dah googling keperluan2 berpantang sendiri. Google2 tadi terjumpa link ni duniaherbs
Dulu time adam dulu byk jugak sapu benda ni, tapi tukang belinya mak. Kali ni kalau suruh husband beli mesti dia tanaknye. Nasibla baru discover ada jual online rupanya. Hehe. MasyaAllah kali ni punya kenaikan berat badan lagi teruk compare dgn yg 1st. Haha mls nak pk.

Pastu jumpa pulak benda kat bwh ni. Husbandku, FYI/A. Sy pun tak sempat baca lagi, sempat copy je dulu, nak smyg dahni. Copy dari blog ni blog berpantang sendiri


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang
BOLEH
TIDAK BOLEH
AYAM & DAGING
  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang
  • Ayam biasa (takut gatal)
IKAN
Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan
Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang
ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman
  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku
SAYUR-SAYURAN /
Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.
  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih
  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering
BUAH-BUAHAN
Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina
  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai
LAIN-LAIN MAKANAN
Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang
AIR
Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang
Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.
  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Saturday, August 31, 2013

Wednesday, July 17, 2013

~Perihal sebidang tanah~

Setahun yg lepas kami suami isteri pernah berhajat nak beli sebidang tanah di hulu langat. Harga ok, below 100k, boleh diri sebijik banglo.. Kononnye.. Time tu mmg rajin pegi hulu langat tu survey sana sini. Ada je iklan kat mudah tu mesti pergi survey.

Kebetulan, officemate husband pun nak beli tanah yg sama dgn yg kitaorg minat tu.. Time tu, hanya ada black n white la, progress apepun takde lagi. Tanah nya bersemak lagi dgn pokok2. Stlh berkali2 survey, and atas nasihat org, akhirnya kami tak jadi beli tanah tu walaupun time tu semangat nak memiliki tanah tu berkobar2. Sapa tanak buat rumah banglo kan..kann.. Yg officemate husband tu berjaya beli tanah tu..

Setahun berlalu...

2 minggu lepas, kitorg jln2 ke hulu langat, tanah yang sama, tapak yg sama, kini masih lagi bersemak samun... Sikit progress pun takde.

Melayu tipu melayu.. Kesian kat pembeli2 tanah tu. Dgr cite, tanah tu pun tak abis bayar lagi dekat owner tanah.

Friday, June 21, 2013

~Makan Roti~

Makan roti korek cream roti je. Adam oh adam~




Saturday, June 15, 2013

Bloggeroid

Thanks dot sbb kenalkan benda ni. Skrg mmg takde masa nak online guna laptop. Kuikui hidupku dah berubah semenjak ditukarkan ke unit baru.

Smlm dgn hr ni tinggal berdua je dgn adam. Ayah outstation. Smlm balik keja ambik dia behave je smpaila tido. Hari ni yg rasa nk patah pinggang sikit. Dia memerut 6 kali hr ni. Pastu ptg td bwk main buai kat tmn. Buat hal mengamuk tanak balik. Pastu jatuhkan access card kat handbreak keta. Pastu blk buat hal tanak mandi. Lps mandi berperang nk pakaikan pampers. Jatuhkan nasik lemak nak mkn mlm. Lepas jatuhkan dia kutip mkn. Tp termakan yg pedas. Dah meraung2 pulak. Pastu pukul 9 dah nak tido. Skrg dah tido. Jgn kejap lg bgn sudah.

Wednesday, May 29, 2013

~Wean off~

Semalam jumpa doktor, mengadu pasal anak yg still refuse minum susu formula..

Katanya, no worries, umur dia pun dah dekat 2 tahun, dia mkn cukup tak? berat dan tinggi dia ok tak? aktif tak? Kalau semua ok, don't worry, dia dah dapat khasiat dari makanan yg dia ambil. Cuma make sure dia makan mknn yg berkhasiat. Kenapa nak paksa2 dia minum fm. Sebab tu wujudnya term wean off.. Bermakna kita wean off dia dari susu. Kalau dia taknak fm, jgn paksa2..

