Thursday, March 21, 2013

~Perubahan~

Sejak kebelakangan ni, makin ramai org2 disekeliling yg telah berhijrah /berubah ke satu tahap yg lebih baik. Dlm diam sbnrnya sy tumpang happy atas perubahan kwn2 sy ni dan dlm masa yg sama cuba untuk dijadikan contoh untuk memperbaiki diri sy ke arah yg lebih baik.

Happy bukak2 fb tgk ada member ni update status dah nekad nak pakai stokin.
Ada member ni upload gambar dia tgk dia dah pakai tudung sedikit labuh, baju pun labuh
Ada member yg baru balik umrah dah pakai tudung
Ada member yg dah mula berstokin dan berhandsock 

Dulu masa mula2 nak start ubah SIKIT cara pemakaian, halangan pertama yg paling besar adalah cakap2 org..sikit je ubah, labuh2 kan sikit je baju n tudung. Skrg pun sy akui, byk lg yg tak sempurna.

 Itu dari segi pemakaian. Sebenarnya sbgai isteri lg besar tanggungjwb dan peranan kita. Keredhaan suami itu penting. Mcm sy sehabis boleh sy cuba nak ubah diri sy dari segi percakapan dan nada suara disebabkan oleh kebiasaan selama 25 tahun lepas yg suka ckp kasar2 dan bernada tinggi (org perak mmg mcm ni kot).. Sampai skrg masih lg berusaha "_"

Erm sbnrnya nak ckp psl perubahan ni. Sy tumpang happy melihat kwn2 sy yg dah berubah ke arah yg lebih baik. Untung sebnrnya ada fb ni n juga media sosial yg lain sbb byk nasihat2 dan ilmu keagamaan yg kita boleh dpt. Tipulah kalau ckp kita tak pernah baca org copy paste soal jwb ustaz azhar idrus, ustaz zaharudin n lain2 lagi ustaz/ustazah. Zaman dulu kita kalau tak tau atau tak pasti dgn apa2, takde medium pun nak cari jwpn atas ketakpastian kita tu. Tapi skrg semuanya senang je nak dpt. Contohnya dari segi etika pemakaian, berapa byk org yg post psl etika pemakaian yg mengikut syarak. Kecuali kalau kita MEMBUTAKAN hati kita sendiri. Fikir nak cantik je, nak org puji je...

Semoga sy dpt berubah ke arah yg lebih baik n istiqamah. Ameeen..

Peace no war!



3 comments:

elanie*Q said...

Ya Allah Sahida!!!! Sgt LIKE entry ni. Sama la kita dr semua segi. Part nk ubah nada bercakap ngn suami tu pun...sbb keluarga nanie sdri memang jenis riuh tau. even family in law abg nanie + wife dia sendiri pon riuh jugak. tp hubby pulak dibesarkan dlm family yg sopan2 gitu..memang kena amek masa la nak ubah tone suara wpun dah nak masuk 3tahun kawen..huhu

and yes, part bab2 copy paste soal jawab agama, sharing pasal cara menutup aurat dalam islam etc tu memang melambak kat FB. tapi tu lah...bila kita sharing lebih sikit, adala yg nak kata kita ni nak jd ustazah celop lah ape lah...padahal, kita share2 ni untuk kebaikan bersama. tapi disalah ertikan. sabar je lah...

Ibu Ilyanie(s) said...

Perubahan adalah anjakan paradigma dalam hidup. Apa2 pun perubahan perlukan pengorbanan.. Jom terjah blog and baca ttg perubahan nekad dibuat oleh seorang isteri dan surirumah tangga dalam n3 saya..TQ!

http://puterihannan.blogspot.com/2013/03/berpandangan-jauh.html

Lisa Sheila said...

sangat2 suka entry ni ..betul tu kak .. dulu kita susah jugak nak rujuk atau nak dapat kesedaran tentang mesej2 dakwah atau keagamaan..tapi sekrang dah banyak medium yg kita bleh kongsi dan baca sama2 ... semoga kita sama2 dapat manfaatnya ...