Sunday, January 5, 2014

Baby baru

Assalamualaikum.. Hai!!

Happy new year. Tahun ni kami dah berempat. Tak pernah cerita psl baby baru ni lagi.

Syukur ke hadrat Allah pada 16 Nov 2013 sy telah selamat melahirkan seorg baby boy. Baby premature pada 35w 0d. Btl2 baru msk 35w. Berat baby 2.09 kg.

Mmg masa pregnant dah rasa baby no2 ni lahir awl. Hehe. Nasib baikla sempat basuh separuh baju baby sebelum bersalin hari tu. 3-4 hari sblm deliver sy diserang batuk n selesema yg sgt teruk sampai mc berhari2. Time tu dah terfikir mcmana kalau terbesalin awl, mcmana nk tahan sakit contraction,mcmana nak teran. Taknakla czer lagi kan. Risau sgt time tu. Kuasa Allah, hari rabu mggu tu batuk sakit tetiba hilang. Kamis dah ada bleeding. Risau sbb bleeding, pergi check di hukm, takde bukaan n disuruh balik. Lagipun contractionpun takde lg. Hr jumaat kerja mcm biasa. Bleeding still ada. Nak smyg asar ptg tu tgk ada air jernih keluar n time tu dah confident air ketuban dah start keluar. Blk kerja turun je kereta terus air ketuban tumpah byk.

Kelahiran yg ke 2 ni juga induce. Jumaat ptg pergi hosp. Bukaan baru 1cm dan terus warded. Sbb anak 1st czer, doktor berkali2 remind yg risiko untuk czer kali kedua tggi sbb kalau induce failed, mmg terus czer. Takkan ada msk ubat smpai 2x n lagi satu sbb air ketuban dah pecah awl takut infection. Sedikit sebanyak buat kita down jugak la kan.

Pagi msk ubat induce, sakit sikit2 je smpai tghr. Tghr baru buka 3cm n doktor suruh msk labor room. Dudukla kat labor room tu. Dekat pukul 4 doktor check baru 4cm. Lps tu masuk ubat drip. Start tula sakit yg teramat rasanya.Request for epidural. Doktor bius dtg blh tak jumpa pulak tulang belakang. Dekat 7-8 kali blkg kena cucuk tp still tak jumpa tulang blkg. Seriously cucuk tulang blkg tu smpai gigil2 tahan sakit, lg sakit dr contraction.

Time tu tahan jela sakit. Last2 jerit pggil nurse mintak petidine. Lagi satu blh pulak time tula aircond kat labor room tu rosak. Sambil sakit smbil kipas. Husband keluar time tu nak pegi solat. Dia ingatkan lambat lg nak deliver sempat dia pegi mkn. Lps je cucuk petidine tu, nurse ckp stgh jam baru effect. Tgh sakit sgt tu, Lps tu terus rasa nk meneran. Nurse check dah 8cm n kepala baby dah nmpak. Kelam kabut panggil doktor n tggu husband. Nasib baik dia sempat dtg. Sekali push je keluar baby. Hehe sebab baby kecik, 2.09kg je. Lps tu barula mengantuk effect petidine tu.

Syukur dpt pengalaman deliver tanpa epi n dpt rasa sakit bersalin tu. Sakit yg dpt tahan sehinggalah lps drip tu yg sakit sgt2. Nasib baik bukaan cepat dr 4 ke 8 cm tak smpai sejam..

Itu lah pengalaman bersalin yg ke2. Kalau anak 1st tak rasa sakit langsg, yg 2nd ni sakit dr awl smpai deliver dpt rasa. Mcmana la yg lahirkan baby bsr2 tu. Nasibla baby sy kecik je.

Opss lupa plak. Kecik2 pun still ada kena jahit jugak. Ni lagi satu pengalaman yg mengerikan. Sblm jahit dah remind dc suruh bius tp tak taula dc bius ke tak sbb mmg rasa dijahit hidup2. Lagi2 bila lapisan kulit paling luar.. Mmg sgt sakit. Hehe tp dah lupa plak sakit dia camana..

Itula saja pengalaman bersalin anak kedua. Lps ni kalau ada masa nak buat review psl ukmsc. Sy under ukmsc , cuma labor room share dgn hukm punya. Doktr sy patutnya prof azurah tp hari sy deliver tu dia takde. Ganti dgn doktor suraya. Lain kali la cerita.. Hihiii

Presenting adik adam








Gambar 2nd tu time seminggu lps lahit. Kecik je kan. Skrg dah bsr. Gambar latest nanti ye.

Nama : Muhammad Raziq bin Mohd Ridhuan

Ok la. Bye