Alhamdulillah adam makan ok... so, dah tak risau2 lg :)

Skrg minum susu ibu malam2 je. Time dgn ibu je.. Siang2 rumah babysitter tak minum susu langsung. Last beli susu karihome, ibu yg minum kihkihkih




Tuesday, April 16, 2013

~Restoren tanpa tanda HALAL~

Pengalaman di Restoren yang nama restorennya nama Melayu, pelanggannya kebanyakannya Melayu/Islam , artis yang menjadi dutanya org melayu, TAPIIIII takde tanda HALAL.

Restoren ni terletak di Amcorp Mall. Biasala, kalau keluar makan2 hari jumaat, semua tempat penuh. Kami keluar berlapan, so kena cari tempat mkn yg agak luas. Last2 decide nak makan kat restoren ni.. Dari jauh lg terpampang gambar sorg artis ni sebagai dutanya.. Ok fine..

Sebelum tu usha2 dulu menu yg dorg tampal kat luar restoren. Menunya semua menarik, sambil tu mata ligat cari sana sini mana tanda halal restoren ni. Tgk dlm restoren, penuh org islam tgh mkn. Last2 tanya kat pekerja restoren ni, restoren ni halal tak, ada tanda halal tak. Pekerja tu jawab halal. Kami bertanya lagi, kenapa tak display tanda halal, pekerja tu jawab belum dapat lg n dot dot dlm bahasa yg kurg difahami, mungkin org bangla etc..

Dlm berat hati, kami masuk jugak restoren tu, order2 air n mknn. Dlm pada tu, semua duk cari kat internet pasal restoren ni ada halal ke tak. Check kat application HDC pun tak jumpa restoren ni. Lagi2 tambah memberatkan hati n rasa tak lalu nak mkn adalah pekerjanya majoriti ch*nese. Nak dijadikan cerita, ada 1 buku menu yg kwn sy pegang, pelekat bergam pada buku menu tu tertanggal. And dibelakang pelekat bergam tu ada tanda halal. Check2 rupanya tanda halal kat semua buku menu tu memang dah ditutup dgn pelekat bergam . Atas rasa tak sedap hati, kami panggil manager restorennya.

Mula2 tanya ada halal ke tak, katanya ada, tapi tgh apply. Kami dah naik angin, kalau tgh apply, takde pengiktirafan halal lagila maksudnya kan. Bukannya ada! 2nd tanya pasal kenapa halal dekat menu tutup dgn gam, dia jawab dah expired. Ok la jawapan dia, mmg tanda halal ada had tempoh dia kan... Discuss2, time tu air dah sampai, mknn belum sampai lg.. Masing2 dah was2, was2 jadi syubhah, boleh jadi haram. Jadinya kami decide nak bangun n blah sebelum mknn sampai.. Kami terus ke kaunter, ckp nak cancel order, nak byr air je. Manager tu terus ok je, mungkin tak nak bising2 sebab dlm restoren dia penuh org Islam tgh makn...

Tanda halal yang bertutup dgn gam. Bukan tanda halal JAKIM


Thursday, March 21, 2013

~Perubahan~

Sejak kebelakangan ni, makin ramai org2 disekeliling yg telah berhijrah /berubah ke satu tahap yg lebih baik. Dlm diam sbnrnya sy tumpang happy atas perubahan kwn2 sy ni dan dlm masa yg sama cuba untuk dijadikan contoh untuk memperbaiki diri sy ke arah yg lebih baik.

Happy bukak2 fb tgk ada member ni update status dah nekad nak pakai stokin.
Ada member ni upload gambar dia tgk dia dah pakai tudung sedikit labuh, baju pun labuh
Ada member yg baru balik umrah dah pakai tudung
Ada member yg dah mula berstokin dan berhandsock 

Dulu masa mula2 nak start ubah SIKIT cara pemakaian, halangan pertama yg paling besar adalah cakap2 org..sikit je ubah, labuh2 kan sikit je baju n tudung. Skrg pun sy akui, byk lg yg tak sempurna.

