Thursday, October 8, 2015

~Pak Supir Bandung terbaik, terbest & murah~

Assalamualaikum.

Hehe over tak tajuk entry ni. Sebenarnya entry ni hutang dah lama dengan pak supir. Nak update tak update2. 

Trip to Bandung ni dah lama lepas, bulan Ogos hari tu. We olls 4 beranak pegi sana 6 hari 5 malam. Malas nak cerita pasal trip, nak cerita pasal Pak Supir je.

Sepanjang kat sana kami guna khidmat Pak supir dari Hayuka Bandung. Staf Hayuka yang bawak kitorg ni Pak Agus namanya. Korang boleh survey & compare sendiri la rate Pak Supir kat Bandung ni kalau rajin. Tapi kalau tak berapa rajin nak survey or urgently need Pak Supir, Pak Agus dari Hayuka ni mmg highly recommended. Alah rata2 rate Pak Supir ni lebih kurang je lagi2 kalau nak jalan2 area bandung je. Tapi kalau nak pergi jauh2 macam dari bandung ke jakarta, or kawah putih or tangkuban perahu tu, kena rajin sikitla survey.

Kitorg guna Pak supir untuk jalan2 pegi kampung daun (tempat makan highly recommended) , rumah kain pesona, floating market, rumah kain taman kopo, cidabuyut (tempat barangan kulit), jalan2 factory outlet, pasar baru, beli2 kerepek, and pergi makan tempat best2. Sebab each tempat ni kena ada kenderaan, tak boleh nak jalan kaki, remember, kitorg pegi berempat including 2 budak kecik. 

Ok cerita pasal pak agus ni, kenapa kitorg sgt recommend dia adalah sebab dia ni sangat mesra alam, soft spoken, very down to earth, sgt baik dengan budak2, sgt tinggi knowledge pasal hal ehwal semasa and knowledge psl history bandung. Byk benda yg kitorang tak tau dia cite psl history bandung which korg takkan rasa sesaat pun bosan. Pendek kata dia bukan ckp merapu2, kalau tanya itu ini ada je jawapan dia. Pendek kata best untuk bwk berborak. Ada sekali dia silap bawak jln asyik minta maaf je. Kita yg rasa bersalah pulak. Tiap tempat nak pergi dia akan bgtau tips itu ini psl tempat tu. Anak sy asyik cirit birit hari last kat sana, pak agusla yg asyik kena bawak cari toilet. Senyum je, sikitpun tak merungut.Sgt baik dgn anak2 sy, even anak2 sy pun suka main dgn pak agus ni. Bila kitorg dah blk kl, bebudak tu asyik tanya je psl pak agus. Oh ye lupa pulak, betapa caring nye pak agus ni, kitorg dah blk KL, dia whataps my husband tanya anak sy dah baik cirit birit ke belum. hehe.

Okla, kalau berminat untuk Pak Agus bwk korg jalan2 bandung sambil dgr cerita2 n history pasal bandung pendek kata knowledgable tour guide, contactla pak agus di no tertera di bawah. Atau boleh contact my husband, dia akan arrange kan dgn pak agus. Kitorang book 1 whole day around 400k je dorg charge.

Ni la pak agus tu. Boleh whatsApp dia.


Ok babai~~





1 comments:

Norain Omar said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

Thanks :)