Wednesday, September 24, 2014

~Random~

Assalamualaikum..

Lama tak menulis di sini.. Sebenarnya masih lagi berlaman sosial tp lately lebih byk mendiamkan diri.. Lebih byk study.. Especially on issue jual beli emas.. Isu yg sgt sensitif skrg ni.. Kalau join mana2 group jual beli emas tu kan, kalau ada yg mempersoalkan patuh syariah ke tak jual beli melalui program2 yg mereka tawarkan tu, mmg akan jadi viral. Nasihat sy, byk2 kan study, study ceramah2 ustaz, especially ustaz2 yg mmg pakar dalam ekonomi, perbankan islam dan yg paling penting, kalau rasa was2 tu, tak payahla join. Jadi syubhah n jatuh hukumnya haram. Duit haramkah nak bagi anak isteri makan minum? Mmg tak dinafikan, yg join program2 ni akan kaya cepat, akan jadi rambang mata dgn duit..  So far sy n husband byk discuss n cari info psl ni, n kami masih teguh pada pendirian takkan join program2 jual beli emas ni buat masa ni. Melainkan beli emas n simpan bawah bantal :) ..

Teringat bacaan talkin semasa pengebumian arwah mak we baru2 ni .. " ..... pada ketika ini segala harta benda adalah tidak berguna lagi... " Semoga Allah mengurniakan kami rezeki dari jalan yang halal dan diberkati.. Amin..

Ok, lama tak bercerita pasal budak berdua tu.. Alhamdulilllah raziq dan masuk 10 bulan.. And  dah boleh berdiri lepas tgn. Tak sangka budak kuat menangis ni nak jalan awal. Hehe. Dahla dia lahir awal, at 35w. Ingat lagi dulu nak tunggu dia meniarap punyala lambat. Almost 6m baru dia meniarap. Lps2 tu pantas terus development dia. Gigi je baru nak keluar. Tapi manja yang amat dia ni.. Nak org peluk dia 24 jam.. 

Yang adam pulak, badan kecik. Yg ni ibu byk bersabarla sbb org suka tegur dia badan kecik. it hurt me actually.. Kdg2 mls nak jumpa org2 yg tiap kali nampak adam je mesti nak tegur badan dia kecik, compare tinggi adam dgn anak dia.  Ye adam ni menyusu badan je, tanak formula, and sy bangga dpt menyusukan adam, even badan dia tak berapa nak bsr. Dah2 kalau ckp psl ni mmg sy emo, byk lagi nak luah tapi biarla simpan dlm hati je.. Tapi org2 mcm ni yg suka compare kan anak dia dgn anak kita ni mmg ANNOYING.. 

Tahun depan dia dah 4 tahun. Masih berkira2 nak hantar dia pergi school ke tak. Byk benda kena consider. Satu mungkin pertengahan tahun depan akan berpindah rumah  lagi, bila rumah lagi satu dah siap. Satu lagi kalau tak hantar pergi school, kerja dia tgk kartun je. Dulu ptg2 ambik dia dari rumah pengasuh, mesti tgh main kat luar, siram pokok. Tapi la ni adik main kat luar, dia mengadap dpn tv tgk doraemon. Bila tgk tv boleh pulak focus, duk diam berejam, kalau suruh study sama2, kejap je focusnya. Lagi satu kalau nak diaper free, kena hantar school. Ni kakak punya experience. Kat rumh malas nak train dia, tak rajin nak basuh2 ni, nak bungkus2 karpet. Alasan ibu korg. heheheh . Bukan tak usaha, dah byk kali pesan, nak berak kencing bagitau ibu, kita ke toilet, adam kan nak pergi school. Tapi still, siap tanak mengaku kalau berak. Tapi... Kat rumah pengasuh , pengasuhla cerita, kdg2 dia tanak pakai pampers, dia kata adam kan nak pergi school. Alahai, pandai pulak dia ajuk nasihat ibu depan pengasuh dia..

Ok la ada masa update blog lagi.. Ni gambar budak berdua ni.. Muka tak sama, color tak sama, tapi kasih syg ibu n ayah tetap sama.. Chewahhh