 Itu dari segi pemakaian. Sebenarnya sbgai isteri lg besar tanggungjwb dan peranan kita. Keredhaan suami itu penting. Mcm sy sehabis boleh sy cuba nak ubah diri sy dari segi percakapan dan nada suara disebabkan oleh kebiasaan selama 25 tahun lepas yg suka ckp kasar2 dan bernada tinggi (org perak mmg mcm ni kot).. Sampai skrg masih lg berusaha "_"

Erm sbnrnya nak ckp psl perubahan ni. Sy tumpang happy melihat kwn2 sy yg dah berubah ke arah yg lebih baik. Untung sebnrnya ada fb ni n juga media sosial yg lain sbb byk nasihat2 dan ilmu keagamaan yg kita boleh dpt. Tipulah kalau ckp kita tak pernah baca org copy paste soal jwb ustaz azhar idrus, ustaz zaharudin n lain2 lagi ustaz/ustazah. Zaman dulu kita kalau tak tau atau tak pasti dgn apa2, takde medium pun nak cari jwpn atas ketakpastian kita tu. Tapi skrg semuanya senang je nak dpt. Contohnya dari segi etika pemakaian, berapa byk org yg post psl etika pemakaian yg mengikut syarak. Kecuali kalau kita MEMBUTAKAN hati kita sendiri. Fikir nak cantik je, nak org puji je...

Semoga sy dpt berubah ke arah yg lebih baik n istiqamah. Ameeen..

Peace no war!



Thursday, February 28, 2013

~Pelupa~

Topik radio IKIM pagi tadi pasal pelupa. Pelupa ni mmg penyakit yg kdg2 susah nak diubati n memalukan.

Dulu time sblm kawen, kalau pergi kerja naik bas, susah sgt nak ingat bas nombor berapa yg kena naik even bas tu mmg naik tiap2 hari. Terpaksa baca sign kat bas tu btl2 sebelum naik.

Kat ofis ni, sy tak pernah ingat klinik tingkat berapa, surau tingkat berapa. Tiap kali ada org luar tanya pasal surau tingkat berapa, mulala confius, 18 ke 19. Kalau salah mmg malu la, mesti org tu ingat kita tak solat, pdhl kita ada bilik smyg kat ofis. Sebab tak boleh ingat, terpaksa letak kat phone, surau n klinik tgkt bapa. Tiap kali nak pegi, mesti tgk phone balik. Alamat rumah pun tak boleh nak ingat. Kena letak kat phone.

Kalau packing brg2 adam, kdg2 ada je terlupa letak. botol susu la, towel la. Kalau diapers dah abis, kena ikat beg diaper dgn beg baju dia supaya pagi2 tak lupa diaper tu. 


Dan yg paling dasyat sekali pasal pelupa ni. Hujung bulan dec 2012 yg lepas, ofis sy kena pecah masuk.2 laptop hilang, salah 1 nye laptop sy la. Sobsobsobss.. Sy hilang laptop, beg laptop, and beg berisi duit syiling yg agak bykla.. Ok, done buat police report n etc.. 1 month later, kakakku call ada bil telefon sampai rumah. Bil telefon sy mmg alamat rumah dia. Puas sy belek2, check2 bil tu dtg dari telefon yg mana, rupa2nya bil tu dtg dari hp cdma sy. ( Cdma ni hp yang TM bagi kat staf dia).. Lepastu barula sy teringat yg cdma sy ni mmg sy tinggalkan kat dalam drawer kat ofis. Rupanya2 cdma sy turut dicuri semasa kejadian tu. Sy boleh terlupa sy ada cdma, sebab cdma ni mmg jarang pakai. Patutla drawer ofis tu kosong je, cdma n usb dia kena curi sekali rupanya..

So hari tu jugak buat penambahan report polis. Yg menariknya, pencuri tu pecah masuk ofis 27/28 dec. 28 dec pagi tu sy dtg ofis mmg dah sedar laptop hilang. Dlm bil cdma tu, 28 dec ptg tu dia dah start guna dah cdma tu. Cdma tu call ke mana2 mmg murah, bygkan dia call ke no celcom 18 minit, baru RM 1.90. Kalau call ke talian tetap TM ,free je. Cdma ke cdma pun free. Jimat tak jimat kan guna cdma ni.


Tak sabar nak tau siapa pencuri tu. Jengjengjeng... Harap2 tertangkapla ko wahai pencuri. Polis boleh check siapa dia call, siapa yg call dia. Semua maklumat dah diserahka pada polis. Barang tak dpt balik takpe, asalkan nak tau ko sapa je pencuri. Please eh guna la lagi cdma tu, takpe.. Guna je, jgn buang pulak. Susah polis nak tangkap kau kalau kau dah buang barang bukti. guna je eh.. guna jeeee. Sy dah cancelkan nak suspend no cdma tu semata2 nak bagi kau teruskan guna tau. Laptop baru dah dapatpun, so takpe kalau laptop aku tu kau dah jual. Nak tau kau sapa jeeeee. N semoga dapat pembalasan yg sewajarnya. Minggu laptop sy hilang tu, ada 11 kes leptop hilang jugak. Kau mmg licik, mesti org dalam kan... heheheh


ni la rupanya cdma sy tu. Ni yg 1st batch dapat. 2nd batch TM bagi cantik sikit set dia, mcm blackbery. Gambar dari blog ni.



Friday, January 18, 2013

~Kak Anon~

1. Salmah masuk bilik tempat selalu pam susu. Tiba2 ditegur

Kak Anon : "Salmah ni asyik pakai baju kurung je. Takpe salmah, salmah muda lagi, pakai je seluar"
Salmah : "hehe dah biasa kak. Kdg2 sy pakai je seluar "
Kak Anon : "Pakai je. Tgh muda lg ni pakai je semua."

2. Tgh nak solat kat bilik smyg ofis. Tetiba Kak  Anon masuk nak try blouse yg dia baru beli depan cermin. 

Kak Anon : " Ok tak baju ni salmah?
Salmah : "Ok, tp kain dia mcm melekat sikit kat badan. Kain dia strechable"
Kak Anon : "Cantikkan. Akak ambik saiz L. Kalau salmah nak ada lg 1 saiz M. Jap eh akak pergi ambik saiz M"

Salmah meneruskan solat manakala Kak Anon pergi ambikkan blouse saiz M untuk salmah. Selesai solat

Kak Anon : "Nah salmah, try la saiz M."

Dalam hati salmah tgh fikir alasan apa nak bagi. Kain tu dahla lycra nipis jenis strechable, melekat kat badan.

Salmah pegang2 blouse yg masih berbungkus dalam plastik.

Salmah: "Takpela kak, sy takdela tudung color ni. Lagipun blouse ni jenis melekat la kak. Nampak perut buncit sy.
Kak Anon : "Ala salmah, akak selambe je pakai. Ala salmah, salmah muda lagi, pakai je. Cantik ni, tryla. kak Anin pun ambik 1 jugak.
Salmah : "Takpela kak, tudung takde yg matching"
Kak Anon : "haaa, ok la salmah."

3. Tgh tunggu lift. Ada 4 org tgh borak2 termasuk Kak Anon & Salmah. Kak Anon menegur Kak Anun.

Kak Anon : "Selesa ke kasut ni. " Sambil tunjuk kasut yg Kak Anun pakai
Kak Anun : "Selesa. Sy dah tua2 ni dah jarang pakai heels dah"
Kak Anon : "Tula sy pun sama. Dah tua2 ni malas pakai heels. Salmah tu muda2 lagi pakaila heels. " Sambil tunjuk kat Salmah
Salmah: " Hehe dulu sy pakai je heels kak. Lepas pregnant dah biasa pakai kasut mcmni. tak biasa dah pakai heels"
Kak Anon : "Ishh salmah. Salmah muda lg. Tgh muda la nak bergaya pakai heels semua. Pakai je salmah"

.
.
.
.
Kdg2 salmah berdoa sgt tak terserempak dengan Kak Anon.

P/s : JGN tanya siapa Kak Anon



Wednesday, January 16, 2013

~1 tahun 5 bulan~

Alhamdulillah hari ni genap Adam Rizqi 1 tahun 5 bulan. Tadi borak2 ngan husband pasal adam. See time kerja mmg rindu sgt kat adam. Rasa nak main je dgn dia sepanjang masa, gelak2 bersama. hehe

Borak2 la psl ada 1 mlm tu, husband pegi surau, sy mandi dlm bilik. Keluar bilik air, adam tgh tunjuk2 kat tingkap rumah. Lama dia asyik tunjuk2 je.. Seram pun ada.
Rupanya ada 1 mlm tu jugak, sy dah tido, tinggal adam n husband, pun adam tunjuk2 kat tingkap jugak..

Hari tu ayah mertua dtg rumah. Ptg tu, husband sakit leher, ajak pergi klinik. Ayah dlm bilik, mungkin tido, so kami pun pergila bertiga ke klinik sbb hsuband tak bole drive. Balik tu cite la kat ayah, td pegi klinik. Ayah terkejut, sebab ptg tu dia dgr adam tgh menangis dlm bilik "__" Dia ingatkan husband pegi klinik sorg2, sy n adam dalam bilik tgh tido..

Sebelum kisah2 di atas, agaknya adam dah lama bg reminder kat kitorg, tp kitorg je tak aware. Dlm rak tv kat ruang tamu ni, ada cd2 ruqyah. Ruqyah ni ayat2 al Quran yang dibaca untuk mengelak gangguan makhluk halus. Dulu sll psg time adam kecik2. Dia sll keluarkan dari rak, sepahkan kat lantai. Lepas fikir2, agaknya dah lama adam ni nak suruh kita pasang cd tu agaknya "_"

Cerita yg lain pulak. Kami suami isteri dlm proses nak beli something. So setiap hari mmg tak miss survey benda yg nak beli tula. Kebetulan benda yg nak beli ni, kita kena aware n cepat sebab kalau terlambat mmg melepas. So proses survey tu berlarutan sampai malam2 kat rumah pun. Tapi ada 1 malam ni, kitorg dua2 not in a good mood, husband sakit kepala, sy tak ingat mungkin penat kot. So tak surveyla. Adam pulak mlm tu, tanak tidur awl. Sampai 12 lebih nak main2 lg.

Pagi esoknya, seperti biasa surveyla. Jumpa la something yg kitorg nak ni. Iklan dia publish 10.00 pm ++. Call la cepat2 pagi tu, sekali frust sgt sebab dah sold.. Pastu husband ckp, mlm td adam dah remind dah, dia dah cuba tido lambat supaya kitorg boleh survey, tapi kitorg sia2kan peluang itu.. Hehe

Saja je entry ni. Bukan nak ckp adam ni pandai meramal ke apa ke. Semuanya KEBETULAN sahaja..

Anyway progress 1 tahun 5 bulan. Dah makin faham ckp kita, dah makin senang kalau nak suruh dia tolong apa2. haha itu yg penting, boleh diminta tolong. Dah pandai main game. Suka kena urut, tiap hari buli ayah suruh urut. Rajin baca buku, bwk buku kat kita, suruh kita bacakan, baru je baca sikit, dia ambik balik buku, dia bacakan pulak untuk kita, guna bahasa dia.. Dah pandai nak berebut tv dgn kita. Nak tgk video dia je. Mkn ok. Tido mlm makin lambat. dah boleh leka main sorg2, senangla nak buat keja. Dah pandai gerakan2 dlm solat, takbir, rukuk. Alhamdulillah.

Till then..